IZINKAN saya berkongsi detik BLINDSPOT di sini; tidak ramai yang memberi perhatian bahawa pada 2014, 29.1% daripada jumlah import Malaysia adalah barangan Elektrik dan Elektronik (E&E). Pada tahun yang sama, 35.7% daripada jumlah eksport Malaysia juga adalah barangan E&E. Apakah yang sebenarnya sedang berlaku?
Bahasa mudah, asas ekonomi Malaysia lompong dan bermasalah.
Malaysia mengimport komponen-komponen yang murah dari Negara China, memasangnya sebagai produk siap di dalam negara dan mengeksport sebagai barangan untuk dijual.
Malangnya, produk akhir yang dieksport kebanyakan adalah jenis Barangan Pembuatan Asli (OEM); dihasilkan menggunakan tenaga buruh murah bagi syarikat asing. Jarang sekali kita mengeluarkan produk sendiri atau mengeksport jenama negara ini. Hasilnya, nilai tambah dalam rangkaian pengeluaran barangan E&E dianggarkan sekitar hanya 15 peratus.
Konsep yang sama dilakukan buat industri tekstil Malaysia, yang tidak ubah seperti kedai jahitan murah untuk syarikat asing.
Tarikan syarikat asing untuk meletakkan proses pembuatan E&E di Malaysia adalah untuk mendapat tenaga buruh yang murah, subsidi tenaga, cukai yang rendah; dan sebuah syurga perlaksanaan pindahan harga bagi mengelakkan cukai.
Sungguhpun begitu, Malaysia sudah tidak mempunyai tarikan sekuat dahulu. Konsep pemasangan semata-mata tidak akan memihak kepada kita sekiranya kita tidak mempunyai teknologi baru yang semakin hari semakin canggih serta pula ancaman kuasa ekonomi baru membangun yang lain yang mampu menawarkan proses pengeluaran yang lebih berdaya saing.
Tambahan pula, TPP melalui Peraturan Asal-Usul (Rules of Origin) akan menganggu hegemoni ini. Persekitaran selepas TPPA dilancarkan akan menyaksikan kita mengimport dari negara TPP untuk menikmati pengurangan tariff (tidak lagi mengimport dari China) - tetapi ini soal lain yang akan dibincangkan pada waktu yang lain.
Malah, baki pelaburan asing Malaysia turun mencecah tahap negatif pertama kalinya pada 2009 sehingga hari ini. Maknanya, Malaysia lebih melabur di luar negara berbanding pelaburan luar yang masuk ke Malaysia. Penyokong TPPA mungkin akan mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan klausa Pertelingkahan Pelabur Antara Negeri (ISDS) di bawah TPPA yang mengatakan semakin banyak kita melabur di luar negara semakin kita memerlukan perlindungan.
Bagaimanapun, hujah sebegitu tiada maknanya kerana pada hakikatnya- pelaburan Malaysia di luar negara dalam perniagaan kecil sahaja dan majoritinya adalah dalam pelaburan hartanah. MARA?
Jadi mengapa asas ekonomi Malaysia lompong dan bermasalah?
Mengapakah proses pemasangan semata-mata tidak akan berfaedah untuk jangka masa panjang? Saya akan jelaskan menggunakan iPhone. Tahukah anda berapa banyak wang yang diperolehi untuk setiap negara bagi setiap jualan sebuah iPhone?
iPhone ialah produk Amerika yang dipasang di China. Kita akan membayangkan majoriti keuntungan akan diperolehi oleh negara China dan Amerika. Kita juga mungkin terfikir yang Malaysia memperolehi keuntungan besar dengan pemasangan pelbagai produk E&E.
Andaian sebegitu adalah salah.
Wang daripada setiap jualan iPhone (sumber: WSJ) diperolehi negara-negara berikut- 34% Jepun, 17% Jerman, 13% Korea Selatan, 6% Amerika Syarikat dan hanya 3.6% China.
Mengapakah? Kos dan keuntungan yang tinggi untuk dibayar adalah kepada syarikat teknologi dan komponen mahal yang diimport dari Jepun, Jerman dan Korea Selatan yang digunakan untuk membuat iPhone. Proses pemasangan adalah murah dan tidak banyak menyumbang kepada nilai tambah.
Maka, untuk bersaing Malaysia perlu fokus dan berteruskan meningkat baik teknologi dan pengetahuan kita dalam usaha untuk terus bersaing dalam dunia yang berkembang dengan pantas ini.
Masalahnya sekarang, Malaysia terperangkap di tengah-tengah. Malaysia tidak lagi murah dan Malaysia juga tidak cukup maju. Malaysia tidak mampu bersaing dengan Vietnam dan Indonesia dalam soal kos, dan Singapura dalam soal teknologi.
