Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memberi amaran kepada orang ramai agar tidak membuat pelaburan dalam bursa aset digital (DAX) berikutan platform tersebut tidak sah untuk beroperasi di negara ini.
Syarikat tersebut dalam satu kenyataan memaklumkan terdapat individu dan entiti yang cuba mengambil kesempatan ketika situasi COVID-19 dengan memperdayakan orang ramai untuk melabur dalam skim pelaburan tidak sah
“SC telah memasukkan 12 lagi syarikat yang beroperasi tanpa lesen atau kebenaran SC di bawah senarai pantau atau Peringatan Pelabur di http://www.sc.com.my/investor-alert.
“Pelabur yang berurusan dengan entiti atau individu yang tidak berlesen atau tidak sah terdedah kepada pelbagai risiko, termasuk penipuan dan pengubahan wang haram, dan tidak mempunyai akses kepada bantuan perundangan sekiranya berlaku pertikaian,” demikian menurut SC, pada Jumaat.
Jelas SC, ketika ini hanya terdapat tiga Pengendali Pasaran Diiktiraf (RMO) yang berdaftar bagi DAX, iaitu Luno Malaysia Sdn Bhd, SINEGY Technologies (M) Sdn Bhd dan Tokenize Technology (M) Sdn Bhd.
Selain tiga pengendali tersebut, SC memaklumkan tiada mana-mana platform dalam talian yang dibenarkan untuk menubuhkan dan mengendalikan DAX di Malaysia.
Justeru, SC mengingatkan mana-mana pengendali DAX yang beroperasi secara tidak sah di negara ini agar segera menghentikan aktiviti mereka.
“Mengendalikan DAX tanpa kebenaran daripada SC adalah satu kesalahan di bawah undang-undang sekuriti.
“Jika seseorang disabitkan kesalahan, dia boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10 juta atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya,” kata kenyataan tersebut.
Orang ramai boleh membuat pengesahan pengendali aset digital berdaftar dengan SC di lama sesawang https://www.sc.com.my/development/digital/digitalassets atau menghubungi SC di talian +603 6204 8999 atau e-mel: [email protected].
Hasimi Muhamad
Fri Apr 24 2020

SC mengingatkan pengendali DAX yang beroperasi secara tidak sah di negara ini agar segera menghentikan aktiviti mereka.
Kuasa AI dalam rekaan: Pixlr saingi industri gergasi
Pembangunan bakat tempatan sehingga ke insentif kerajaan memainkan peranan penting dalam mengukuhkan ekosistem kecerdasan buatan (AI) Malaysia. Apakah strategi terbaik untuk memperkasakan industri ini, dan bagaimana Pixlr berperanan dalam membentuk masa depan AI dalam sektor kreatif?
Ketahui lebih lanjut bersama Ketua Pegawai Eksekutif Pixlr Group, Warren Leow, dalam perbincangan eksklusif mengenai rekaan, inovasi, daya saing global, dan hala tuju AI Malaysia.
Ketahui lebih lanjut bersama Ketua Pegawai Eksekutif Pixlr Group, Warren Leow, dalam perbincangan eksklusif mengenai rekaan, inovasi, daya saing global, dan hala tuju AI Malaysia.

Muhammad Darwisy ada masalah jantung sejak lahir - Baddrol Bakhtiar
Selain ibu, ayah dan dua orang kakak, Muhammad Darwisy yang berusia 12 bulan turut meninggalkan pasangan kembarnya, Dhiya Dinara.

Sidang kemuncak Arab di Kaherah terima pelan pembinaan semula Gaza Mesir sebagai inisiatif 'bersatu'
Kenyataan akhir sidang kemuncak menetapkan bahawa pelan dikemukakan oleh Mesir sebagai satu rancangan komprehensif Arab.

Wanita maut dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lok Bonu Sepanggar
Seramai 10 anggota dari Balai Bomba Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian.

Rusuhan bersenjata, polis buru 20 suspek
ACP Raub Selamat berkata, insiden pada kira-kira jam 1.30 pagi itu membabitkan kira-kira 20 individu bersenjata cota besi dan kayu besbol.
AWANI Pagi: Vape - Bom jangka kesihatan remaja
Bersama Syazwani & Amirul mengupas mengenai isu 'vaping' dalam kalangan remaja bersama Timbalan Dekan Ijazah Dasar, Fakulti Pendidikan, UM, Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor & Pakar Perubatan Kecemasan, Fakulti Perubatan, UM, Dr. Mohd Hafyzuddin Md Yusuf
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Kabinet Arab Saudi tolak pengusiran rakyat Palestin oleh Israel
Menjadi hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib dan memperoleh hak-hak sah mereka termasuk hak menubuhkan negara merdeka.

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS susulan keputusan tarif import
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4465/4585 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada penutupan Selasa.

Pemain berdarah Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
Reijnders menyertai AZ Alkmar pada 2023 dengan kontrak lima tahun, dan dia telah buat 90 penampilan dalam semua kejohanan dan jaringkan 16 gol.

Anak bongsu Baddrol Bakhtiar meninggal dunia
Khabar duka itu dikongsi ADUN Gurun itu dalam satu hantaran di Instagram rasmi miliknya.

COVID-19: SC beri amaran jangan melabur dalam bursa aset digital
Hanya tiga Pengendali Pasaran Diiktiraf (RMO) dibenarkan beroperasi di Malaysia, setakat ini.