Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) akan memulakan operasinya pada awal Oktober ini, iaitu enam bulan selepas dilancarkan dengan menggunakan platform e-dagang Alibaba iCloud.
Sebagai permulaan, sebanyak 1,500 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mempunyai produk sesuai akan dipilih oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) Sdn Bhd untuk menyertai dagangan rentas sempadan secara dalam talian itu.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada wartawan Malaysia di sini sejurus tiba dari Hangzhou yang menyaksikan beliau bertemu Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Alibaba Group, Jack Ma serta mendengar taklimat berhubung operasi Alibaba, gergasi e-dagang terbesar China.
Sebaik bermulanya operasi itu, DFTZ bakal menjadi zon bebas digital pertama seumpamanya di luar China bagi merancakkan pertumbuhan e-dagang rentas sempadan dengan mewujudkan akses kepada hab di bandar Hangzhou untuk menembusi pasaran di China.
Perdana Menteri berkata, hab e-Penunaian serantau itu akan diwujudkan di Malaysia pada Oktober ini dengan pihak Alibaba menempatkan Alibaba iCloud untuk platform Data Raya bagi rantau Asia Tenggara.
Najib berkata beliau turut mempelawa Jack Ma yang juga Penasihat Ekonomi Digital kepada Kerajaan Malaysia, untuk menghadiri majlis pelancaran hab DFTZ berkenaan.
Perdana Menteri juga berkongsi reaksi Jack Ma yang melahirkan rasa kagum terhadap kepantasan serta komitmen kerajaan Malaysia dalam membuat keputusan bagi merealisasikan DFTZ.
Biarpun DFTZ baru dilancarkan tiga bulan lepas, inisiatif tersebut sudah mula dibincangkan serta hanya mengambil masa enam bulan untuk memulakan operasinya pada Oktober ini.
"Beliau (Jack Ma) amat positif terhadap Malaysia dan sering mengulangi bahawa beliau mendapat persetujuan saya dalam masa 10 minit mengenai DFTZ.
"Saya juga komited untuk menjadikannya satu realiti dalam masa tiga bulan dan itulah yang telah kita lakukan," katanya.
Malah, Najib berkata, Jack Ma juga menyifatkan kerajaan Malaysia sebagai "kerajaan yang amat cekap."
"Ini merupakan satu testimoni yang baik membabitkan penilaian terhadap keupayaan kerajaan Malaysia yang amat responsif serta mesra perniagaan," katanya.
Jelas Perdana Menteri, DFTZ dilancarkan dengan pelbagai insentif bagi membantu pengusaha kecil mengembangkan pasaran produk mereka terutama ke pasaran China.
Selain itu, ketika di Hangzhou, Najib turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara MDEC dengan Pihak Berkuasa Tempatan Hangzhou serta Alibaba (China) Company Limited melibatkan kerjasama mengenai platform e-dagang sepertimana Platform Dagangan Elektronik Dunia (eWTP).
Platform eWTP adalah cetusan idea Jack Ma dan Alibaba untuk mengurangkan sekatan dagangan bagi memudahkan penglibatan PKS dalam dagangan global.
Mengulas iCloud Alibaba, Najib berkata antara lokasi yang dipertimbangkan bagi menempatkan kemudahan itu adalah di Cyberjaya.
"Potensi ( DFTZ) terlalu luas dan tiada batasannya. Sebaik sahaja kerjasama ini dapat kita gerakkan, ada terlalu banyak yang dapat kita manfaatkan menerusi Alibaba," katanya.
Perdana Menteri juga menyampaikan pensijilan status Koridor Raya Multimedia (MSC) oleh pihak MDEC kepada Alibaba Cloud.
Beliau berkata, antara matlamat kerajaan mewujudkan DFTZ adalah untuk memajukan PKS bagi mendapat perniagaan secara dalam talian, khususnya ke China.
Menurut Perdana Menteri, peluang dagangan dengan China amat besar dan syarikat-syarikat di Malaysia semakin mendapat banyak permintaan termasuk usaha pengeksportan buah durian ke negara tembok besar itu.
Malah, hasil kerjasama dengan Alibaba juga dapat merancakkan industri pelancongan negara bagi menarik lebih ramai pelancong dari China.
"Pada tahun lepas misalnya, kita sudah mencapai peningkatan ketara melebihi 21 peratus iaitu 2.1 juta pelancong dari China dan bagi tahun ini, sasaran kita lebih kurang tiga juta pelancong China ke Malaysia," katanya.
Najib berkata daripada angka tahun lepas itu, lebih 200,000 tempahan untuk melawat Malaysia telah dibuat menerusi platform Alibaba.
- BERNAMA
Bernama
Fri May 12 2017

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba & Philanthropist, Jack Ma (kiri) ketika melawat ibu pejabat Alibaba sempena lawatan kerja beliau ke China hari ini. - Foto Bernama

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Alibaba mahu bekerja dengan firma Malaysia bagi penyelesaian kemampanan berasaskan AI
Penting untuk perniagaan mengutamakan amalan mampan agar kekal berdaya saing dan sejajar dengan matlamat kemampanan negara.

Alibaba namakan Eddie Yongming Wu CEO, Pengerusi baharu
Gergasi e-dagang China, Alibaba mengumumkan pelantikan Eddie Yongming Wu menggantikan Daniel Zhang sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan, mulai 10 Sept.

Syarikat mega Alibaba berpecah kepada enam entiti
Peruncit dan syarikat e-dagang global Alibaba mengumumkan pada Selasa bahawa ia akan berpecah kepada enam entiti berbeza.

Jack Ma 'bersembunyi' di Jepun?
Lokasi persembunyian Jack Ma didedahkan Financial Times (FT) memetik beberapa sumber selepas bilionair tersebut memilih untuk menjalani kehidupan secara 'low-profile'.

Alibaba 11.11 Global Shopping Festival kini lebih inklusif dan lestari
Syarikat tersebut turut merangka tiga strategi penting termasuk memulakan pesanan pra jualan empat jam lebih awal berbanding festival 11.11 sebelum ini.

Jack Ma ke luar negara buat kali pertama selepas setahun
Beliau yang juga bekas pengerusi Alibaba Group Holding itu kini berada di Sepanyol untuk sesi study tour berkaitan bidang pertanian dan teknologi.

Selepas berbulan menghilangkan diri, Jack Ma dilapor 'muncul semula' di Hong Kong
Hartawan itu menghilangkan diri selepas mengkritik pengawalseliaan kewangan China yang didakwanya keterlaluan pada Oktober tahun lalu.

Jack Ma letak jawatan sebagai Presiden Hupan University
Tindakan terhadap jutawan itu menyusul operasi besar-besaran kerajaan China terhadap gergasi media sosial itu.

Jack Ma akan letak jawatan presiden Universiti Hupan?
Tindakan tersebut didakwa kerana Beijing berusaha untuk menghadkan pengaruh Jack Ma.

Jack Ma muncul setelah 'hilang' dari pandangan umum
Ma sebelum ini dikatakan menghilang setelah mengkritik sistem kewangan China secara terbuka menerusi sebuah forum.