Negara Berpendapatan Tinggi? Permainan Angka Purata yang Tidak Bermakna
Pada 2010, Program Transformasi Ekonomi (ETP) dilancarkan sebagai sebahagian daripada cita-cita melepaskan Malaysia daripada perangkap Negara Berpendapatan Sederhana Tinggi yang kita duduki sejak 1996. Matlamatnya ialah untuk merancakkan dan meransang pertumbuhan negara bagi mencapai status Negara Berpendapatan Tinggi menjelang 2020 melalui sasaran Pendapatan Kasar Negara (GNI) per kapita USD$15,000.
Dua tahun kemudian, PEMANDU mengumumkan kadar pertumbuhan tinggi pada 2012, membuktikan mereka berada dalam landasan yang tepat.
Tetapi di sinilah wujud kelompongan dan falasi yang besar, Ringgit berbanding USD ketika pengumuman ETP ialah pada kadar purata RM3.52/dolar sementara pada 2012 ia pada kadar RM3.10/dolar. Bukan pertumbuhan yang tinggi tetapi kadar FOREX yang meningkatkan nombor GNI negara.
Seperti pisau bermata dua, FOREX kembali menghantui PEMANDU kerana FOREX kini sekitar RM4.30/dolar. Berdasarkan keadaan semasa, untuk mencapai USD15,000 (RM64,500) menjelang 2020, mengambil kira GNI/kapita ialah ~RM35,000 pada 2014 Malaysia memerlukan 10.7% pertumbuhan GNI tahunan setiap tahun sehingga 2020.
Misi Mustahil!
Negara Berpendapatan Tinggi tidak lagi mampu dicapai. Terbaik yang pernah dicapai Malaysia ialah purata pertumbuhan tahunan sebanyak 9% antara 1988 dan 1997 sebelum Krisis Kewangan Asia.
Walaubagaimanapun, GNI per kapita hanyalah permainan angka purata. Ia tidak memberi apa-apa makna yang bererti kepada rakyat Malaysia yang kini berdepan kesukaran peningkatan kos kehidupan. Ia juga tiada makna apabila negara masih dicengkam kesenjangan agihan kekayaan antara tertinggi di rantau ini.
Untuk penjelasan lanjut, mari buat pengiraan matematik mudah:
GNI per kapita Malaysia (2014): ~RM35,000/kapita/tahun
Purata penghuni per isi rumah: 4.2
Maka,
GNI/isi rumah/ tahun: RM147,000
GNI/isi rumah/ bulan: RM12,250
Angka ini berat sebelah dan tiada makna.
Puratanya, setiap isi rumah memperolehi RM12,250 setiap bulan. Bagaimanapun, memandangkan kita mempunyai kesenjangan yang lebar antara kaya dan miskin majoriti rakyat sangat jauh pendapatannya daripada purata ini. 75% isi rumah kita memperolehi kurang daripada RM5,000 setiap bulan.
Sarawak contoh tepat mengapa status negara berpendapatan tinggi tiada ertinya. Pada tahun 2008, Sarawak telah melepasi kriteria yang ditetapkan World Bank dan boleh dikategorikan negeri berpendapatan tinggi tetapi lihat sahaja keadaan rakyat Sarawak. Status negeri berpendapatan tinggi tiada ertinya.
Ekonomi/Pembangunan dipimpin Eksport tidak lagi berdaya maju
Pada 2010, Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui persidangan PBB mengenai perdagangan dan pembangunan (UNCTAD) menggesa penilaian kembali model pembangunan ekonomi dipimpin eksport yang digunakan oleh negara membangun. UNCTAD berpendapat bahawa gaji tinggi dan permintaan tempatan yang kuat merupakan bahan sebenar yang diperlukan untuk pertumbuhan mapan.
Tiga tahun selepas itu, UNCTAD sekali lagi menegaskan supaya pembuat dasar menilai kembali strategi pembangunan yang terlalu banyak berpimpinkan eksport. UNCTAD juga berkata bahawa strategi pembangunan perlu lebih menekankan peranan gaji dan sektor awam dalam proses pembangunan.
Pembangunan dipacu eksport tidak lagi berdaya saing, dan ekonomi akan mempunyai prestasi yang lebih baik dengan strategi yang lebih seimbang.
Apakah maksud ekonomi/pembangunan dipacu eksport? Ia bermaksud eksport dijadikan keutamaan nombor satu negara dan semua strategi ekonomi dirancang berlandaskan strategi ini.
Pendidikan, Inovasi, Kajian dan Pembangunan sebagai Jalan Keluar
Menurut UNESCO, jumlah pengkaji di Malaysia untuk 1 juta penduduk hanyalah seramai 385 orang berbanding 5,416 di Jepun, 5,300 di Denmark, 4,721 di Amerika Syarikat, 4,231 di Korea Selatan malah di Amerika Selatan pun jumlahnya ialah 384. Malah, pemegang PhD di Malaysia hanya sekadar melepasi 15,000 daripada 30 juta penduduk negara.
