1Malaysia Development Bhd (1MDB)menafikan sekeras-kerasnya ia menjadi punca bagi sebarang kelewatan pembayaran kepada anggota angkatan tentera.
Syarikat itu mengulangi pengesahannya pada 21 Mac bahawa semua bayaran kepada Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM), anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), seperti yang terkandung dalam kontrak, dibuat mengikut waktunya dan tidak terdapat tunggakan.
"1MDB merujuk kepada pendedahan Rafizi Ramli (naib presiden PKR) hari ini tentang apa yang beliau tegaskan kononnya sebagai sedutan daripada Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, yang mengikut kefahaman kami, terletak di bawah Akta Rahsia Rasmi.
"Walaupun 1MDB sebelum ini mengesahkan bahawa ia mengalami ketakpadanan aliran tunai pada 2015, tetapi syarikat ini ingin mengulangi pengesahan yang dibuatnya pada 21 Mac bahawa semua bayaran kepada PPHM seperti yang terkandung dalam kontrak, dibuat mengikut masanya dan tidak berlaku kelewatan pembayaran.
"Begitu juga, 1MDB menafikan sekeras-kerasnya bahawa ia menjadi punca bagi sebarang kelewatan pembayaran kepada anggota angkatan tentera," kata syarikat itu dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Kenyataan itu berkata, 1MDB difahamkan bahawa apabila tiba masanya, LTAT akan memberi penjelasan yang akan memaparkan secara eksklusif kepalsuan mengenai apa yang dikatakan sebagai hubungan antara kontrak 1MDB dengan PPHM dan bayaran LTAT kepada anggota angkatan tentera.
"Hubungan yang dikatakan itu adalah suatu pembohongan yang sengaja direka Rafizi, yang tanpa segan silu, cuba menggambarkannya sebagai suatu fakta.
"Lebih penting lagi, sekiranya Rafizi mendakwa apa dilakukannya itu adalah betul, maka beliau bukan sahaja menunjukkan yang beliau tidak langsung menghiraukan tentang undang-undang, tetapi juga secara terang-terangan menghina siasatan yang sedang dilakukan PAC, sebuah jawatankuasa pilihan khas parlimen yang bersifat dwi-partisan," katanya.
Oleh demikian, kata kenyataan itu, Rafizi tidak boleh mendakwa bahawa beliau adalah seorang "pemberi maklumat" atau bertindak demi kepentingan orang ramai kerana sebagai sebuah pihak berkuasa yang sah di sisi undang-undang serta mempunyai lima anggota pembangkang, PAC telah mempunyai akses dan sedang mengkaji semula Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB.
"1MDB percaya bahawa pihak berkuasa berkenaan dan Parlimen akan menyiasat secara mendalam dakwaan Anggota Parlimen Pandan itu bahawa beliau telah berkongsi secara terbuka suatu dokumen yang diletakan di bawah OSA, yang sebaliknya, menjadi sebahagian daripada siasatan peringkat Parlimen yang sedang dijalankan.
"Sekiranya didapati berlaku sesuatu salah laku, kami percaya tindakan akan diambil mengikut undang-undang," kata kenyataan itu.
Bernama
Mon Mar 28 2016
1MDB menafikan sekeras-kerasnya bahawa ia menjadi punca bagi sebarang kelewatan pembayaran kepada anggota angkatan tentera. - Gambar fail
10 perjalanan feri Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi dibatalkan
10 perjalanan feri laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi terpaksa dibatalkan berikutan angin kencang dan ombak besar hari ini.
Bursa Malaysia tinggi dalam dagangan awal
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.88 mata kepada 1,661.47 daripada 1,660.59 pada Rabu.
PayPal perkenal logo baharu dengan rekaan lebih mendatar
Rekaan baharu ini memfokuskan kepada tipografi bertulis -PayPal- dilihat sesuai dengan era peranti pelbagai saiz dan lebih sesuai dalam kalangan pengguna untuk memberikan lebih keyakinan.
Arab Saudi tidak akan iktiraf Israel sehingga negara Palestin diwujudkan
Pemerintah de facto Arab Saudi, Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman berkata pada Rabu bahawa kerajaannya tidak akan menjalin hubungan dengan Israel sehingga sebuah negara Palestin diwujudkan, sebagai tamparan kepada usaha Amerika Syarikat untuk memeterai perjanjian normalisasi.
"Baru terima draf dah riuh di luar" - Saifuddin bidas tindakan PN gemar cetus sensasi
Saifuddin bidas tindakan pemimpin PN yang begitu 'riuh' dalam membincangkan isu MoU peruntukan pembangkang.
Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas gempa bumi di Bandung - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan atau terjejas setakat ini akibat gempa bumi di Bandung, Indonesia yang berlaku pada Rabu.
PM minta FAM sedia pelan jamin tingkat prestasi Harimau Malaya
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diminta untuk menyediakan pelan perancangan dan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) untuk menjamin peningkatan prestasi skuad Harimau Malaya.
FAMA dan Agrobank jalin kerjasama, lancar Pakej Usahawan Cashless Pasar Tani bernilai RM 25 juta
FAMA dan Agrobank menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) melalui Pakej Eksklusif Usahawan Cashless Pasar Tani bernilai RM 25 juta yang terbuka kepada pelanggan baharu dan sedia ada Agrbank yang telah berdaftar sebagai usahawan pasar tani di bawah FAMA.
Adakah tarikan Thailand jejas pelancongan domestik?
Hujung minggu lalu, sempena cuti panjang Hari Malaysia, ribuan rakyat Malaysia mengambil kesempatan untuk bercuti untuk ke destinasi luar negara—terutamanya ke Selatan Thailand.
Ia menimbulkan persoalan adakah ini tanda awal bahawa pelancongan domestik kita kini terancam oleh daya tarikan negara jiran?
Ia menimbulkan persoalan adakah ini tanda awal bahawa pelancongan domestik kita kini terancam oleh daya tarikan negara jiran?
Tiada rakyat Malaysia terkesan gempa bumi di Bandung
Kementerian Luar Negeri Malaysia mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terkesan atau terjejas akibat gempa bumi yang berlaku di Bandung, Indonesia pada Rabu.
Pihak kementerian terus memantau rapat perkembangan semasa melalui Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.
Pihak kementerian terus memantau rapat perkembangan semasa melalui Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu berhubung perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dengan Low Taek Jho atau Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat
Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.