Perkara itu didedahkan oleh Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy dalam sebuah kenyataan hari ini, bersama butiran maklumat beberapa projek menggunakan dana yang menjadi kontroversi tersebut.
“Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, terdapat banyak spekulasi mengenai penggunaan RM42 bilion yang ditanggung 1MDB, terutamanya tentang jumlah hutang RM27 juta yang didakwa ‘hilang’.
“Kami kini mendedahkan rumusan mengenai penggunaan nilai RM42 bilion tersebut. Ia adalah maklumat yang jelas dalam akaun-akaun 1MDB yang diaudit serta bersifat terbuka dari tarikh 31 Mac 2010 hingga 31 Mac 2014.
“Kami percaya pendedahan ini akan dapat membantu menjelaskan sebarang kekeliruan mengenai perkara ini,” ujar Arul.
Berikut adalah pecahan kos yang digunakan daripada jumlah RM42 bilion tersebut: