Bank Negara Malaysia (BNM) sedang berusaha untuk menjadikan mata wang digital sebagai medium yang lebih telus di Malaysia dengan pengeluaran draf cadangan bagi maklum balas orang ramai, mengenai penggunaan obligasi pelaporan bagi perniagaan pertukaran mata wang digital sebagai institusi pelapor di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
Bank pusat itu dalam satu kenyataan, berkata ia bertujuan bagi memastikan langkah-langkah yang berkesan dilaksanakan untuk menangani risiko pembiayaan keganasan/pengubahan wang haram yang berkaitan dengan penggunaan mata wang digital serta meningkatkan ketelusan aktiviti mata wang digital di Malaysia.
"Dasar yang dicadangkan ini menggariskan obligasi undang-undang, keperluan dan piawaian yang akan ditakrifkan di bawah Jadual Pertama AMLA, yang perlu dilaksanakan sebagai laporan institusi.
"Ini termasuk obligasi ketelusan yang bertujuan untuk memberikan maklumat yang relevan kepada orang ramai bagi lebih memahami dan menilai risiko yang berkaitan dengan penggunaan mata wang digital. Ketelusan yang tinggi juga akan dapat mengelakkan penggunaan mata wang digital dalam aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang," katanya.
Penukar mata wang digital juga perlu memberikan maklumat terperinci kepada BNM sebagai sebuah institusi pelaporan.
Kegagalan untuk berbuat demikian atau mematuhi obligasi pelaporan mungkin menyebabkan penukar mata wang digital dikenakan tindakan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah AMLA, termasuk kemungkinan penamatan atau tidak dibenarkan menggunakan perkhidmatan kewangan di Malaysia.
BNM berkata penggunaan obligasi pelaporan terhadap perniagaan pertukaran mata wang digital tidak memberikan apa-apa konotasi bahawa bank memberikan kebenaran, perlesenan, sokongan atau pengesahan kepada mana-mana entiti yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan mata wang digital.
"Orang ramai diingatkan bahawa mata wang digital adalah tidak sah diperlakukan di Malaysia. Sehubungan dengan itu, perniagaan mata wang digital tidak dilindungi oleh piawaian atau pengaturan kehematan dan amalan pasaran yang terpakai pada insitusi kewangan yang dikawal selia oleh BNM .
"Ini selaras dengan obligasi pelaporan semasa yang digunakan di bawah AMLA terhadap institusi-institusi pelaporan lain seperti firma undang-undang atau perakaunan dan ejen hartanah yang tidak tertakluk di bawah bidang kuasa BNM," katanya lagi.
Orang ramai dinasihatkan untuk menilai dengan teliti risiko yang berkaitan dengan urus niaga dalam mata wang digital, termasuk risiko yang berpunca daripada turun naik harga yang ketara, ketiadaan pasaran yang dalam serta mudah terdedah kepada serangan siber, yang boleh membawa kepada kerugian yang besar.
Pengguna mata wang digital juga tidak akan dilindungi di bawah pengaturan penyelesaian pertikaian yang mapan yang disediakan untuk institusi-institusi kewangan yang dikawal selia sekiranya berlaku sebarang pertikaian atau kerugian.
Penggunaan obligasi pelaporan terhadap penukar mata wang digital adalah langkah pertama ke arah menjadikan aktiviti mata wang digital yang lebih telus di Malaysia.
Ia akan terus memantau dan menilai risiko-risiko yang dihadapi oleh sistem kewangan melalui aktiviti seperti ini bagi memastikan integriti sistem berkenaan tidak terabai.
BNM mengalu-alukan maklum balas bertulis mengenai keperluan spesifik yang dinyatakan dalam draf cadangan dan maklum balas. Ia hendaklah dikemukakan menjelang 14 Jan 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 14 2017

BNM sedang berusaha untuk menjadikan mata wang digital sebagai medium yang lebih telus di Malaysia. - Gambar fail

Aset pelaburan KWSP cecah RM1.25 trilion, 63 peratus dilaburkan dalam pasaran domestik
Aset pelaburan KWSP mencapai RM1.25 trilion setakat 31 Dis, 2024, dengan 63 peratus daripadanya dilaburkan dalam pasaran domestik.
AWANI Ringkas: Jumlah dividen KWSP lebih tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dividen yang kukuh bukti daya tahan KWSP - Amir Hamzah
Pencapaian dividen yang kukuh dan berdaya saing oleh KWSP pada 2024 membuktikan daya tahan serta komitmennya dalam memastikan masa depan persaraan ahli terjamin.

