AirAsia Bhd memaklumkan telah menerima Surat Tuntutan Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) pada Isnin berhubung tuntutan supaya ia menarik balik kenyataan media yang dibuat sebelum ini.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Malaysia Riad Asmat dan CEO AirAsia X Malaysia Benyamin Ismail berkata syarikat penerbangan itu bagaimanapun tidak terkejut dengan satu lagi respon undang-undang MAHB membabitkan isu tersebut.
"Kami keliru kerana pengendali lapangan terbang itu terus menggunakan kedudukan dominannya serta ancaman mengambil tindakan undang-undang bagi menyekat ulasan yang adil," kata AirAsia dalam satu kenyataan pada Isnin.
Syarikat penerbangan itu turut menyifatkan tindakannya itu sebagai maklum balas terhadap saman yang difailkan MAHB membabitkan caj perkhidmatan penumpang (PSC).
"Dalam usaha menggalakkan dialog terbuka dan mencari penyelesaian, kami menawarkan perantara sepertimana ditetapkan di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia untuk meleraikan semua isu tertangguh, namun MAHB menolaknya.
"Kami juga berpendapat bahawa pertikaian mahkamah itu akan memberi kesan negatif terhadap ekonomi dan industri penerbangan Malaysia. Bagaimanapun, kami tetap mempertahankan kenyataan yang telah dibuat dan beranggapan ancaman tindakan undang-undang itu adalah sesuatu yang tidak wajar," katanya.
Jelas AirAsia, pihaknya akan menggunakan semua saluran yang ada untuk mempertahankan diri daripada semua tindakan, sama ada menerusi perantara atau arbitrasi yang ditetapkan undang-undang atau "di mahkamah undang-undang sepertimana diinginkan MAHB."
- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 11 2019
Jelas AirAsia, pihaknya akan menggunakan semua saluran yang ada untuk mempertahankan diri daripada semua tindakan. - Foto fail
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Apa usaha kerajaan mempersiapkan diri dalam mendepani negara menua
Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menyatakan persoalan tentang bagaimana persediaan pihak kerajaan dalam mempersiapkan diri dalam berdepan negara menua.
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.
Enam syarikat penerbangan sambung semula operasi di Lapangan Terbang Subang 1 Ogos
Loke berkata enam syarikat penerbangan tersebut ialah FireFly, AirAsia Malaysia, Batik Air Malaysia, SKS Airways, Transnusa, dan Scoot Pte Ltd.
Gangguan IT global: Tune Protect saran pelanggan semak polisi, kemuka tuntutan kelewatan penerbangan
Tune Protect berkata, tuntutan tersebut bergantung kepada polisi perlindungan dan tempoh kelewatan yang dialami penumpang AirAsia berikutan gangguan IT global baru-baru ini.
AirAsia perluas operasi ke Lapangan Terbang Subang, terbang ke Borneo mulai 30 Ogos
AirAsia memperluas operasinya di Malaysia ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dengan dua destinasi domestik iaitu Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah bermula 30 Ogos, 2024.
Rusuhan Bangladesh: 123 rakyat Malaysia dijangka tiba jam 5.10 petang - Wisma Putra
Kesemua penumpang menaiki pesawat itu pada jam 11.23 pagi waktu tempatan dan kini dalam perjalanan untuk pulang ke tanah air.