BAJET 2015 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada Jumaat melontarkan cadangan untuk meningkatkan syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) serta syarat untuk pengijazahan.
Syaratnya ialah lulus Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) pada tahap-tahap tertentu berdasarkan kursus-kursus tertentu. Syarat-syaratnya adalah seperti dalam jadual di bawah:
Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya itu turut menyarankan agar institusi pengajian tinggi swasta melaksanakan langkah yang sama. Katanya, pada masa ini, syarat kemasukan am ke IPTA memerlukan pemohon mencapai tahap minimum MUET iaitu Band 1.
MUET mula diperkenalkan sebagai syarat wajib masuk universiti pada tahun 2000. Pada mulanya, calon ke IPTA hanya perlu menduduki saja peperiksaan itu untuk dapat tempat. Pada tahun Jun 2009, Pemuda UMNO mencadangkan kepada kerajaan supaya ditetapkan tahap pencapaian minimum untuk layak masuk universiti.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam kenyataannya ketika itu berkata syarat wajib lulus itu akan jadi insentif untuk pelajar meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris.
"Tanpa adanya syarat seperti ini – tidak akan wujud sebab yang kuat dan serius untuk para pelajar bekerja keras untuk menguasai Bahasa Inggeris dan sesetengah daripada mereka mungkin berpendapat bahawa ianya tidak penting," katanya dalam satu kenyataan.
Bahawa tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang rendah di kalangan graduan secara umumnya rendah adalah isu yang sudah dipersetujui bersama oleh banyak pihak. Kita juga bersetuju bahawa ini adalah isu yang akan jadi beban kepada negara sekiranya tidak ditangani dengan betul dan perlu ditangani segera.
Najib dalam ucapannya pada Jumaat menyebut lagi betapa dianggarkan 53,000 graduan masih belum dapat kerja biarpun enam bulan selepas habis belajar. Langkah menaikkan tahap lulus MUET itu adalah untuk membantu graduan lebih yakin diri dan ada kemahiran komunikasi untuk masuk ke pasaran kerja.
Kita tidak berselisih pendapat tentang itu.
Apa yang jadi perbahasan sejak Jumaat lalu ialah adakah peningkatan tahap lulus itu wajar, kenapa wajib untuk kursus ini dan itu, kenapa begini, kenapa begitu?
Kami menjemput anda yang cendekiawan dan bijaksana -- mahasiswa, pendidik, pemimpin masyarakat -- yang prihatin dengan masalah ini untuk berkongsi pandangan dan idea: bagaimana kita boleh menyelesaikan masalah ini?
Isunya ialah penguasaan Bahasa Inggeris yang perlu diperingkatkan. Ini isu kita bersama. Ini isu yang sedang menghantui kita sekarang -- dan akan terus menghantui kita bertahun-tahun akan datang -- jika tidak dicarikan penyelesaiannya dengan segera.
Jika anda mahasiswa yang rasa terbeban dengan MUET, kami ingin memahami apakah masalahnya dan bagaimana anda telah cuba mengatasi masalah itu?
Jika anda guru Bahasa Inggeris yang sudah menyaksikan kejayaan murid anda memajukan diri, apakah rahsianya? Jika anda seorang yang pernah lemah berbahasa Inggeris tetapi sekarang sudah cekap, bagaimanakah anda melakukan perubahan itu? Jika anda aktivis pendidikan dan sayangkan anak bangsa, kami juga mahu mendengar pandangan anda.
Kami alu-alukan pandangan anda semua. Emelkan pandangan anda ke [email protected]. Mari kita berbincang dengan matang, jujur dan terbuka.
Astro Awani
Mon Oct 13 2014
Kenapa riuh-rendah syarat MUET lulus universiti dinaikkan?
10 Berita Pilihan - (19 September 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Taufan Pulasan: Rakyat Malaysia di timur China dinasihatkan agar berwaspada
Mereka yang belum mendaftar dan mengemas kini lokasi serta butiran diri disaran untuk berbuat demikian dengan segera di https://ekonsular.kln.gov.my.
Penentuan nasab kanak-kanak pusat amal GISB bidang kuasa Mahkamah Syariah Negeri
Penentuan nasab sebahagian kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal dikaitkan dengan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) menerusi Op Global pada 11 Sept lepas adalah di bawah bida
GISB: Polis teruskan tindakan tegas, tahan beberapa lagi individu penting
PDRM hari ini meneruskan tindakan tegas dengan menahan beberapa lagi individu penting yang dikaitkan dengan GISB termasuk pengurusan tertinggi syarikat itu.
