AirAsia X kini menjadi pembeli terbesar di dunia, untuk pesawat A330neo dari Airbus.
Ini berikutan, penambahan tempahan, pesawat terbaharu dari Airbus oleh AirAsia X, kepada syarikat pembekal utama pesawat penumpang itu.
Pengumuman penambahan sebanyak 34 buah pesawat tempahan baru ini dibuat di Pameran Udara Farnborough di UK oleh Datuk Kamarudin Meranun, yang juga merupakan pengasas syarikat AirAsia, merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X.
Turut bersama Kamarudin dalam pengumuman ini, adalah Tan Sri Rafidah Aziz, Pengerusi AirAsia X dan Eric Schulz, Ketua Pegawai Komersil Airbus.
Perjanjian terbaharu ini mengukuhkan kedudukan AirAsia X sebagai pelanggan penerbangan terbesar untuk A330neo, dengan jumlah pesawat yang ditempah oleh syarikat penerbangan itu meningkat kepada 100 buah pesawat.
Kesemua pesawat A330neo yang ditempah oleh AirAsia X adalah model A330-900, model yang besar berbanding pesawat A330neo yang lain.
Portal berita AFP hari ini melaporkan pesawat penumpang pertama itu dijangka tiba di pada penghujung tahun 2019 dan membolehkan syarikat penerbangan itu membuat penerbangan ke Eropah, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes di satu sidang media.
"Sekarang, kami boleh terbang ke London ... pesawat ini membolehkan kami membuat penerbangan ke Brazil, Namibia dan ke mana-mana sahaja," petik portal berita itu.
Ibrahim Sani
Thu Jul 19 2018
AirAsia X membuat penambahan tempahan sebanyak 34 buah pesawat A330neo berikutan tempahan awal sebanyak 66 buah pesawat, menjadikan jumlah keseluruhan tempahan kepada 100 buah pesawat A330neo. - Foto AirAsia
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
AirAsia tandatangan tempahan pesawat dengan Airbus
Airbus akan memperluas khidmat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) di negara ini dengan penubuhan Inisiatif Digital Airbus Malaysia.
AirAsia X kini pelanggan terbesar pesawat A330neo
AirAsia X menambah tempahan pesawat terbaharu Airbus A330neo, dengan 34 buah pesawat tambahan. Ini berikutan tempahan 66 buah pesawat oleh syarikat penerbangan itu sebelum ini.
Pesawat baharu Airbus A330neo jalankan penerbangan ujian di KLIA
Syarikat pembuat pesawaat komersial Eropah, Airbus telah melancarkan A330neo baru ke Kuala Lumpur untuk kali pertama semalam.