Situasi ekonomi global tidak menentu, pengurangan pendapatan negara, pengubah suaian Bajet 2016, semua mungkin memberi lebih cabaran kepada golongan yang sedang mencari kerja pada 2016.
Pada 2015, Malaysia mencatatkan kadar pengangguran sebanyak 3.1%.
Negara kini mensasarkan kadar pengangguran sebanyak 2.9% bagi 2016.
Wartawan Astro AWANI Luqman Hariz menemubual Ketua Eksekutif Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), Datuk CM Vignaesvaran berkenaan apa yang dicari oleh majikan dalam proses pengambilan kerja.
Menurut Vignaesvaran walaupun sebilangan nasihat ini mungkin berbunyi klise, ia berupaya melonjakkan peluang seseorang mendapat pekerjaan yang dikehendaki.
1. Pastikan resumé anda kemas
Menurut Vignaesvaran, tanggapan pertama atau ‘first impression’ pada resumé boleh menentukan sama ada seseorang pemohon pekerjaan itu akan dipanggil atau tidak.
“Satu kajian menunjukkan bahawa secara purata, kakitangan Sumber Manusia hanya mengambil kira-kira 30 saat untuk meneliti satu resumé.
Jadi muka depan resumé yang bagus tidak menunjukkan maklumat remeh seperti berat, tinggi, nombor kad pengenalan dan sebagainya,” kata beliau.
“Muka depan yang bagus akan mempunyai nama individu itu, kemudian terus menyatakan pencapaiannya kerana maklumat ini lebih penting,” tambah beliau.
“Salah satu kesilapan terbesar kebanyakan orang ialah mereka mempunyai satu rekabentuk dan format resumé untuk semua kerja yang mereka pohon.
Anda patut mengenali syarikat yang mahu anda pohon terlebih dahulu, kemudian ubah suai resumé anda supaya lebih sesuai dengan syarikat tersebut dan industrinya,” katanya.
2. Mohon semua kerja yang boleh
“Berkait atau tidak dengan apa yang anda belajar, berkait atau tidak dengan apa yang anda minat, mohon sahaja semua kerja yang munasabah.
Anda tidak tahu, mungkin anda akan dilatih di bahagian jualan atau pemasaran dan akhirnya bekerja di bahagian pentadbiran, atau sebaliknya,” kata beliau.
Vignaesvaran berkata sikap untuk hanya mensasarkan kerja selaras dengan apa yang dipelajari di universiti, walaupun boleh difahami, boleh membawa kepada kesukaran untuk mendapat pekerjaan terutamanya dalam keadaan ekonomi yang mencabar.
“Saya sendiri sewaktu menganggur dahulu, bekerja di restoran milik bapa saya menebar roti canai. Jadi apa kerja sekali pun akan mengajar anda kemahiran yang berbeza tetapi penting,” katanya.
3. Hadiri semua tawaran temuduga yang diterima
“Hadiri saja semua tawaran temuduga yang anda perolehi, kerana ini akan memberi anda pengalaman menghadiri temuduga,” kata beliau.
Malah saya juga amat gementar sewaktu menghadiri temuduga pertama saya dahulu. Bila anda selalu hadiri temuduga, anda akan biasakan diri dan menjadi lebih baik,” tambahnya.
4. Sedari trend soalan temuduga
Masih ramai pencari kerja yang tidak sedar bahawa soalan yang ditanya dalam temuduga seringkali sama atau serupa.
Menurut Vignaesvaran, menyedari hal ini akan membawa manfaat yang besar apabila tiba saat menghadiri temuduga.
“Soalannya sentiasa sama; beritahu kami tentang diri anda, apa rancangan 5 tahun anda, ini semua soalan asas yang selalu ditanya majikan.
Jadi jika anda sedari corak ini dan menyediakan jawapan yang bernas untuk soalan-soalan asas sebegini, ia sudah meninggikan peluang anda untuk mendapat pekerjaan tersebut,” katanya.
5. Proses cari kerja bermula sebelum anda menamatkan pengajian
“Apa yang anda lakukan di universiti mempengaruhi peluang anda mendapat kerja kelak,” katanya.
Beliau berkata, pencapaian akademik hanya akan membantu seseorang itu mendapat temuduga, tetapi lebih kemahiran tambahan diperlukan untuk menjalani temuduga dengan elok.
“Melalui aktiviti kokurikulum anda akan membina kemahiran kepimpinan anda.
Kebanyakan orang memasuki alam pekerjaan sebagai eksekutif, jadi anda perlu ada kemahiran menyelesaikan masalah, berfikir dengan pantas, kemahiran menyesuaikan diri, kemahiran berinteraksi dengan orang, mengambil inisiatif proaktif dan sebagainya. Ini semua dipelajari melalui aktiviti kokurikulum di universiti dan inilah yang dicari oleh majikan apabila mengambil pekerja,” katanya.
“Anda perlu bina momentum semua ini sebelum tiba di peringkat mencari pekerjaan lagi,” tambahnya.
6. Maksimumkan waktu rehat dan cuti semester
Menurut Vignaesvaran, kebanyakan orang memandang rendah kepentingan memaksimumkan tempoh bercuti untuk bekerja.
“Tak kisah jika anda hanya bekerja sebagai kerani, ini akan mengajar anda menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan yang amat berbeza dengan alam pengajian.
