Siswazah yang baharu memasuki sektor pekerjaan dinasihatkan mengamalkan pengurusan wang yang bijak dan berbelanja mengikut tahap kemampuan masing-masing.
Pengarah Eksekutif Persatuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata majikan kini tidak berkemampuan membayar gaji yang tinggi kepada lepasan graduan untuk kerja pertama susulan pendapatan syarikat yang terjejas akibat kelemahan ekonomi
Tegas beliau, perancangan kewangan diperlukan terutamanya dalam kalangan lepasan universiti yang baharu menceburi sektor pekerjaan agar tidak terbeban dengan hutang.
"Kecukupan gaji pokok bergantung kepada gaya hidup graduan berkenaan. Jika graduan berkenaan mengambil sikap yang selalu hendak mengikut arus perkembangan dengan membeli barangan terkini sudah pasti gaji tidak akan cukup," kata Shamsuddin.
Graduan harus menunjukkan bakat dan potensi sepenuhnya supaya majikan dapat mempertimbangkan keputusan meningkatkan gaji, tambahnya.
"Pada masa ini, kadar permulaan itu agak mencukupi, tetapi graduan seharusnya menunjukkan sumbangan mereka kepada syarikat. Jika syarikat melihat mereka sebagai satu aset, gaji boleh disemak semula dan ditingkatkan.”
Kemampuan graduan membayar balik hutang pelajaran turut dianggap sebagai beban.
Menurut Shamsuddin, kerajaan harus memanjangkan tempoh pembayaran balik hutang pinjaman pelajaran supaya graduan tidak berasa terbeban.
Beliau turut menasihatkan graduan supaya tidak menambahkan beban hutang dengan membeli kereta, namun menggunakan alternatif lain seperti pengangkutan awam,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Gaji RM2,500 graduan tidak mencukupi
Menurut satu tinjauan Astro AWANI baru-baru ini, sebahagian siswazah mengakui mereka memperuntukkan sekitar RM2,000 dan RM3,000 untuk perbelanjaan bulanan.
Mempunyai pekerjaan pertama, ada yang terpaksa melakukan kerja sampingan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.
JobStreet dalam satu temubual bersama Astro AWANI pada Jumaat, menegaskan wujud jurang antara gaji yang dijangka graduan dan gaji yang diberikan majikan untuk kerja pertama.
Katanya, 60 peratus graduan menjangkakan gaji sekitar RM3,500 sebulan bagi kerja pertama mereka.
Manakala, gaji yang mampu diberikan kebanyakkan majikan di Malaysia adalah sekitar RM2,100 hingga RM2,500.
Menurut pelajar jurusan perubatan, Yasmin Mohammed Yasin, 22, gaji pokok RM2,500 sebulan bagi kerja pertama graduan tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup yang tinggi.
"Saya terpaksa membayar keperluan asas seperti sewa rumah, pengangkutan, cukai dan juga bagi kesihatan saya perlu bayar insurans. Ini semua hampir berjumlah RM3,000.
"Buat masa ini, saya mempunyai biasiswa JPA dan juga melakukan kerja sampingan sambil belajar. Oleh itu, selain elaun dari biasiswa saya turut mendapat duit dari kerja sampingan saya," kata Yasmin.
Turut senada, seorang lagi penuntut universiti tempatan, Shivarubini Shanmugam berkata graduan mempunyai pelbagai tanggungjawab kewangan yang perlu diuruskan sebaik mereka memasuki industri pekerjaan.
Tip bagi graduan yang mencari kerja pertama
"Buat masa ini, perbelanjaan bulanan saya mencecah RM2,000. Ia termasuk perbelanjaan peribadi, pengangkutan, makanan dan perbelanjaan kesihatan. Jumlah ini datangnya daripada elaun PTPTN dan turut menerima sedikit bantuan dari ibu bapa saya.
Menurut Shivarubini, graduan mempunyai tanggungjawab membayar pinjaman pendidikan.
“Jika tidak dibayar balik, PTPTN akan menyenarai hitamkan pelajar tersebut," kata Shivarubini.
Mereka turut mengakui, kebanyakan rakan mereka yang mempunyai kerja pertama kini terpaksa melakukan kerja sampingan untuk menampung perbelanjaan bulanan kerana gaji yang tidak mencukupi.
Menurut Yasmin, ramai daripada kenalannya melakukan perniagaan atas talian.
Rakan-rakan Shivarubini, ada dalam kalangan rakannya yang melakukan pekerjaan yang melibatkan perkhidmatan sebagai jurusolek dan jurugambar.
Lau Boon Yang, 24, penuntut universiti tempatan berkata sebahagian kawannya bernasib baik kerana mempunyai ibu bapa yang berpendapatan tinggi dan berkemampuan menanggung sebahagian perbelanjaan mereka.
"Ada rakan saya yang mempunyai sokongan kewangan yang kuat dan ada pula rakan yang bertanggungjawab menampung perbelanjaan sekeluarga.
"Mereka yang mempunyai sokongan kewangan tidak akan rasa bebannya kerana mereka mempunyai keluarga untuk menyokong perbelanjaan mereka. Tetapi malanganya ialah mereka yang terpaksa menampung perbelanjaan sekeluarga dan membantu perbelanjaan persekolahan adik-beradiknya,” kata Boon Yang.
"Terdapat ramai graduan yang sangat terbeban, mereka terpaksa membayar pinjaman PTPTN, membayar sewa, membayar pinjaman kereta, makanan mereka dan ada juga di antara mereka yang terpaksa menanggung perbelanjaan sekeluarga," tambahnya.
Pritha Manivannan
Mon Aug 22 2016
Disamping kerja pertama, kebanyakkan graduan terpaksa melakukan kerja sampingan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat - Foto Astro AWANI
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
BDR dijangka berlanjutan: MEF gesa kerajaan tambah insentif majikan, pekerja
Arahan mengehadkan jumlah pekerja di pejabat dijangka dilanjutkan sekali gus memaksa majikan meneruskan konsep bekerja dari rumah (BDR).
Sukar untuk sektor swasta 'lepaskan' ibu hamil balik awal - MEF
Shamsuddin mengulas berkenaan penjawat awam yang mengandung lima bulan dan ke atas dibenarkan pulang satu jam lebih awal.
Gaji tidak mencukupi: Graduan dinasihat 'ukur baju di badan sendiri'
Siswazah yang baharu memasuki sektor pekerjaan, adalah mencukupi jika mengamalkan pengurusan wang yang bijak selain tabiat 'mengukur baju di badan sendiri'