Pelaksanaan GST bakal bermula 1 April ini. Adakah anda sudah bersedia?

Apabila GST diimplementasikan, ia pastinya akan mempengaruhi kehidupan setiap individu di Malaysia. Untuk memahami dengan lebih mendalam, soalan dan isu yang relevan perlu dibincangkan. Kami ingin menjemput anda sebagai pembaca dan penonton Astro AWANI untuk berkongsi pengalaman anda.

Maklumkan kepada kami bagaimana GST memberi impak kepada anda menerusi kempen #CabaranGST, melalui langkah-langkah berikut:

Langkah Pertama:
Rakam gambar resit anda bagi pembelian sebelum 1 April, 2015.

Langkah ke-2:
Selepas 1 April, kunjungi kedai yang sama dan beli barangan yang sama seperti dalam resit pertama.

Langkah ke-3:
Rakamkan gambar resit terbaharu.

Langkah ke-4:
Bandingkan kedua-dua resit dan rakamkannya dalam satu gambar.

Langkah ke-5:
Kirim gambar ke laman sosial dengan hashtag #CabaranGST #GSTAWANI dan tag kami di @501awani