Ramai orang kini berkata graduan semakin manja. Jadi jika anda telah terdedah dengan alam pekerjaan lebih awal, anda akan biasakan diri dan juga akan lebih bersedia apabila menghadiri temuduga," katanya.
7. Penampilan diri sentiasa penting
“Anda perlu ingat, apabila anda pergi ke suatu temuduga, kemungkinan besar anda akan bersemuka dengan penemuduga yang bukan dari generasi Gen Y atau Gen Z seperti anda.
Kemungkinan besar penemuduga akan datang dari generasi Gen X atau ‘baby boomers’, dan mereka ini akan mengharap anda mempunyai adab seperti berpenampilan kemas, atau meminta kebenaran sebelum duduk dan sebagainya,” katanya.
Menurut beliau ini sering menjadi isu kerana generasi lebih muda sering memandang bahawa adab sebegini tidak perlu.
8. Paling penting, calon harus miliki sikap yang bagus
“Yang paling penting, pencari kerja di semua tahap, perlu mempunyai sikap yang baik, mesti sudi menempuhi segala cabaran.
Jika anda seorang yang ingin mencari kerja, keluar dan teroka. Jika anda ingin mencari kerja baru, perbaiki diri anda di mana perlu, hadirilah latihan untuk mengasah segala kemahiran anda,” katanya.
Luqman Hariz
Tue Jan 19 2016
Adakah pencarian pekerjaan akan lebih mencabar dalam persekitaran ekonomi 2016? - Foto Astro AWANI
Kerabat tertua keluarga diraja Jepun, Puteri Yuriko meninggal dunia pada usia 101 tahun
Puteri Yuriko dimasukkan ke hospital pada Mac akibat strok dan radang paru-paru dan telah menerima rawatan sejak itu.
Tahap integriti polis masih membimbangkan - KPN
Tahap integriti warga PDRM masih membimbangkan walaupun peringatan dan amaran diberikan berulang kali mengenai perkara berkenaan.
Pendemokrasi pendidikan kunci atasi gangguan AI - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata adalah penting untuk memastikan semua lapisan masyarakat mempunyai akses kepada pendidikan dan latihan, terutamanya dalam bidang digital dan AI, agar negara dapat bersedia menghadapi sebarang cabaran yang bakal wujud disebabkan perubahan arus teknologi.
PM serah 50 naskhah Al-Quran kepada Persatuan Islam Peru
Serahan kitab suci itu dibuat semasa pertemuan beliau bersama anggota persatuan itu yang diketuai oleh Presidennya, Murad Hamida.
Hujan berterusan diramal di Pantai Timur, Johor minggu depan - MetMalaysia
Kawasan terlibat ialah seluruh Terengganu, Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh) serta Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin).
Penganggur didakwa bunuh ibu saudara
Seorang penganggur yang mengasari emak saudaranya kerana marah dikongkong, didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan membunuh wanita itu, minggu lepas.
Pengadil direhatkan dua perlawanan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat keputusan merehatkan pengadil dan pengadil Video Bantuan Pengadil (VAR) yang bertugas pada aksi Liga Super Perak FC menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Ahad lalu.
Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika pada ST3
Ringgit meningkat 14.9 peratus setakat ini bagi 2024 berbanding dolar AS susulan pelonggaran dasar monetari Rizab Persekutuan AS, keyakinan pelabur bertambah baik dan usaha terselaras berterusan oleh kerajaan dan BNM - Gabenor BNM
Bekas guru alami demensia hilang ditemui selamat selepas hampir 5 hari
Seorang bekas guru berusia 84 tahun yang hilang selepas keluar dari rumahnya di Bandar Baru Bangi sejak Isnin lalu ditemui dalam keadaan selamat.
Niaga Spotlight: Urban Redevelopment: Balancing Interests of Rakyat & Developers
The Urban Redevelopment Act (URA) is a proposed law that aims to revitalise cities by improving infrastructure, urban living quality, and the safety of older buildings in Malaysia.
The Housing and Local Government Ministry (KPKT) is working with various agencies, including the Attorney General's Chamber, to draft the URA to be tabled in Parliament by 2025.
Niaga Spotlight features Datuk Chang Kim Loong
Honorary Secretary General, National House Buyers Association (HBA) Malaysia and Saleha Yusoff
Executive Director and Regional Head of Research & Consulting, Nawawi Tie Property Consultants in a panel discussion which aims to balance Rakyat’s housing interests and home buyers rights with government and developers’ vision for sustainable urban renewal.
The Housing and Local Government Ministry (KPKT) is working with various agencies, including the Attorney General's Chamber, to draft the URA to be tabled in Parliament by 2025.
Niaga Spotlight features Datuk Chang Kim Loong
Honorary Secretary General, National House Buyers Association (HBA) Malaysia and Saleha Yusoff
Executive Director and Regional Head of Research & Consulting, Nawawi Tie Property Consultants in a panel discussion which aims to balance Rakyat’s housing interests and home buyers rights with government and developers’ vision for sustainable urban renewal.
Hello, graduan! Ingin cari kerja dengan lebih mudah tahun ini? Ikuti 8 tip ini
Situasi ekonomi global tidak menentu, pengurangan pendapatan negara, pengubahsuaian Bajet 2016, semua mungkin memberi lebih cabaran kepada golongan yang sedang mencari kerja pada 2016.