Kajian yang dikeluarkan Global Entrepreneurship Monitor (GEM) pula meletakkan status Malaysia sebagai ekonomi yang dipacu keberkesanan, dan bukanlah ekonomi yang dipacu inovasi. Malaysia memberikan fokus kepada penambahbaikan proses sedia ada, tetapi tidak menghasilkan inovasi perkara baru yang mampu meraih lebih banyak wang dan tambah nilai.
Memberikan fokus kepada inovasi perkara baru sangat penting kini berbanding dahulu untuk Malaysia, kerana Malaysia tidak lagi mampu menawarkan tenaga buruh murah, tanah dan kilang untuk menghasilkan produk massa yang berdaya saing.
Malaysia terperangkap di tengah-tengah, dan peluang pendidikan ialah faktor penyumbang terbesar. Robert Reich, bekas setiausaha buruh Amerika Syarikat dan Profesor di UC Berkeley, mengeluarkan hujah yang sesuai untuk persekitaran Malaysia.
Untuk menarik pekerjaan dan modal, negara berdepan dua pilihan; pertama dengan membina “gudang ekonomi” yang rendah cukai dan rendah-buruh untuk berdaya saing dengan kos rendah, keduanya untuk bersaing dalam soal kualiti, dengan meningkatkan cukai dan peraturan untuk pelaburan sumber manusia bagi tenaga kerja tinggi produktiviti dan teknologi.
Di Malaysia, perkembangan gaji meningkat selari dengan pertumbuhan produktiviti sehingga lewat 1990an. Sejak 1996, kita sudah berada dalam “perangkap pendapatan pertengahan”, terperangkap dalam definisi pendapatan pertengahan tinggi World Bank, tidak pendapatan tinggi mahupun rendah. Malah, sejak 10 tahun yang lepas pertumbuhan sebenar gaji berkadar negatif.
77% tenaga kerja Malaysia dengan kelulusan SPM dan ke bawah mewujudkan halangan berstruktur untuk kita masuk ke dalam kumpulan pendapatan tinggi. Sebahagian besar tenaga kerja tidak berkemahiran dan tidak mampu menggerakkan perkhidmatan perburuhan mereka ke atas rantaian nilai yang menawarkan gaji lebih tinggi.
Malaysia memerlukan lebih ramai profesional terlatih dan pereka cipta, dan kita boleh memperolehinya daripada bakat yang tidak melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi. Selaku negara membangun, Malaysia sedang berdepan halangan terakhir yang paling sukar bagi mencapai kesejahteraan; iaitu masyarakat berasaskan pengetahuan, dipacu para pemikir dan intelektual.
Ekonomi dan pembangunan dipimpin eksport terbukti tidak lagi berkesan. Malaysia memerlukan dasar dan pendekatan ekonomi yang betul untuk menyelesaikan masalah dan isu asas ekonomi. Malaysia juga perlu bersegera mengurangkan jumlah pekerja asing melalui perlaksanaan had dan kuota setiap industri.
Malaysia perlu bergerak ke hadapan dengan membekalkan peluang pekerjaan yang lebih baik, gaji dan upah yang sesuai serta persekitaran untuk menggalakkan inovasi dan keusahawanan dalam produk dan perniagaan bernilai tinggi kepada rakyatnya. Malaysia perlu mula membina peralatan mesin dan peralatan sendiri.
Jangan terus terperangkap dalam falasi negara berpendapatan tinggi yang tidak mempunyai erti kepada rakyat terbanyak Malaysia. Mari mula berfikir bagaimana negara ini boleh membekalkan peluang, capaian dan ganjaran- seimbang kepada semua warganya. Pembetulan asas ekonomi Malaysia perlu dilaksanakan sesegera mungkin.
*Anas Alam Faizli mempunyai ijazah kedoktoran pentadbiran perniagaan. Beliau merupakan ahli profesional industri minyak dan gas, penulis buku Rich Malaysia, Poor Malaysians dan berTwitter di @aafaizli
**Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Anas Alam Faizli
Wed Oct 19 2016
Malaysia memerlukan dasar dan pendekatan ekonomi yang betul untuk menyelesaikan masalah dan isu asas ekonomi termasuk segera mengurangkan jumlah pekerja asing. - Foto AFP
OPPO Find X8: Zum teleskop sehingga 120 kali, perkongsian imej rentas peranti
Siri Find X8 memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk telefon pintar premium dengan sistem kamera terbaik.
