1Malaysia Development Bhd (1MDB) memerlukan kira-kira RM42.26 bilion untuk membayar kos prinsipal dan faedah pinjaman yang matang antara November 2015 hingga Mei 2039.
Ini berasaskan andaian pelan rasionalisasi dilaksanakan dan tiada pinjaman baru dibuat selepas Oktober 2015, demikian menurut Laporan Pengauditan 1MDB yang baru dikeluarkan.
Dalam satu ringkasan eksekutif, laporan itu menyatakan bahawa baki prinsipal pinjaman/pembiayaan 1MDB berjumlah RM55 bilion sehingga 31 Okt 2015 berbanding aset sebanyak RM58.60 bilion, yang mana sejumlah RM20.31 bilion mendapat jaminan dan bantuan Kerajaan Persekutuan.
Menurut laporan tersebut, 1MDB perlu menyediakan dana yang besar untuk melunaskan bayaran komitmennya yang tinggi iaitu sebanyak RM4.88 bilion pada 2016, RM14.74 bilion pada 2023 dan sejumlah RM5.14 bilion pada 2039.
1MDB juga memerlukan dana sekurang-kurangnya RM1.52 bilion setiap tahun daripada November 2015 hingga Mei 2024 untuk membayar balik pinjaman.
Sementara itu, bagi tempoh 2016 hingga 2023, kos pinjaman yang perlu ditanggung oleh Kumpulan 1MDB berjumlah RM9.08 bilion.
Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) yang diterbitkan pada 2009 dijangka matang pada 2039 (30 tahun) dengan kadar bayaran pembiayaan sebanyak RM287.50 juta setahun.
Komitmen Kumpulan 1MDB bagi IMTN daripada November 2015 hingga Mei 2039 berjumlah RM11.90 bilion yang merangkumi RM5 bilion prinsipal dan RM6.90 bilion kos pembiayaan.
Baki pinjaman Kumpulan 1MDB dijangka berjumlah RM28.21 bilion manakala kedudukan aset Kumpulan 1MDB berjumlah RM27.01 bilion.
Sebahagian aset hartanah akan dibangunkan untuk menambah nilainya dan memberi pulangan pada masa depan, kata laporan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 16 2018

1MDB memerlukan kira-kira RM42.26 bilion untuk membayar kos prinsipal dan faedah pinjaman yang matang antara November 2015 hingga Mei 2039.
Hakim Jepun dipilih sebagai presiden baharu ICJ
Hakim Jepun, Yuji Iwasawa dipilih sebagai presiden baharu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi tempoh 2025 sehingga 5 Februari 2027.
Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan
Peningkatan produktiviti boleh dicapai menerusi program menambah kemahiran seperti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan kewujudan pusat kecemerlangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Polis sahkan wanita Jepun jatuh dari tingkat 4 isteri usahawan dan pempengaruh
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian wanita warga Jepun yang maut terjatuh dari tingkat 4 sebuah kondominium adalah isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial.

Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menurut Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan, sebagai sebuah negara yang majmuk, masyarakat perlu memupuk semangat saling menghormati antara satu sama lain, tanpa mengira latar belakang agama atau bangsa.
[TERKINI] Syarikat lori tayar tercabut sebabkan tujuh maut didakwa lebih muatan
Sebuah syarikat logistik yang terbabit dalam nahas maut mengorbankan tujuh individu hujung Disember lalu didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah atas pertuduhan membawa muatan melebihi had dibenarkan.

Dua sahabat mengaku salah rompak berkumpulan guna senjata, cederakan dua lelaki
Dua sahabat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak secara berkumpulan menggunakan senjata dan mencederakan dua lelaki di Bachok, pada 30 Jan.

Sukan olahraga hilang 'sentuhan' Harun Rasheed
KOM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menghargai jasa beliau kepada sukan tanah air.

Berpuasa tidak halang Nurul Izzah tampil aksi cemerlang di Turkiye
Ratu berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri berjanji akan menampilkan aksi cemerlang meskipun beraksi ketika berpuasa di Kejohanan Piala Negara-Negara di Konya, Turkiye.

Rusia larang kemasukan 9 warga Jepun, termasuk diplomat tertinggi
Sebagai tindak balas terhadap dasar sekatan Jepun, Rusia telah melarang sembilan warga Jepun daripada memasuki wilayahnya, termasuk Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya.

Bekas Pengerusi 1MDB diasak soalan berhubung kenyataan bukan proksi Najib
Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, 75, diasak dengan soalan pasukan pendakwaan berkaitan kenyataan beliau bukan proksi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

1MDB: SPRM ambil masa lebih sebulan rakam keterangan - Saksi
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi SPRM mengambil masa lebih sebulan untuk melengkapkan rakaman percakapannya.

1MDB: Jho Low tiada peranan dalam proses membuat keputusan - Saksi
Menurut saksi, beliau tidak pernah dimaklumkan dan tiada siapa dalam kalangan pengurusan yang memberitahunya bahawa Jho Low mempunyai pengaruh sedemikian.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.