Syarikat telekomunikasi gergasi Apple dan Samsung didenda berjuta Euro oleh pihak berkuasa Itali atas kesalahan memaksa orang ramai membeli produk terbaharu mereka.
Pihak Berkuasa Anti-Persaingan Itali dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, kedua-dua syarikat itu dengan sengaja tidak memberikan kemaskini sistem operasi pada produk lama mereka.
Apple didenda 10 juta Euro atau RM48 juta manakala Samsung, 5 juta Euro (RM24 juta).
Menurut kenyataan itu lagi, Apple dikenakan denda lebih tinggi kerana syarikat tersebut gagal memberitahu pelanggan mereka tentang jangka hayat bateri iPhone.
Samsung memberitahu pemilik telefon Note 4 untuk memasang versi baru sistem operasi Android Google yang dikhususkan untuk telefon model lebih baru, Note 7, tetapi ia mengakibatkan kelambatan sistem model lama itu.
BACA: Sengaja perlahankan iPhone, Apple berdepan sembilan saman
Begitu juga, Apple memberitahu pemilik iPhone 6 supaya memasang sistem operasi yang direka untuk iPhone 7, membawa kepada masalah bagi pemilik model lama itu.
Pihak berkuasa Itali itu telah memulakan penyiasatan pada Januari susulan aduan pelanggan.
Astro Awani
Wed Oct 24 2018
Kedua-dua syarikat itu didenda kerana dengan sengaja tidak memberikan kemaskini sistem operasi pada produk lama mereka. - Gambar hiasan
Konsul Jeneral Malaysia, Menteri Keadilan Thailand tinjau keadaan Penjara Narathiwat
Ahmad Fahmi mendapati layanan penjara terhadap semua banduan, termasuk banduan Malaysia yang beragama Islam, adalah sangat baik.
Tumpuan Isnin – 18 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (17 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Krisis kemanusiaan: Semakin banyak negara luah kebimbangan mengenai Gaza
Duta Besar Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Vasily Nebenzya mengecam keras sokongan politik Amerika Syarikat terhadap Israel, yang dianggap faktor utama di sebalik bencana kemanusiaan itu.
Konflik Asia Barat: Ketua Media Hezbollah terkorban - laporan
Serangan itu disasarkan ke kawasan kejiranan Ras al-Nabaa, yang menempatkan ramai orang awam yang berpindah dari pinggir selatan Beirut akibat pengeboman Israel.
Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Georgia disimbah cat
Kirtadze, ahli parti pembangkang UNM pimpinan bekas Presiden Mikheil Saakashvili, menyimbah cat ke muka Kalandarishvili ketika dia dan wakil semua parti yang bertanding dalam undian 26 Oktober lalu, bertemu untuk mendengar keputusan akhir pemilihan yang menjadi pertikaian.
Rakyat Senegal undi pilih anggota Dewan Kebangsaan
Senegal mengadakan pilihan raya awal pada Ahad, apabila rakyat akan memilih 165 anggota Dewan Kebangsaan untuk tempoh lima tahun.
Jepun rancang perkenal sistem tram tanpa landasan ke Gunung Fuji
Pihak berkuasa Jepun merancang untuk memperkenalkan sistem tram tanpa landasan dengan tayar getah, keluaran syarikat China, CRRC, bagi mengurangkan karbon dan kesesakan di Gunung Fuji.
PTPTN akan keluar kenyataan rasmi - Zambry
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung cadangan untuk menghentikan pembiayaan bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang daripada 30 peratus.
Agensi kerajaan siap siaga namun adakah sektor lain bersedia?
Antara yang perlu diberi perhatian adalah mereka yang berada di barisan hadapan ketika bencana di kawasan tertentu seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Apple senaraikan iPhone XS Max, iPhone 6s Plus sebagai produk vintaj
Sebelum ini, iPhone 6s Plus diperkenalkan pada September 2015, sementara iPhone XS Max pada September 2018.
Share To TikTok mudahkan perkongsian muzik daripada Apple Music dan Spotify
Pengguna boleh melakukan pilihan untuk berkongsi muzik, album dan senarai main ke susur masa menerusi Photo Mode atau mod skrin hijau.
Apple dilapor melabur AS$10 juta di Indonesia untuk bolehkan iPhone 16 dijual
Kementerian Perindustrian Indonesia sedang menilai cadangan dengan keputusan dijangka akan diberikan tidak lama lagi.
Apple, Samsung dilapor turut berminat ambil alih Intel
Apple dan Samsung berminat untuk mengambilalih Intel kerana kemampuan syarikat tersebut dalam mengilangkan cip pemprosesan mereka sendiri.
Apple peroleh 20% pegangan ekuiti penyedia perkhidmatan satelit GlobalStar
Di samping itu, Apple juga akan peruntukkan sebanyak $1.1 bilion sebagai bayaran awal untuk penggunaan infrastruktur GlobalStar.
Apple ambil alih penyunting gambar popular Pixelmator
Pengambilalihan ini oleh Apple membolehkan mereka melengkapkan penawaran perisian penyuntingan kepada para pengguna mereka.
Apple iMac M4 adalah Mac pertama sokong skrin 8K 120Hz
Walau bagaimanapun hanya model dengan GPU 10 teras sahaja yang menyokong ciri ini. Model dengan GPU 8 teras pula terhad kepada 6K 60Hz.
Apple iMac diperkenal dengan cip M4 pada harga bermula RM5799
iMac terbaharu dilengkapi dengan cip Apple M4, menjadikannya lebih pantas berbanding generasi sebelumnya dan menyokong ciri kecerdasan buatan Apple Intelligence.
Apple terima pampasan RM1,089 selepas Masimo langgar paten jam pintar
Bayaran pampasan yang diterima adalah minima kerana perbicaraan melibatkan juri.
Apple acah pengumuman Mac baharu minggu hadapan
Apple dijangka memperkenalkan siri Mac yang dikemas kini dengan cip Apple M4 terbaharu.