Kerajaan membelanjakan hampir separuh daripada peruntukan berjumlah RM1.2 bilion bagi memastikan liputan bekalan air bersih mencapai tahap 100 peratus terutama di kawasan bandar, dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.
Peruntukan itu juga bertujuan menambah rizab bekalan air terawat di seluruh negara kepada 20 peratus.
Menurut Laporan Ekonomi 2014/2015 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan pada Jumaat, sejumlah RM514.5 juta dibelanjakan untuk pelaksanaan pelbagai projek bekalan air di seluruh negara.
Selain itu, kerajaan turut memberi perhatian khusus kepada pembangunan luar bandar dengan memperuntukkan RM4.1 bilion bagi menambah baik infrastruktur dan kemudahan asas di kawasan berkenaan.
Daripada jumlah itu, sebanyak RM979.6 juta diperuntukkan untuk membina, menambah baik dan menaik taraf jaringan jalan luar bandar di seluruh negara dengan RM585.9 juta dibelanjakan untuk menyelenggara 196.6km jalan bagi tempoh sehingga Julai 2014.
Menurut laporan itu, sejumlah RM457 juta diperuntukkan bagi pembekalan air bersih dan terawat kepada 8,000 rumah di kawasan luar bandar di seluruh negara, dan sehingga Julai 2014, sebanyak RM171.7 juta telah dibelanjakan.
Di Sarawak pula, sebanyak 30,000 tangki air diagihkan di kawasan luar bandar yang telah dikenal pasti, melibatkan peruntukan sebanyak RM75 juta.
Kerajaan turut memperuntukkan RM862.7 juta bagi pembekalan elektrik tanpa gangguan kepada pengguna di kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak, petempatan Orang Asli di Semenanjung Malaysia serta estet dan perkampungan di pulau.
"Sehingga Julai 2014, sebanyak 48 projek bekalan elektrik sedang dilaksanakan di pelbagai peringkat melibatkan perbelanjaan RM405.5 juta dengan enam projek telah disiapkan dan memanfaatkan 4,180 rumah," kata laporan itu.
Kerajaan juga memperuntukkan RM40 juta bagi kerja pengukuran tanah dan pengesahan hak milik tanah bagi mengatasi kesukaran yang dihadapi oleh Bumiputera minoriti di Sabah dan Sarawak dalam proses pemilikan tanah adat.
Sementara itu, sejumlah RM5.4 bilion diperuntukkan untuk menaik taraf Hospital Kuala Lipis di Pahang dan Hospital Kuala Lumpur serta pembinaan blok tambahan Hospital Jeli di Kelantan dan Hospital Queen Elizabeth, di Kota Kinabalu, Sabah.
Menurut laporan itu, sebanyak RM15.6 juta pula diperuntukkan bagi menambah 50 Klinik 1Malaysia pada 2014 yang masih dalam peringkat pelaksanaan dan dijangka memanfaatkan 1.5 juta rakyat.
Bernama
Fri Oct 10 2014
Di Sarawak, sebanyak 30,000 tangki air diagihkan di kawasan luar bandar yang telah dikenal pasti, melibatkan peruntukan sebanyak RM75 juta.
Mengukur ketelusan perbelanjaan, prestasi RMK-12
Memastikan ketelusan dalam perbelanjaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) adalah keutamaan. Bagaimana untuk memastikan pemantauan ketat dan mekanisme khusus yang diwujudkan untuk menjejak aliran dana negara serta mencegah ketirisan bagi menjamin setiap ringgit yang dibelanjakan mampu mencapai matlamat pembangunan negara secara telus dan berkesan?
Lesen media sosial: Masa depan syarikat teknologi di Malaysia
Apakah kesan masa depan bagi industri teknologi sekiranya syarikat besar memilih untuk tidak memohon lesen di Malaysia? Ikuti kupasan lanjut bagaimana keputusan ini akan mempengaruhi kedudukan Malaysia di mata industri teknologi global?
