Kerajaan perlu segera membuka semua sektor ekonomi domestik dalam memastikan segala pelan yang direncanakan dapat memberi impak maksima kepada kemuniti perniagaan dan rakyat secara keseluruhannya.
Pensyarah kanan ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Yusof Saari berkata dua per tiga daripada pendapatan yang dijana rakyat datangnya daripada sektor ekonomi.
Malah, katanya kerajaan tidak boleh menyuntik atau memberi bantuan langsung dalam bentuk kewangan kepada isi rumah dan pekerja dalam satu tempoh yang lama.
“Ini akan memastikan juga perancangan atau inisiatif-inisiatif yang ada dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat dan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek ini dapat dilaksanakan secara efisyen dan efektif.
“Jika kita masih hanya membuka sebahagian sektor ekonomi sahaja, ia tidak akan memberi kesan maksima kepada ekonomi.
“Kita mesti ingat bahawa kesan ‘kecederaan’ akibat COVID-19 dan juga semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini sangat hebat dan rakyat terkesan sangat,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI pada Jumaat.
Tambahnya lagi, wujud kemungkinan kadar pengangguran yang diunjurkan Jabatan Perangkaan sebelum ini lebih tinggi jika sektor ekonomi tidak dibuka.
Ujar Yusof lagi, berdasarkan situasi semasa COVID-19 termasuk cara Malaysia mengawal dan merawat penyakit ini, beliau berpandangan sudah tiba masanya ekonomi dibuka semula.
“Kalau kita lihat dari segi jumlah jangkitan dan kematian amat tidak signifikan. Berdasarkan kiraan mudah saya, jumlah kematian akibat COVID-19 pada jumlah penduduk Malaysia hanya 0.0004 peratus dan dari segi jumlah jangkitan adalah 0.02 peratus, iaitu jumlah yang sangat kecil.
“Saya berpandangan, dengan kemudahan dan kepakaran KKM yang kita ada, sudah cukup untuk membolehkan kita membuka semula ekonomi.
“Pada masa yang sama, kita perlu berada dalam kesiapsiagaan dalam menghadapi apa-apa kemungkinan,” jelasnya.
Justeru beliau melihat kepatuhan rakyat kepada segala garis panduan yang ditetapkan Kerajaan sebelum ini tidak menjadi masalah atau beban yang besar untuk Kerajaan membuka semula ekonomi di peringkat domestik.
Harits Asyraf Hasnan
Fri Jun 05 2020
![Impak maksima hanya dirasai jika seluruh ekonomi domestik dibuka Impak maksima hanya dirasai jika seluruh ekonomi domestik dibuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/41586751393_MohdYusofSaari.jpg)
Kerajaan tidak boleh menyuntik atau memberi bantuan langsung dalam bentuk kewangan kepada isi rumah dan pekerja dalam satu tempoh yang lama. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ramai kakitangan Pentagon dijangka diberhentikan - Laporan
Pentagon dijangka memberhentikan kakitangan mereka bermula minggu ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif penjimatan kos, memetik satu laporan semalam.
7 maut dibunuh akibat diserang di Balochistan
Menurut pihakberkuasa Pakistan, kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan ke Wilayah Punjab timur dari bandar Quetta
Pengawasan udara Filipina di Laut China Selatan sah
Pengawal Pantai Filipina pada Rabu mempertahankan tindakan mereka melakukan pengawasan udara di Laut China Selatan.
Prabowo Ganti Menteri Pendidikan Tinggi dalam Rombakan Kabinet Pertama
Prabowo menggantikan Satro Soemantri Brodjonegoro dalam rombakan kabinet pertamanya sejak memegang jawatan.
Minat pada burung buka ruang jana pendapatan
Taleb menubuhkan sebuah pusat perlindungan dengan hanya beberapa ekor burung pada tahun 2019, sebelum memutuskan untuk mengembangkan menjadi sebuah perniagaan di Basra, Iraq.
Rombakan Kabinet reaksi Prabowo terhadap kegusaran rakyat
Rombakan Kabinet oleh Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dilihat sebagai tindak balas kepada situasi sosio-ekonomi masyarakat, khususnya dalam kalangan pelajar yang menentang cadangan untuk menaikkan yuran pengajian.
Peranan wanita mampu ubah industri, beri inspirasi
Ahmad Zahid berkata, sumbangan berterusan wanita dalam sektor korporat bukan sahaja membentuk semula industri tetapi juga memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk mengejar cita-cita mereka.
Johor rangka pelan induk dijangka dimuktamadkan Jun ini
Kerajaan Johor sedang merangka pelan induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan dijangka dimuktamadkan Jun ini.
PM Anwar gesa sarjana Islam, intelektual bersatu demi Palestin dan Syria
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa para sarjana dan intelektual dunia Islam untuk bersatu menentang perpecahan mazhab, serta mengambil tindakan konkrit dalam menyokong Palestin dan Syria.
![Impak maksima hanya dirasai jika seluruh ekonomi domestik dibuka Impak maksima hanya dirasai jika seluruh ekonomi domestik dibuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/41586751393_MohdYusofSaari.jpg)
Impak maksima hanya dirasai jika seluruh ekonomi domestik dibuka
Kerajaan tidak boleh menyuntik atau memberi bantuan langsung dalam bentuk kewangan kepada isi rumah dan pekerja dalam satu tempoh yang lama.