Firma Turki boleh melabur atau menjalinkan perkongsian dengan rakan perniagaan tempatan dalam tiga sektor utama di Malaysia iaitu aeroangkasa, automotif serta jentera dan kelengkapan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri berkata bagi sektor aeroangkasa, Malaysia menyasarkan untuk muncul sebagai negara aeroangkasa terkemuka di ASEAN dan memanfaatkan pasaran global pada 2030.
“Berasaskan sasaran ini, kami telah mengenal pasti bidangnya seperti penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih selain pembuatan, penyepaduan sistem serta perkhidmatan kejuruteraan dan reka bentuk. Kami berharap dapat bekerjasama dengan Turki dalam bidang seperti kejuruteraan pesawat,” katanya ketika menyampaikan ucapan pembukaan pada Mesyuarat Meja Bulat dengan Peneraju Industri Turki di sini, pada Jumaat.
Dalam sektor automotif pula, Dr Mahathir berkata Malaysia meletakkan sasaran untuk menjadi hab kenderaan cekap tenaga, justeru itu, beliau mempelawa syarikat Turki ke arah mewujudkan usaha sama bagi tujuan tersebut.
“Inisiatif ini akan mendorong kepada pemuliharaan alam sekitar, menawarkan pekerjaan berpendapatan tinggi, pemindahan teknologi dan mewujudkan perniagaan bagi syarikat tempatan,” katanya
Bagi sektor jentera dan kelengkapan, Perdana Menteri berkata industri berkenaan di Malaysia adalah antara yang terbesar di ASEAN, dengan keupayaan menyediakan pelbagai perkhidmatan berkualiti dan berkelas dunia.
“Malaysia mengalu-alukan syarikat dari Turki untuk melabur atau bekerjasama dengan firma Malaysia yang berkeupayaan dan berteknologi tinggi,” katanya.
Beliau berkata Malaysia sedang melaksanakan usaha transformasi besar-besaran dalam ekonomi dan kerajaan akan meneruskannya.
Malaysia turut mengekalkan dasar menyokong perniagaan dan berhemat bagi memastikan Malaysia sebagai destinasi menarik untuk perniagaan asing yang mahu mengembangkan dan mempelbagaikan operasi sedia ada mereka, katanya
Dr Mahathir juga memberitahu pelabur asing yang berpotensi bahawa pelaburan di Malaysia akan menjadi pintu masuk ke rantau ASEAN yang luas
“Apabila anda memikirkan tentang Malaysia, silalah juga memikirkan mengenai ASEAN, kumpulan 10 negara di Asia Tenggara yang mempunyai 650 juta penduduk,” katanya.
Semasa sesi dialog, beliau yang kagum dengan kecanggihan produk pertahanan keluaran Turki berkata Malaysia mahu bekerjasama dengan Turki untuk membangunkan produk sedemikian di samping membantu negara ini memasarkannya ke ASEAN.
Beliau berkata Malaysia mempunyai kelebihan untuk menjadi pusat aktiviti perniagaan di Asia Tenggara.
Kerajaan Malaysia juga mahu mengurangkan kebergantungan dengan minyak sawit dan akan memikirkan tanaman lain untuk mempelbagaikan sumber ekonomi, katanya.
Hadir sama ialah Menteri Industri dan Teknologi Turki Mustafa Varank selain Menteri Luar Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ignatius Darell Leiking.
Dr Mahathir berada dalam rangka lawatan rasmi ke Turki sejak Rabu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 26 2019
Dr Mahathir menghadiri sidang meja bulat bersama peneraju industri melibatkan kira-kira 35 syarikat utama Turki di Hotel Shangri-La Bosphorus, Istanbul, 26 Julai, 2019. Turut hadir, Mustafa Varank (kanan) dan Darell Leiking (kiri). --fotoBERNAMA
Mangsa banjir di empat negeri meningkat
Jumlah mangsa banjir di empat negeri meningkat, dengan lebih 1,286 orang dipindahkan ke PPS setakat 6 pagi ini. Johor dan Kedah mencatatkan kenaikan tertinggi.
Ketua UNHCR gesa gencatan senjata segera di Lubnan
Pesuruhjaya Tinggi agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Filippo Grandi menggesa gencatan senjata segera dilaksanakan dalam konflik Lubnan.
Beliau menerusi satu hantaran di X memaklumkan perkara itu sejurus melawat sebilangan keluarga yang berlindung di beberapa buah sekolah di Beirut.
Beliau menerusi satu hantaran di X memaklumkan perkara itu sejurus melawat sebilangan keluarga yang berlindung di beberapa buah sekolah di Beirut.
Iran bertindak untuk kekang keganasan Israel - Presiden Iran
Iran hanya bertindak balas untuk mengekang keganasan Israel.
Memetik media antarabangsa, itu apa yang diperkatakan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian dalam satu perbualan telefon bersama Perdana Menteri Belanda, Dick Schoof pada Ahad.
