Bank Negara Malaysia (BNM) menegaskan tidak akan menambat nilai ringgit meskipun nilai unit tempatan itu kini mencecah paras RM4.44 berbanding Dolar AS.
Menurut Gabenor, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz tambatan nilai ringgit akan menyebabkan berlakunya pelarasan kepada harga dan permintaan yang bakal memberikan kesan besar kepada ekonomi.
"Malaysia mempunyai asas ekonomi yang boleh diselaras mengikut persekitaran semasa. Apabila ketidaktentuan global seperti kenaikan kadar faedah AS diselesaikan, ringgit akan kembali pulih."
Katanya kepada pemberita selepas menyampailan ucaptama pada Simposium Global bagi Kekukuhan Kewangan di sini hari ini.
Dr Zeti berkata ketidaktentuan termasuk kelemahan harga komoditi dan minyak menyebabkan nilai ringgit sukar diramal.
"Kita harus tunjukkan kita mampu keluar dari tempoh sukar ini."
Katanya sambil menambah keadaan ekonomi semasa Malaysia tidak akan menjejaskan negara jiran.
Beliau berkata pelabur harus melihat kepada asas perbankan dan sistem kewangan Malaysia yang kukuh.
"Pertumbuhan meskipun menyederhana namun masih kukuh jika berdasarkan persekitaran global kini."
Malah katanya ekonomi Malaysia kini 80 peratus disumbang pembuatan dan perkhidmatan berbanding bergantung kepada komoditi.
Sementara itu Dr Zeti berkata pasaran bon Malaysia tidak akan runtuh susulan pelepasan pegangan bon bernilai RM11 bilion oleh pelabur asing.
"Kebanyakkan bon ini adalah dalam dedominasi ringgit dan Malaysia mempunyai pelabur institusi yang akan membeli bon domestik."
Najib Aroff
Wed Sep 30 2015

ZETI: Apabila ketidaktentuan global seperti kenaikan kadar faedah AS diselesaikan, ringgit akan kembali pulih.
Siasat Ismail Sabri tiada motif politik, bukan ikut arahan
Dalam pada itu, Tan Sri Azam Baki menegaskan siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapi beliau bukan bermotif politik.
SPRM panggil semula Ismail Sabri pada Rabu
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dipanggil semula untuk dirakam keterangan tambahan oleh SPRM pada Rabu ini.

Dua rakan kekal bebas tuduhan tipu urus niaga sarung tangan getah lebih RM1 juta
Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan membebaskan dua rakan daripada satu pertuduhan menipu dua lelaki berkaitan pengedaran 180,000 kotak sarung tangan getah bernilai lebih RM1 juta.

Rumah rakit Tasik Kenyir terbakar, pengusaha rugi RM3 juta
Punca kebakaran masih dalam siasatan, dengan api memusnahkan sepenuhnya rumah rakit yang mempunyai 14 bilik.

Tentera Laut Australia selamatkan lelaki Lituania cuba dayung rentas Lautan Pasifik
Seorang lelaki Lithuania terpaksa membatalkan cubaannya untuk mendayung merentasi Lautan Pasifik dari California ke Queensland akibat taufan tropika.

Jururawat berhenti: Ramai ingin berkhidmat di negeri sendiri - Lukanisman
Penempatan sebahagian jururawat yang tidak dihantar bertugas ke negeri asal adalah antara faktor penyebab mereka memilih meninggalkan perkhidmatan dengan Kementerian Kesihatan (KKM).

Kesesakan Tambak Johor: Kerajaan perluas penggunaan kod QR kepada kereta tahun ini
Fadillah berharap langkah ini akan meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan mengurangkan kesesakan di pintu masuk negara.
AWANI Ringkas: Taklimat kerajaan kukuhkan komunikasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan komited kurangkan defisit fiskal 3.8 peratus pada 2025 - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberitahu Dewan Rakyat setakat tahun ini, paras hutang negara berjumlah RM1.2 trilion atau lebih 64 peratus KDNK.
Jelasnya selagi kerajaan mengamal perbelanjaan defisit, selagi itulah hutang akan terus meningkat.
"Kerajaan terus komited mengurangkan defisit dengan unjuran 3.8 peratus pada tahun 2025, seterusnya ke arah mencapai komitmen Tanggungjawab Fiskal (FRA) serendah 3 peratus KDNK," katanya.
Jelasnya selagi kerajaan mengamal perbelanjaan defisit, selagi itulah hutang akan terus meningkat.
"Kerajaan terus komited mengurangkan defisit dengan unjuran 3.8 peratus pada tahun 2025, seterusnya ke arah mencapai komitmen Tanggungjawab Fiskal (FRA) serendah 3 peratus KDNK," katanya.

Platform fail aduan, cabar tindakan turunkan kandungan media sosial akan diwujudkan
Pengguna media sosial boleh mempertahankan kandungan mereka melalui tribunal yang disediakan.

Mara sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyasarkan untuk mengurangkan pinjaman tidak berbayar (NPL) yang ditanggung agensi itu di bawah paras 30 peratus tahun ini.

BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030
BNM melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) menerbitkan kertas perbincangan yang menggariskan cadangan dasar bagi Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (NSFL) kedua (2026 - 2030).

Peningkatan bayaran premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
PAC akan mengadakan Sesi Pendengaran Awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans Kesihatan dan Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan.

BNM keluarkan dokumen semakan semula dasar wang elektronik
Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan dokumen dasar wang elektronik dan set soalan lazim (FAQ) yang disemak semula berkuat kuasa hari ini.

Makmal Inovasi Kewangan Iklim dijangka beroperasi pada separuh pertama 2025 - BNM
CFIL bertujuan mempercepat pembangunan penyelesaian kewangan iklim yang inovatif bagi meningkatkan aliran kewangan ke arah peralihan dan aktiviti hijau.

Pemansuhan kadar faedah rata pinjaman peribadi boleh kekang hutang isu rumah, risiko bankrap
Cadangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memansuhkan kadar faedah rata untuk mengira pembiayaan peribadi dilihat sebagai langkah penting ke arah menambah baik kesihatan kewangan isi rumah.

Rizab antarabangsa BNM susut kepada AS$118.1 bilion pada 13 Dis, 2024
Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$118.1 bilion (AS$1=RM4.50) pada 13 Dis 2024, berbanding AS$118.3 bilion pada 30 Nov, 2024.

BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.

Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.