Menyedari beban kos yang ditanggung isi rumah bagi penggajian pembantu rumah asing, kerajaan kini memberi pilihan kepada majikan untuk mengambil pembantu rumah asing secara langsung dari sembilan negara sumber tanpa melalui ejen.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata selain itu, majikan juga boleh memohon visa pembantu rumah daripada Jabatan Imigresen secara dalam talian dengan bayaran levi dan fi pemprosesan seperti kadar sedia ada.
"Pada masa ini kos keseluruhan membawa masuk setiap pembantu rumah boleh mencecah setinggi RM12,000 hingga RM18,000," katanya ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Justeru, Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan akan mengkaji semula kos pengambilan pembantu rumah asing supaya ia dapat dikurangkan pada masa depan.
Dalam pada itu, kerajaan turut mengumumkan 2018 sebagai tahun memperkasa wanita dengan melaksanakan beberapa langkah, termasuk mewajibkan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita dalam keahlian lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) serta badan berkanun sebelum akhir 2018.
Najib berkata selain itu, tempoh cuti bersalin mandatori bagi swasta dicadang supaya dinaikkan daripada 60 hari kepada 90 hari seperti yang telah dilaksanakan oleh perkhidmatan awam.
Beliau mengumumkan peruntukan RM20 juta untuk program latihan dan keusahawanan wanita antaranya PEAK Entrepreneur Programme menerusi MyWin Academy.
"Bagi menggalakkan golongan wanita kembali bekerja, kerajaan mencadangkan layanan pengecualian cukai pendapatan individu disediakan ke atas pendapatan yang diperoleh dalam tempoh 12 bulan berturut kepada mereka selepas tempoh sekurang-kurangnya dua tahun berhenti daripada pekerjaan," katanya.
Najib berkata pengecualian tersebut layak dituntut bagi tahun taksiran 2018 hingga 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 27 2017
Majikan boleh mengambil pembantu rumah asing secara langsung dari sembilan negara sumber tanpa melalui ejen. - Gambar hiasan
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
Keputusan kelulusan cuti bersalin 60 hari tidak langgar peraturan - KPPA
Keputusan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat memberikan kelulusan cuti bersalin sebanyak 60 hari kepada pegawai perubatan PKD, adalah tidak melanggar peraturan cuti bersalin yang ditetapkan.
Cuti bersalin 98 hari berkuat kuasa 1 Jan 2023
Antara pindaan itu ialah waktu bekerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu, cuti bersalin menjadi 98 hari dan cuti paterniti tujuh hari.
Jakim berunding dengan MOF isu tangguh cuti bersalin elaun penuh
Hakimah berkata, pihaknya juga sedang menjustifikasikan langkah yang dibuat untuk pertimbangan semula pihak Kementerian berkenaan.
Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2021 berkaitan cuti bersalin
Rang undang-undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim setelah dibahas 17 senator.
Guru Kafa dapat cuti bersalin elaun penuh mulai 1 Jan - Jakim
Kemudahan cuti bersalin dengan elaun penuh selama 60 hari diberi kepada guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) berkuat kuasa 1 Jan lepas.
Kadar gaji minimum dikaji semula agar kekal relevan - Muhyiddin
Kerajaan sedang menambah baik dan meminda undang-undang berkaitan perburuhan, seperti Akta Kerja 1955, dengan meluaskan skop pemakaian kepada semua pekerja dalam sektor swasta tanpa mengira had gaji.
Dewan Negara lulus RUU Perbekalan 2020
Rang Undang-undang berkenaan diluluskan sebulat suara anggota Dewan Negara selepas dibahaskan selama empat hari bermula 9 Dis, sebelum digulung oleh setiap kementerian selama dua hari.
MEF hanya setuju tiga hari cuti bersalin - Shamsuddin Bardan
Persetujuan cuti tiga hari itu juga adalah atas prinsip kos pembiayaan cuti pekerja terlibat tidak ditanggung sepenuhnya oleh majikan.
Kedah kaji kesesuaian cadangan cuti bersalin 90 hari
Kerajaan Kedah akan melakukan kajian bagi melihat kesesuaian pelaksanaan cadangan cuti bersalin selama 90 hari kepada pekerja wanita di peringkat negeri ini sebelum melaksanakannya.
Cuti 90 hari: Masa bersama ibu, bayi amat penting - TPM
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan masa bersama termasuk tempoh proses penyusuan amat penting kepada ibu dan bayi.