Pemasaran perniagaan khusus buat golongan industri kecil dan sederhana (IKS) bakal berkembang dengan mudah dan efisyen menerusi aplikasi atas talian ADWORK.
Ketua Pegawai Eksekutif ADWORK Kumaresh Visvanathan berkata, aplikasinya yang mendapat kerjasama pelbagai agensi media itu bakal menjadi hab buat seluruh usahawan IKS untuk tujuan pemasaran.
“ADWORK merupakan aplikasi pemasaran mudah untuk pengiklan memilih sendiri syarikat pengiklanan mereka. Dengan hanya beberapa langkah mudah, masuk laman web kami dan pilih ruang iklan. Dan ia akan tersedia.
“Kami mendapat kerjasama beberapa agensi media antaranya Astro, Media Prima, syarikat akhbar tempatan, termasuk ruangan papan iklan. Dan kami akan mendapatkan harga istimewa untuk pengiklan membuat pilihan pemasaran mereka,” katanya kepada Astro AWANI.
Sebanyak 5,000 agensi media tersenarai di dalam aplikasi ADWORK untuk pengiklan membuat pilihan merangkumi platfrom akhbar, televisyen, termasuk juga radio.
Aplikasi ADWORK juga buat masa ini merupakan jenama terbesar di negara yang bakal menyediakan perkhidmatan pemasaran selain yang dilihat membuka lembaran baru buat strategi pemasaran perniagaan.
Sebagai permulaan, ADWORK turut menawarkan promosi menarik dengan tawaran ruangan iklan bernilai RM2 juta ringgit yang boleh didapati menerusi rebat tunai, nilai tambahan perjanjian termasuk diskaun sehingga 70 peratus.
Hilmi Malik
Fri Dec 06 2019
KUMARESH: Kami mendapat kerjasama beberapa agensi media antaranya Astro, Media Prima, syarikat akhbar tempatan, termasuk ruangan papan iklan.
Selangor rekod nilai dagangan RM639.2 bilion setakat September - Exco
Selangor merekodkan jumlah nilai dagangan sebanyak RM639.2 bilion atau 29.9 peratus kepada jumlah perdagangan negara bagi tempoh Januari hingga September lepas.
Kes buli UPNM: Suspek didakwa esok
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Kuala Lumpur pada 9 pagi.
AWANI Ringkas: PM nafi dakwaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sukar memerangi rasuah apabila melibatkan golongan mahakaya
Bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, negara tidak mungkin selamat jika rasuah tidak dibanteras hingga akar umbi .#SisiTVParlimen
Program IPR-INTAN bantu atasi kemiskinan bandar, PKPS puji inisiatif Kementerian Ekonomi
Hasil pertama projek cili fertigasi yang kini dalam proses penuaian menandakan pelancaran Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di bawah Inisiatif Usahawan Tani (INTAN).
Facebook Messenger dikemas kini dengan integrasi Siri dan video latar belakang AI
Messenger kini menyokong penyulitan hujung-ke-hujung untuk setiap mesej, telah menerima integrasi chatbot Meta AI, dan baru-baru ini telah menerima peningkatan jumlah pengguna.
Mahkamah perintah PDRM lengkap siasatan kematian Teoh Beng Hock dalam tempoh enam bulan
Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melengkapkan siasatan kes kematian Teoh Beng Hock dalam tempoh enam bulan bermula hari ini.
Negeri Sembilan saran kenakan bayaran masuk Pusat Ikan Hiasan, Muzium Tentera Darat
Kerajaan Negeri Sembilan berpendapat supaya bayaran berpatutan perlu dikenakan bagi kemasukan ke Pusat Ikan Hiasan Port Dickson dan Muzium Tentera Darat.
Menang Saham 2.0: Misi DDNK terus promosi kepentingan ilmu pelaburan
Menang Saham 2.0 akan memperkenalkan pelabur dan pedagang kepada saham-saham gergasi dunia, membimbing rakyat Malaysia dari Semenanjung hingga Sabah dan Sarawak dengan ilmu pasaran yang baharu.
Tabung Haji lantik 37 syarikat sebagai pengelola jemaah haji - Mohd Na'im
Tabung Haji terbuka dalam pemberian Lesen PJH kepada mana-mana syarikat pelancongan yang memohon serta memenuhi kelayakan dan seterusnya melepasi penilaian TH.
Aplikasi ADWORK bakal jadi hab pemasaran perniagaan
Aplikasinya yang mendapat kerjasama pelbagai agensi media itu bakal menjadi hab buat seluruh usahawan IKS untuk tujuan pemasaran.