AIA Bhd menawarkan pengecualian pembayaran premium atau caruman untuk tiga bulan pertama bagi pelanggan A-Life ProtectTerm atau A-Life Kasih Famili pada Mei.
Tawaran tersebut diberikan bagi membantu mengurangkan impak disebabkan penularan pandemik COVID-19 selain memastikan pengguna mempunyai perlindungan yang sewajarnya ketika tempoh kritikal ini, lapor portal BH.
Menurut Ketua Pegawai Pemasaran AIA Bhd, Heng Zee Wang, selain pengecualian caruman, AIA juga menawarkan pengguna untuk menerima manfaat perlindungan kemasukan hospital dan kematian akibat COVID-19 secara percuma sehingga 30 September.
Katanya, pelanggan AIA turut boleh mendapatkan nasihat perubatan COVID-19 tanpa sebarang kos tambahan sehingga 30 Jun.
"Tawaran kedua adalah perlindungan kematian tambahan sebanyak 50 peratus akibat COVID-19 secara percuma.
"Jika orang yang diinsuranskan atau dilindungi meninggal dunia akibat COVID-19, tambahan sebanyak 50 peratus daripada jumlah perlindungan asas akan dibayar kepada waris," katanya.
Jika orang yang diinsuranskan atau dilindungi meninggal dunia akibat COVID-19, tambahan sebanyak 50 peratus daripada jumlah perlindungan asas akan dibayar kepada waris.
Jumlah maksimum yang dibayar adalah RM100,000 atau RM250,000 setiap seorang, tertakluk kepada pelan yang diambil.
Sementara itu, tawaran ketiga adalah lanjutan tempoh perlindungan tambahan percuma COVID-19.
Zee Wang juga berkata, ketika berhadapan dengan COVID-19, lebih ramai pengguna mula membuat pembelian yang menitikberatkan aspek kesihatan serta komitmen kewangan jangka panjang berikutan peningkatan tahap kebimbangan serta ketidaktentuan ekonomi.
Astro Awani
Fri May 08 2020
Selain pengecualian caruman, AIA juga menawarkan pengguna untuk menerima manfaat perlindungan kemasukan hospital dan kematian akibat COVID-19 secara percuma sehingga 30 September. - Gambar fail
Neville sokong tindakan keras gugurkan Rashford, Garnacho
Ketiadaan Rashford dan Garnacho itu menjadi topik hangat sebelum sepak mula.
Arm dan Qualcomm ke mahkamah selesaikan isu royalti
Arm menyaman Qualcomm kerana menggunakan kadar bayaran royalti lebih rendah dalam rekaan CPU Oryon yang dibangunkan oleh Nuvia.
Harry Kane, Alphonso Davies beri Bayern Munich kelegaan
Kane terlepas empat perlawanan terakhir sejak terhincut-hincut ketika seri 1-1 dengan Borussia Dortmund pada 30 November lalu.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Thailand siasat pegawai benarkan Thanksin jalani hukuman di hospital, bukan penjara
NACC buat keputusan itu sebagai menjawab dakwaan terdapat pegawai di Jabatan Pemulihan dan Hospital Besar Polis hantar Thaksin ke hospital itu.
[TERKINI] Musa Aman dilantik Yang Dipertua Negeri Sabah
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menyerahkan Surat Cara Pelantikan kepada Tan Sri Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah Ke-11, hari ini. Bekas Ketua Menteri Sabah itu dikurniakan darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara oleh Yang di-Pertuan Agong yang membawa gelaran Tun.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam keadaan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4470/4570 berbanding dolar AS daripada 4.4500/4550 ketika ditutup semalam.
Harry Maguire positif rundingan kontrak baru di Manchester United
Pemain pertahanan itu memasuki tahun terakhir kontrak sedia adanya bersama The Red Devils.
Filipina sedia bawa pulang warganya, banduan hukuman mati - Menteri Indonesia
Pihak berkuasa Filipina bersedia membawa pulang Mary Jane Veloso, banduan yang dijatuhkan hukuman mati di Indonesia atas kesalahan menyeludup dadah.
Pelantikan Thaksin sebagai penasihat tidak rasmi disifatkan sebagai jambatan penghubung ASEAN - Mohamad
Thaksin Shinawatra yang berpengaruh di Thailand, juga dikenali sebagai figura yang diterima baik oleh Amerika Syarikat dan mempunyai hubungan rapat dengan China.
Projek ECRL capai lebih 76 peratus setakat November - MRL
Ia berada pada landasan yang baik dalam memastikan projek berkenaan dapat disiapkan pada Dis 2026 bagi jajaran KB-Terminal Bersepadu Gombak.
COVID-19: AIA tawar pengecualian pembayaran caruman selama 3 bulan
Tawaran tersebut diberikan bagi membantu mengurangkan impak disebabkan penularan pandemik COVID-19.