AirAsia Bhd akan mengemukakan rayuan kepada kerajaan untuk membatalkan cadangan menaikkan Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) atau cukai lapangan terbang.
AirAsia dalam satu kenyataan hari ini berkata ia menerima banyak pertanyaan mengenai artikel yang disiarkan oleh sebuah portal berita tempatan mengenai cukai lapangan terbang yang akan dinaikkan, tetapi syarikat penerbangan tambang rendah itu belum menerima sebarang pemberitahuan rasmi daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Chief Executive Officer Aireen Omar berkata cukai tinggi itu akan membebankan rakyat, menjadikan penerbangan udara lebih mahal dan menyebabkan penurunan permintaan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan semua syarikat penerbangan yang beroperasi di Malaysia serta menjejaskan sektor pelancongan, pekerjaan dan juga ekonomi negara.
"Kami berharap kebimbangan pelanggan kami ini tidak berasas, tetapi sekiranya ia benar-benar berlaku, kami sebagai mewakili pelanggan dan rakyat, merayu kepada Kerajaan Malaysia untuk membatalkan kenaikan cukai tersebut," katanya.
Aireen juga menegaskan Malaysia akan hilang kelebihan daya saingnya sebagai hab kos rendah serantau.
Bagaimanapun, beliau melahirkan keyakinan kerajaan Malaysia dan Mavcom akan mendahulukan kepentingan jangka panjang negara, rakyat dan tanggungjawab mereka, sejajar dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia negara yang lebih kukuh dan makmur.
"Kami gembira kerajaan Malaysia menyedari akan perbezaan antara syarikat penerbangan tambang rendah dan syarikat penerbangan perkhidmatan penuh yang akan menjadi faktor dalam menimbang cukai yang akan dikenakan," katanya sambil menambah perbezaan antara kemudahan di KLIA2 dan KLIA adalah sebab-sebab yang jelas mengapa cukai tidak boleh menjadi sama.
Bernama
Fri Sep 23 2016

Malaysia akan hilang kelebihan daya saingnya sebagai hab kos rendah serantau jika cadangan itu direalisasikan. - Gambar fail

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024
Angka itu berbanding 56.99 juta penumpang yang dibawa AirAsia semasa tahun kewangan 2023.

Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.

Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.

Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.

AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.

AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.

76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.

AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.

AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.