Berikut ialah intipati ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena majlis pelancaran Laporan Tahunan 2015 Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) di bawah Dasar Transformasi Nasional (DTN) yang dibentangkan di Angkasapuri di sini hari ini.
* GTP daripada aspek Bidang Keberhasilan Utama Negara telah mencapai 99 peratus KPI penyampaiannya
* ETP menerusi Bidang Ekonomi Utama Negara mencapai 111 peratus KPI, serta menerusi Inisiatif Pembaharuan Strategik pula, 108 peratus KPI telah dicapai
* GTP telah melewati horizon atau fasa 1 dan 2 dan kini telah memasuki fasa seterusnya melalui Rancangan Malaysia Ke-11 untuk menjulang Malaysia ke status negara maju
* Meskipun dalam keadaan ekonomi global yang mencabar sejak tahun-tahun kebelakangan ini, Malaysia berterusan mencatat pertumbuhan purata KDNK 5.6 peratus sejak 2010
* Malaysia merupakan antara negara yang mencatatkan pertumbuhan terbaik di ASEAN tahun lepas
* Pendapatan negara kasar per kapita telah meningkat sebanyak 30 peratus tahun lepas kepada lebih RM36 ribu berbanding sekitar RM28 ribu pada 2010
* Malaysia mencatatkan lebihan dagangan untuk bulan ke-220 berturut-turut sejak November 1997
* Pada Februari 2016, Malaysia mencatatkan lebihan eksport daripada import bernilai RM7.5 bilion
* Ringgit telah mencapai tahap tertinggi 3.865 berbanding dolar Amerika pada 13 April 2016, meningkat 11 peratus sejak akhir tahun 2015
* Saham Bursa Malaysia telah terjual kepada para pelabur luar negara bernilai RM6.4 bilion setakat 22 April, 2016
* Kerajaan telah berjaya menerbitkan Sukuk Global bernilai US$1.5 bilion pada 20 April, 2016, atau terlebih langgan 4.2 kali
Bernama
Tue Apr 26 2016

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berucap pada majlis pelancaran Laporan Tahunan 2015 Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) malam ini. - Gambar Bernama

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.

Intipati penting ucapan Najib pada pelancaran laporan Program Transformasi Negara 2015
Intipati Datuk Seri Najib Tun Razak sempena majlis pelancaran Laporan Tahunan 2015 Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi di bawah Dasar Transformasi Nasional.