Jumlah akauntan bertauliah bumiputera dijangka meningkat 20 hingga 30 peratus menjelang 2030 menerusi sokongan Pusat Perakaunan Profesional Malaysia (MyPAC), kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.
Beliau berkata MyPAC yang melahirkan 110 akauntan bertauliah bumiputera sejak ditubuhkan tiga tahun lalu, dilihat mampu menjadi pengubah permainan dalam usaha tersebut.
Setakat ini jumlah akauntan bertauliah bumiputera hanya sekitar 1,800 orang atau lapan peratus daripada jumlah keseluruhan namun usana MyPAC yang giat turun padang bagi memberi kesedaran tentang pentingnya bidang itu boleh menarik minat bumiputera, katanya.
Beliau yang ditemui pemberita selepas Majlis Penghargaan Anugerah MyPAC di sini pada Isnin, berkata pada masa ini MyPAC mempunyai 2,000 pelajar.
"Sebenarnya di MyPAC, pelajar bukan saja diajar dan diberi motivasi tetapi mereka diberi inspirasi termasuk pendedahan yang cukup dalam penguasaan bahasa Inggeris iaitu antara kelemahan kaum bumiputera, bagi meningkatkan keyakinan diri, " katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MyPAC Datuk Zaiton Mohd Hassan berkata jumlah akauntan bertauliah bumiputera yang sedikit disebabkan golongan berkenaan kurang kesedaran dan tidak yakin dengan kemampuan diri untuk lulus peperiksaan bagi mendapatkan sijil kelayakan profesional Persatuan Akauntan Bertauliah atau ACCA.
"Memang diakui, peperiksaan ACCA agak sukar untuk lulus kerana ia bertaraf antarabangsa namun ramai pelajar bumiputera sudah buktikan yang mereka mampu lulus malah ada yang cemerlang. Rata-rata graduan MyPAC baru sahaja dapat keputusan peperiksaan, sudah ditawarkan bekerja," katanya.
Zaiton berkata bagi menambah bilangan akauntan bertauliah bumiputera, pihaknya membawa pakar daripada BPP Professional Education, United Kingdom untuk melatih pensyarah MyPAC dan seterusnya melahirkan lebih ramai graduan yang cemerlang.
Pada majlis tersebut, 60 pelajar diraikan atas kejayaan mendapatkan sijil ACCA termasuk dua pelajar MyPAC yang mencipta keputusan peperiksaan paling cemerlang di dunia bagi subjek tertentu.
Mereka ialah Wan Nor Mafudah Wan Yusoff, 21, yang meraih tempat pertama di dunia bagi subjek 'Financial Reporting' ACCA serta Siti Nadiah Sh Salleh, 19, yang mendapat markah 100 peratus bagi subjek akaun oleh Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW).
MyPac ditubuhkan pada 2015 sebagai inisiatif kerajaan untuk menambah bilangan akauntan bumiputera profesional yang berkelayakan dengan memberi tumpuan kepada usaha mengukuhkan pembinaan kapasiti bumiputera melalui pendidikan akademik dan vokasional selaras dengan wawasan negara untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 29 2018
Idris bersama dua penerima Anugerah MyPAC Wan Nor Mafudah Wan Yusof (tengah) dan Siti Nadiah Sh Salleh pada majlis semalam. - fotoBERNAMA
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
ACCA: Profesional kewangan optimis namun berhati-hati dengan prospek ekonomi Malaysia
Bagaimanapun, kebimbangan terhadap kos operasi dan faktor luaran memerlukan pendekatan berhemat oleh organisasi kewangan dan perniagaan.
Ahmad Zahid ucap tahniah dua pelajar tajaan MARA catat pencapaian terbaik peperiksaan ACCA
Ahmad Zahid menzahirkan ucapan tahniah kepada dua pelajar tajaan MARA, Julea Qiestyna Abu Zar dan Danish Zafran Bazam, kerana berjaya meraih pencapaian terbaik dalam peperiksaan ACCA.
Pelajar UiTM raih tempat pertama di Malaysia dan dunia dalam peperiksaan ACCA
Hannah Mumtazah turut meraih tempat pertama di Malaysia dan kedua di dunia bagi kertas Strategic Business Reporting dalam peperiksaan ACCA itu.
ACCA: Pelajar terbaik Malaysia bangkit selepas dua kali gagal dalam peperiksaan
Siti Naziah berkongsi kaedah pembelajaran yang diamalkan bersama rakan-rakan sehingga membolehkan mereka memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan bertaraf dunia.
Agong ucap tahniah kejayaan dua pelajar Malaysia dalam peperiksaan ACCA
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada dua pelajar muda Malaysia atas kejayaan mereka menjadi antara 10 teratas dunia dalam pepe
Dua pelajar Malaysia duduki 10 tempat teratas peperiksaan ACCA sesi Mac
Pelajar dari keluarga B40 dan asnaf itu antara 92,000 orang calon dari serata dunia yang menduduki peperiksaan tersebut pada sesi Mac 2021.
Dua pelajar UiTM antara 10 terbaik dunia bagi peperiksaan ACCA, CAT
Dua pelajar berkenaan adalah Fatin Najwa Azman, pelajar semester kelima program ACCA dan Putera Aiman Abdul Rashid, pelajar semester akhir program CAT.
Tokoh pendidikan negara dianugerah Tun: Ini fakta menarik profil Arshad Ayub
Anak jati Muar yang dilahirkan pada tahun 1928 ini adalah Pengasas dan Pengetua Kolej Perniagaan dan Pengajian Profesional MARA yang terus merevolusi hingga menjadi sebuah universiti, UiTM.
Pelajar UiTM cipta sejarah, dianugerah gelaran tertinggi dunia oleh ACCA
Hakeem Mohammad Akmal, 18, mendapat markah penuh dalam peperiksaan program perakaunan profesional bagi sesi Julai hingga Disember 2019, baru-baru ini.
Bangganya! Mafudah anak Melayu dari Jertih gondol tempat pertama ACCA
Kejayaan itu menobatkan beliau anak Melayu pertama yang berjaya mendapat tempat teratas di peringkat dunia dengan memperoleh markah tertinggi iaitu 95 peratus.