Murid cedera dilanggar SUV ketika melintas jalan
Seorang murid cedera selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) ketika sedang melintas berhampiran kawasan sekolah di Subang Bestari.

Ahmad Khairuddin dilantik Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Industri Khas) LHDN
Ahmad Khairuddin Abdullah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Industri Khas) LHDN yang baharu.

Mawar merah 'terakhir' buat Akiko Okimura
Jenazah isteri usahawan dan pempengaruh, Ridzuan Ridzokumura iaitu Allahyarham Akiko Okimura selamat dikebumikan kira-kira jam 9 pagi Sabtu.

PM Anwar laksana program Ihya' Ramadan, santuni penjawat awam, rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melaksanakan Program Ihya' Ramadan di pelbagai kementerian sepanjang bulan Ramadan ini.

Skim Jaminan SJPP, SJKP beri akses pembiayaan inklusif kepada sektor gig - Amir Hamzah
SJPP dan SJKP elah memudahkan jumlah pembiayaan PKS sebanyak RM102 bilion, memberi manfaat kepada 75,000 pemilik perniagaan kecil.
Amirudin tidak bertanding Timbalan Presiden PKR
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, mengesahkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR pada pemilihan parti Mei depan dan tidak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden yang kini disandang Datuk Seri Rafizi Ramli.
Keputusan ini sekali gus menamatkan spekulasi mengenai kemungkinan beliau mencabar kedudukan tersebut.
Keputusan ini sekali gus menamatkan spekulasi mengenai kemungkinan beliau mencabar kedudukan tersebut.

SPRM tahan reman wartawan disyaki minta dan terima rasuah kira-kira RM20,000
SPRM menahan reman seorang wartawan sebuah portal berita kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM20,000 sebagai balasan untuk menurunkan artikel.

Papagomo dibebaskan dengan jaminan polis selepas beri keterangan
Papagomo ditahan 1.30 pagi semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes memanipulasi nama sebuah syarikat untuk mengutip dana daripada orang awam.

Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.

Syed Saddiq akan kemuka rayuan, mahu bersihkan nama di mahkamah
Syed Saddiq tegas memastikan namanya dibersihkan melalui proses keadilan di mahkamah.

Warga emas maut, kereta dinaiki bersama dua cucu terbabas
Seorang wanita warga emas maut apabila kereta dinaiki bersama dua cucu terbabas dalam kemalangan di Setiu.

Rugi RM120,000 diperdaya 'scammer' menyamar anggota AMLA
Mangsa yang percaya dengan kata-kata tersebut telah melakukan 17 transaksi pembayaran melalui mesin deposit ke dalam tiga akaun bank berbeza.

Semua prosiding kes Muhyiddin digantung
Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi mendapatkan perintah penggantungan sementara prosiding, bagi tiga lagi kes AMLA Muhyiddin.

Quantum Metal perlu laksana pencegahan di bawah AMLA - BNM
Sebarang dakwaan bahawa aktiviti QMSB diluluskan dan dilesenkan oleh BNM, secara langsung atau tidak langsung, adalah tidak benar.

Najib boleh mohon dibebaskan September depan - Hakim
Perbicaraan kes AMLA yang dihadapi Najib akan bermula pada 17, 18,19, 23 dan 24 September.

Bekas pengarah syarikat didakwa terima wang hasil aktiviti haram RM1.26 juta
Bekas pengarah syarikat penyedia perkhidmatan perundingan pengurusan perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas sembilan pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram.

Pengarah syarikat bebas kes AMLA RM9.1 juta, pecah amanah RM7.6 juta
Seorang pengarah syarikat pembinaan dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen atas satu kes pengubahan wang haram RM9.1 juta dan pecah amanah RM7.6 juta.