Bajet 2017 perlu memberi penekanan dalam membantu rakyat bagi menguruskan kos sara hidup khususnya dalam perbelanjaan makanan yang kian meningkat
Penganalisis ekonomi, Dr Muhammed Abdul Khalid berkata, ia perlu diberi perhatian bagi mengelak peningkatan kos yang mendadak.
"Sembilan daripada 10 isi rumah di Malaysia berbelanja paling banyak untuk makanan. Kita kena lihat liberalisasi sesetengah produk, kuota yang digunakan bagi memudahkan import untuk pembuatan domestik," katanya. di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menjadi speaker dalam wacana sempena sambutan Hari Pembasmian Kemiskinan Sedunia bertajuk Kemiskinan dan Ketidaksamaan Ekonomi di Malaysia anjuran Majlis Belia Malaysia.
Katanya, pengurusan perbelanjaan makanan oleh kerajaan lebih mudah untuk dilaksanakan berbanding memberi tumpuan kepada isu kenaikan gaji serta pendapatan rakyat dalam situasi ekonomi yang mencabar.
Selain itu, beliau turut berharap kerajaan untuk tidak mengurangkan bajet dalam sektor pendidikan dan kesihatan memandangkan ia penting untuk produktiviti dan pertumbuhan ekonomi pada masa akan datang.
"Kerajaan patut elak daripada memotong belanjawan untuk perkara yang boleh beri pulangan kepada negara pada masa akan datang. Contohnya dari segi pendidikan ialah biasiswa dan geran penyelidikan kerana ia amat penting untuk pertumbuhan ekonomi pada masa akan datang.
"Kerajaan juga kena kurangkan fokus kepada sektor yang menyebabkan pengaliran keluar wang negara yang mempunyai import yang tinggi seperti di sektor pertahanan," katanya lagi.
Tegas beliau, sektor pendidikan dan kesihatan memainkan peranan penting bukan sahaja menjamin kualiti hidup masyarakat malah mampu membasmi kemiskinan.
Hilal Azmi
Mon Oct 17 2016

Pengurusan perbelanjaan makanan oleh kerajaan lebih mudah untuk dilaksanakan berbanding memberi tumpuan kepada isu kenaikan gaji serta pendapatan rakyat dalam situasi ekonomi yang mencabar. - Gambar fail
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

Hartal Doktor Kontrak: Kronologi lantikan pegawai perubatan kontrak
Hartal Doktor Kontrak menuntut jaminan pelantikan tetap bagi doktor kontrak dan baharu, hak gaji, serta kebajikan sama rata dengan doktor tetap.

PM Najib umum kenaikan elaun, peruntukan tambahan RM20 juta kepada Rela
Peruntukan tambahan RM20 juta kepada Jabatan Sukarelawan Malaysia adalah bagi pembelian uniform kepada kesemua anggota dan pegawainya.

PTPTN anjur Hari Mesra Pelanggan serentak di seluruh negara
Sambutan Hari Mesra Pelanggan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diadakan serentak di seluruh negara merupakan usaha meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan mereka.

PM Najib lancar MYREN-X
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan infrastruktur siber jalur lebar berkelajuan tinggi 100 gigabit sesaat Malaysian Research and Education Network di Universiti Malaya hari ini.

Insentif khas PTPTN untuk ibu bapa pelajar tahun satu
Keistimewaan itu selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa pembentangan Bajet 2017 tahun lalu.

MOF jelaskan mengenai pengecualian cukai untuk badan agama
Kementerian Kewangan menjelaskan bahawa pindaan terhadap Akta Cukai Pendapatan 1967 bertujuan untuk memastikan pendapatan mereka digunakan secara khusus bagi tujuan keagamaan dan amal.

TN50 digerakkan dari akar umbi, manfaatkan semua golongan - PM Najib
Hala tuju negara bagi tempoh tersebut akan lebih jelas lagi apabila TN50 telah ditetapkan dan bakal digerakkan mulai tahun depan.

DUN Perak lulus Bajet 2017, PAS pilih berkecuali
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini meluluskan Enakmen Perbekalan atau Bajet Negeri Perak 2017 setelah dibahaskan empat hari oleh hampir kesemua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) d

Muhyiddin hadir di Bukit Aman untuk diambil keterangan
Tan Sri Muhyiddin Yassin, tampil di ke Bukit Aman pagi tadi, bagi merakamkan percakapan berhubung ucapannya yang menyentuh tentang isu 1MDB di Parlimen baru-baru ini.

Bajet 2017: DBKL peruntuk RM2.87 bilion
Daripada peruntukan itu, sejumlah RM1.728 bilion disediakan bagi perbelanjaan mengurus dan RM1.143 bilion bagi pembangunan.