Hutang isi rumah Malaysia susut berdasarkan peratusan dalam Keluaran Dalam Negara (KDNK) yang kini mencatat 84.6 peratus setakat September 2017 berbanding 88.4 peratus pada 2016, sekali gus menunjukkan peningkatan ekonomi pada tahun ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata peningkatan ekonomi itu turut disokong dengan Malaysia memiliki pasaran tenaga kerja yang baik serta gaji minimum ditetapkan meningkat tahun depan, selain kadar pengangguran rendah pada 3.4 peratus setakat Oktober 2017.
"Pada akhir September 2017, pertumbuhan KDNK adalah 5.9 peratus mengatasi pertumbuhan hutang pada 4.9 peratus.
"Ini bermakna kita mempunyai lebih banyak pendapatan boleh guna untuk membayar pinjaman," katanya kepada Bernama.
Salleh berkata, pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2017 disokong oleh unjuran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang disemak semula daripada 4.5 peratus kepada 4.8 peratus.
"Pertumbuhan itu dijangka kekal kukuh dengan unjuran 5.2 peratus pada 2018 oleh Bank Dunia," katanya.
Beliau berkata, pertumbuhan berterusan itu bukan sekadar perangkaan malah diperakui oleh institusi kewangan antarabangsa dan kebanyakan firma penyelidikan global.
"Bagaimanapun, bagi kerajaan, kita amat menyedari keperluan untuk membantu khususnya kumpulan berpendapatan rendah dan telah melaksanakan pelbagai dasar.
"Klinik 1Malaysia untuk rawatan kesihatan hanya RM1. Subsidi bersasar menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) membantu mengurangkan beban kos, bantuan buku untuk murid sekolah kumpulan pendapatan rendah, pemansuhan tol di kawasan bandar, mengekang kenaikan kos tenaga dengan mengekalkan tarif elektrik, serta sejumlah besar program untuk menyokong usahawan mikro serta pendidikan percuma selama 12 tahun persekolahan," katanya.
Salleh berkata dasar cermat telah meletakkan Malaysia pada tahap hari ini dan kesinambungannya adalah perlu untuk meneruskan trajektori ekonomi negara.
"Masa depan pastinya cerah dan ia akan kekal selagi kita yakin ia akan sedemikian. Kita akan capai apa yang kita harapkan," katanya. -- Bernama
Bernama
Thu Dec 28 2017

Peningkatan ekonomi itu turut disokong dengan Malaysia memiliki pasaran tenaga kerja yang baik serta gaji minimum ditetapkan meningkat tahun depan, selain kadar pengangguran rendah pada 3.4 peratus setakat Oktober 2017. - BERNAMA/Fail

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Kerana Najib, kerajaan Malaysia rosak, UMNO hancur, BN kalah PRU14 - Tun M
Dr Mahathir turut mendakwa bahawa mana-mana kerajaan yang dianggotai oleh Ahli Parlimen Pekan itu akan menjadi teruk.

Digelar Perdana Menteri paling teruk, Najib senaraikan kejayaan di bawah pentadbirannya
Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau disifatkan teruk bagi 'mereka' dan tidak baik untuk kroni-kroni mereka.

Saya dapat sokongan kerana kerap turun padang, tunaikan janji - Tun Mahathir
Sokongan diperoleh selepas beliau banyak turun padang bertemu rakyat selain menepati janji yang dibuat.

Bayaran BSH fasa pertama bermula Isnin
Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, bayaran berjumlah RM300 itu melibatkan hampir 3.8 juta penerima dengan peruntukan keseluruhan lebih RM1 bilion.

Tiada usaha bersungguh-sungguh capai Wawasan 2020 - Tun Mahathir
Jelasnya, strategi dan polisi yang salah menyebabkan usaha negara untuk menjadi negara maju melalui visi berkenaan belum tercapai.

Hopes for Pakatan Harapan
The main needs of voters at the grass roots is ringgit and cents. Their worry is how to make ends meet with the economic slowdown and escalating costs.

Permohonan fasa kedua, ketiga Bantuan Sara Hidup dibuka
Pemohon yang layak menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 diminta mendaftar dan mengemas kini maklumat isi rumah untuk bayaran fasa kedua dan ketiga yang dijadual pada Mei dan Ogos depan.

Hentikan budaya politik sempit - Fahmi
Sentimen perkauman satu perkembangan politik yang tidak sihat kerana Malaysia sebuah negara yang harmoni dan rakyat menolak semangat perkauman sempit.

Kerajaan disaran turun harga barang sebelum hapuskan BR1M
Kerajaan juga harus menyediakan prasarana yang lebih kondusif agar tidak membebankan golongan kurang berkemampuan.

PRK Seri Setia: Pemansuhan BR1M tidak jejas peluang - Calon PH
Beliau yakin pengundi di kawasan itu hanya mahukan DUN itu terus ditadbir oleh kerajaan PH.