PPI catat deflasi & pengaruh faktor luar kepada Malaysia
Indeks Harga Pengeluar Malaysia, yang mengukur
perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, turun 2.1 peratus pada September 2024,
berbanding kenaikan 0.3 peratus pada bulan sebelumnya. Malah, prestasi dan dasar ekonomi China dan Amerika Syarikat turut beri pengaruh kepada Malaysia.
perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, turun 2.1 peratus pada September 2024,
berbanding kenaikan 0.3 peratus pada bulan sebelumnya. Malah, prestasi dan dasar ekonomi China dan Amerika Syarikat turut beri pengaruh kepada Malaysia.
Tiada lagi bayaran tunai di KTMB mulai 1 Januari 2025
KTMB akan beralih kepada mod bayaran tanpa tunai sepenuhnya melibatkan semua transaksi pembelian tiket bermula 1 Januari 2025 di sektor Lembah Klang, Utara, Selatan dan Pantai Timur.
Lebih 500 juta unit siri Call of Duty terjual
Ia berjaya meletakkan siri Call of Duty di tangga kedua siri permainan video dengan jualan tertinggi di belakang siri Mario.
PM Anwar rafak sembah ucapan tahniah Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak
Anwar doakan semoga baginda dan Raja Permaisuri serta seluruh kerabat diraja dianugerahkan keafiatan, sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah.
Hubungan ekonomi Sweden-Malaysia berkembang, FDI & semikonduktor pacu pertumbuhan
Wiberg optimis pertumbuhan akan jadi lebih baik, memandangkan Malaysia semakin ketara berperanan sebagai salah satu rakan kongsi utama Sweden.
AWANI Ringkas: Turun naik Ringgit Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 1 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 1 November 2024
1️⃣ Kes buli: ATM tidak akan kompromi
2️⃣ Turun naik Ringgit Malaysia
3️⃣ Susulan RUU haramkan operasi UNRWA
#awaniringkas
1️⃣ Kes buli: ATM tidak akan kompromi
2️⃣ Turun naik Ringgit Malaysia
3️⃣ Susulan RUU haramkan operasi UNRWA
#awaniringkas
Pengeluar dron terbesar AS dikenakan sekatan oleh China
Disebabkan sekatan ini, Skydio mengatakan pengeluaran mereka akan terjejas untuk beberapa bulan.
BAJET 2015: Pertemuan dengan pemain industri kreatif minggu depan - Shabery Cheek
Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan bertemu dengan pengusaha industri kreatif bagi membincangkan mengenai peruntukan Bajet 2015.
Pusat percetakan Al-Quran kedua terbesar dunia di Putrajaya
Pusat Percetakan Al-Quran, yang kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi, bakal dibina di pusat pentadbiran negara, Putrajaya.
Had kelayakan pinjaman perumahan penjawat awam dinaikkan
Kerajaan bersetuju menaikkan had kelayakan minimum pinjaman perumahan daripada RM80,000 kepada RM120,000.
Peruntukan RM9.1 bilion mampu mantapkan keupayaan PDRM - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menganggap peruntukan sebanyak RM9.1 billion dalam Bajet 2015 dapat memantapkan keupayaan dan kapasiti pasukan keselamatan itu.
BAJET 2015: Apa yang anda perlu tahu?
Intisari penting pembentangan "Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat".
Bajet 2015: RM100 juta untuk majukan industri kreatif
Sebanyak RM100 juta akan disalur melalui Dana Industri Kandungan Digital bagi menggalakkan perkembangan industri kreatif negara.
BAJET: Bantuan persekolahan RM100, baucar buku RM250 diteruskan
Kerajaan akan meneruskan bantuan persekolahan RM100 kepada setiap pelajar sekolah rendah dan menengah serta baucar buku RM250.
BAJET: Pasar raya dan gedung nikmati jualan memberangsangkan
Subsektor perdagangan borong dan runcit mencatat pertumbuhan kukuh 8.9 peratus dalam tempoh separuh pertama 2014.
BAJET 2015: Pengecualian GST ke atas jualan runcit RON95 dan barangan lain
Pengumuman pengecualian GST ke atas penjualan runcit minyak petrol RON95, diesel dan gas memasak LPG serta barangan lain.
Sepintas lalu "Bajet 2015 : Ekonomi keperluan rakyat"
Bajet 2015 bertemakan "BAJET 2015 : EKONOMI KEPERLUAN RAKYAT" yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat, Jumaat.