Penduduk hasilkan sendiri beras
Susulan berlakunya beberapa isu kekurangan bekalan beras, ada dalam kalangan penduduk di Kampung Alor Berala, Pendang, Kedah mengambil inisiatif menghasilkan beras sendiri daripada mesin yang dibeli.
Trend 'childfree' membimbangkan, tapi ia pilihan keluarga - Noraini
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata kementerian berpandangan bahawa ia adalah hak keluarga berkenaan disebabkan pelbagai faktor termasuk kos sara hidup yang tinggi, komitmen kerjaya serta keinginan untuk memiliki kebebasan peribadi.
AWANI Ringkas: RUU pekerja gig | Kerjasama Malaysia-Vietnam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian pada Khamis susulan penurunan pasaran serantau.
MyCEB kembali ke IBTM World Barcelona 19-21 November
MyCEB memaklumkan acara itu mengetengahkan tawaran dinamik Malaysia sebagai destinasi utama perniagaan di Asia.
#AWANIRingkas 21 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 21 November 2024
1️⃣ Pemain industri minta tangguh bentang RUU pekerja gig
2️⃣ Sepakat perkasa grid kuasa ASEAN
3️⃣ Ong Kim Swee tinggalkan Sabah FC
#awaniringkas
1️⃣ Pemain industri minta tangguh bentang RUU pekerja gig
2️⃣ Sepakat perkasa grid kuasa ASEAN
3️⃣ Ong Kim Swee tinggalkan Sabah FC
#awaniringkas
88 rakyat Palestin terbunuh dalam dua serangan udara Israel di utara Gaza
Sekurang-kurangnya 66 rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak, terbunuh dalam serangan udara Israel di dataran kediaman berhampiran Hospital Kamal Adwan di Beit Lahia.
AWANI Borneo [21/11/2024] – Nahas dua kenderaan | Tiada campur tangan | Pilih laluan berbeza
AWANI Borneo Khamis, 21 November 2024 bersama Jasmine Abu Bakar
Lapan maut nahas dua kenderaan di Lebuh Raya Pan Borneo.
PM nafi ada usaha sekat SPRM siasat rasuah babitkan ADUN Sabah.
Ong Kim Swee buat kejutan tinggalkan Sabah FC.
Lapan maut nahas dua kenderaan di Lebuh Raya Pan Borneo.
PM nafi ada usaha sekat SPRM siasat rasuah babitkan ADUN Sabah.
Ong Kim Swee buat kejutan tinggalkan Sabah FC.
Kerajaan wajar pertimbang pengecualian cukai kepada syarat lengkap CISM - Akhbar Satar
Kerajaan wajar mempertimbangkan pengecualian cukai kepada syarikat-syarikat yang melengkapkan Program Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM).
ProtectHealth sasar tingkatkan penglibatan pengamal perubatan swasta, NGO dalam PICK
ProtectHealth menyasar untuk meningkatkan penglibatan PPS dan NGO dalam PICK meskipun jumlah populasi dewasa yang telah lengkap divaksin sudah mencapai 70.5 peratus.
COVID-19: ProtectHealth galak lebih banyak fasiliti perubatan swasta sertai PICK
Ia bagi memudahkan orang ramai untuk mendapatkan suntikan vaksin di klinik atau hospital swasta, yang berhampiran dengan rumah mereka.
Proses vaksinasi di PPV WTCKL berjalan lancar
Segala proses vaksinasi adalah teratur dengan laluan ekspres disediakan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Kebajikan tidak mufliskan tetapi memajukan Malaysia
Benarkah pengagihan sumber ekonomi yang terbaik hanya akan berlaku melalui pasaran bebas di mana semua orang dalam ekonomi terbabit bergerak secara bersendirian?
Wanita kunci kekuatan sosio-ekonomi Malaysia
Wujud manfaat sosio-ekonomi besar sekiranya kita meneroka dan membuka potensi wanita yang sangat diperlukan negara.
Memerangi kejahilan dan ketidakpedulian demi Malaysia makmur
Adakah kita, selaku negara bangsa yang moderat dan progresif, memahami makna kebebasan, keadilan dan demokrasi yang sebenar?
Ekonomi Lompong Malaysia
Pembetulan asas ekonomi Malaysia perlu dilaksanakan sesegera mungkin dengan membekalkan peluang, capaian dan ganjaran- seimbang kepada semua warganya.
Satu ukuran sistem penjagaan kesihatan Malaysia: Adakah kita bakal gagal?
Sekiranya tiada perubahan yang dilakukan kepada sistem penjagaan kesihatan negara ini, kita mungkin akan menjadi seperti Amerika.
Tiba masa untuk tolak politik tidak beretika - Ku Li
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata sudah tiba masanya untuk menolak amalan politik tidak beretika.