PRK Mahkota: MUDA tidak beri komitmen bantu kempen mana-mana parti bertanding
MUDA memaklumkan tiada perbincangan dan komitmen diberikan mereka bagi membantu pihak yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
Warga emas ditemukan lemas ketika menjala
Seorang lelaki warga emas ditemukan lemas ketika menjala ikan di Sungai Belakang Mada, Kampung Kobah pagi tadi.
AWANI 7:45 [19/09/2024] - 12 lelaki dan tujuh wanita | Fenomena luar biasa | Peruntukan Ahli Parlimen pembangkang
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi;
1. 19 individu, termasuk pemimpin GISB dan isteri direman tujuh hari
2. Mangsa banjir di PPS di Kedah meningkat mendadak, bantuan RM2,000
3. Kemuncak air pasang besar malam ini, risiko banjir memburuk di Utara Semenanjung
4. Jika tidak setuju, sila kemuka cadangan MOU pembangkang
1. 19 individu, termasuk pemimpin GISB dan isteri direman tujuh hari
2. Mangsa banjir di PPS di Kedah meningkat mendadak, bantuan RM2,000
3. Kemuncak air pasang besar malam ini, risiko banjir memburuk di Utara Semenanjung
4. Jika tidak setuju, sila kemuka cadangan MOU pembangkang
AWANI Ringkas: Sijil perlindungan Musang King diperbaharui hingga 2034
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Banjir Kedah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
19 individu pimpinan GISB direman tujuh hari
Semua 19 individu termasuk pimpinan GISB Holdings Sdn Bhd, termasuk isteri direman tujuh hari bermula Khamis.
PM Anwar mahu KPM beri penekanan penguasaan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris
Perdana Menteri mahu KPM memberikan penekanan terhadap penguasaan tiga subjek utama pendidikan iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
Ramai warga Malaysia lupa bahasa ibunda, cenderung berbahasa Inggeris - Warga Jerman
Michael Luebke gusar dengan segelintir masyarakat Malaysia yang dilihat kurang menjunjung budaya dan identiti mereka.
Kamus Braille dwibahasa, bantu OKU penglihatan pelajari bahasa
Kamus Braille dwibahasa yang pertama di negara itu, bakal memberi manfaat kepada golongan OKU penglihatan dan guru-guru yang mengajarnya.
Penjawat awam Sarawak bebas guna bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Pendirian ini adalah mengikut Perlembagaan Sarawak yang mana kedua-dua bahasa boleh digunakan dalam urusan rasmi.
Tok Pa lancar kelas tuisyen bahasa Inggeris untuk anak-anak Jeli
Sebagai permulaan, seramai 180 orang pelajar sekolah rendah membabitkan 21 buah sekolah dari Tanah Merah dan Jeli akan mengikuti kelas tambahan bermula esok.
Memahami proses pemilihan pinjaman bahasa - DBP
Terdapat sebuah jawatankuasa di DBP yang bertanggungjawab dalam mencari setiap istilah atau perkataan baharu dalam bahasa Melayu.
Keperibadian Tan Sri Arshad jadikan Melayu sedia kuasai bahasa Inggeris - Sultan Perak
Titah baginda, ia termasuk kaedah pengajaran yang dapat memberikan nilai tambah dan membantu penguasaan ilmu.
Empat tahun tewas akibat gugup, Mohd Arfaizal akhirnya muncul juara pidato
Pegawai di Jabatan Operasi Kredit Bank Muamalat Malaysia Bhd itu mengakui musuh utamanya sepanjang penyertaan dalam pidato adalah gugup pentas.
NUTP tidak setuju guru Bahasa Inggeris duduki MUET
Sehubungan itu pihaknya merayu campur tangan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan memperbetulkan keadaan yang disifatkan semakin menekan dan membebankan guru-guru Bahasa Inggeris dalam negara.
Pelaksanaan 'PPSMI baharu' dikhuatiri wujudkan dualisme pemikiran
Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr. Mohd Ali Hassan khuatir akan wujud dua kelompok yang berbeza daya fikir mengikut bahasa.