Memetik media antarabangsa, itu apa yang diperkatakan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian dalam satu perbualan telefon bersama Perdana Menteri Belanda, Dick Schoof pada Ahad.
Ratusan rakyat Turkiye berarak tanda solidariti ke atas Gaza
Ratusan penduduk di bandar Diyarbakir, Turkiye berarak di tengah-tengah kota itu sebagai tanda solidariti ke atas rakyat Gaza pada Ahad.
Perarakan itu dilakukan sempena genap setahun perang di Gaza berlaku.
Perarakan itu dilakukan sempena genap setahun perang di Gaza berlaku.
Netanyahu beritahu Macron sekat Israel hanya kuatkan Iran
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberitahu Presiden Perancis Emmanuel Macron bahawa meletakkan sekatan ke atas Israel hanya akan memberi kelebihan Iran dan proksinya.
Iran sokong gencatan senjata Gaza dan Lubnan
Iran sokong penuh usaha gencatan senjata di Gaza dan Lubnan. Tehran beri amaran tindak balas tegas terhadap sebarang serangan Israel.
Nasib Iran mungkin seperti Gaza – Menteri Pertahanan Israel
Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant, memberi amaran kepada Iran tentang nasibnya yang mungkin menjadi seperti Gaza atau Beirut sekiranya cuba untuk menyerang Israel.
Menurut media antarabangsa, Gallant dalam satu kenyataan rasmi bertegas serangan Iran yang mengenai dua pangkalan udara Israel tidak menjejaskan keupayaan tentera udara Israel.
Menurut media antarabangsa, Gallant dalam satu kenyataan rasmi bertegas serangan Iran yang mengenai dua pangkalan udara Israel tidak menjejaskan keupayaan tentera udara Israel.
Mata kanak-kanak Gaza sedang lihat neraka - UNICEF
Selepas setahun operasi ketenteraan antara Israel dan Hamas di Gaza, ketua UNICEF memberi amaran bahawa kanak-kanak di sana akan menghadapi "cabaran pasca generasi" akibat konflik itu.
“Rakan seharusnya sokong perang ke atas Iran, bukan cadang sekatan senjata” - Netanyahu bidas Presiden Perancis
Netanyahu berkata, Israel mengharapkan rakan-rakannya menyokongnya menentang "paksi keganasan Iran" dan bukannya mengenakan sekatan.
Protes di seluruh dunia sokong perjuangan Palestin
Beribu-ribu penunjuk perasaan Pro-Palestin berarak di bandar-bandar utama seluruh dunia pada Ahad, menjelang ulang tahun pertama pembunuhan beramai-ramai Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza.
Institusi pendidikan di Sarawak perlu seiring dengan agenda teknologi negeri
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn mahu Institusi pendidikan Sarawak seiring bidang teknologi yang sedang diterokai oleh wilayah itu.
Penggiat aeroangkasa Malaysia sertai Pertunjukan Udara Farnborough di UK
Syarikat terbabit mempunyai kepakaran dalam pengeluaran aeroangkasa, penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) dan integrasi sistem.
Kerjasama GSA, TF-CWASM dijangka beri impak kepada industri aeroangkasa
Global Systemes Asia (GSA) dan Transfingo Group (TF-CWASM) menjalin kerjasama yang berupaya memberi impak positif kepada masa depan aeroangkasa di rantau ini.
Industri aeroangkasa berada di landasan capai sasaran hasil RM18 bilion tahun ini
Hasil dianggarkan melebihi RM16 bilion pada suku ketiga tahun tahun ini, tetapi jumlah sebenarnya tidak akan diketahui sehingga tahun depan.
China lancarkan roket berkuasa metana pertama di dunia
Roket itu dilancarkan dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut China.
Terengganu Inc taja program UAV pertama diadakan di sekolah di Malaysia
Program itu bertujuan menanam minat pelajar dalam bidang aeroangkasa yang melibatkan mata pelajaran STEM.
MIDA sasar pelaburan RM134 juta bagi industri aeroangkasa menjelang akhir 2023
Potensi pelaburan bagi projek-projek ini dianggarkan kira-kira RM900 juta dalam tempoh tiga tahun hingga lima tahun akan datang.
Anwar harap LIMA '23 perkukuh Malaysia sebagai hab serantau industri aeroangkasa, maritim
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan harapan agar LIMA '23 akan mengukuhkan Malaysia sebagai hab serantau bagi industri aeroangkasa dan maritim.
Kerajaan komited sokong pertumbuhan industri aeroangkasa - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata Malaysia pada hari ini juga memiliki dasar yang lebih baik untuk mempromosikan negara sebagai properdagangan, properniagaan dan propelaburan.
LIMA 2023 'tayang' lebih 100 aset aeroangkasa, maritim
Sebanyak 35 hingga 40 aset daripada industri maritim akan dipamerkan dan pengunjung dapat melihat kemunculan 'istimewa' aset maritim.