Kementerian Pengangkutan memberi jaminan tidak akan menaikkan harga tiket kapal terbang walaupun caj perkhidmatan penerbangan akan dinaikkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kerajaan sentiasa prihatan tentang masalah kos sara hidup rakyat.
Pada masa sama, katanya kerajaan juga perlu terus meningkatkan sektor perkhidmatan penerbangan dan cadangan kenaikan caj perkhidmatan penerbangan itu dilihat amat munasabah.
"Kita akan pastikan kenaikan caj ini tidak akan menjejaskan dari segi harga tiket kapal terbang dan sebagainya. Kita memahami masalah kos sara hidup yang tinggi.
"Kita prihatin, tetapi kita perlu terus meningkatkan perkhidmatan DCA, perkhidmatan sektor penerbangan negara," kata Tiong Lai selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari JPJ di Putrajaya pada Ahad.
Jelasnya, selepas 40 tahun DCA beroperasi, ini merupakan kali pertama caj pemeriksaan DCA akan dinaikkan.
"Kita tidak pernah menaikkan caj pemeriksaan DCA dan ia adalah pada harga yang terendah di rantau ini.
"Oleh itu, amat memadai untuk kita meningkatkan caj ini, tetapi saya akan kaji balik dan membuat keputusan tidak lama lagi," kata Tiong Lai.
Beliau juga menggesa DCA untuk melibatkan pihak berkepentingan industri penerbangan dalam cadangan ini.
Selain itu, katanya peningkatan caj ini juga boleh membantu perkhidmatan DCA dari segi kelengkapan peralatan serta kawalan trafik udara yang lebih canggih.
Sebelum ini, dilaporkan bahawa DCA bercadang untuk menaikkan kadar caj penerbangan kepada syarikat penerbangan ke luar Malaysia bermula 15 April ini.
Peningkatan ini melibatkan perkhidmatan ruang udara, kemudahan trafik udara dan perkhidmatan lain khusus bagi Sijil Operasi Udara (AOC) serta lesen penerbangan bagi juruterbang.
Dania Zainuddin
Sun Apr 10 2016

LIOW: Kerajaan sentiasa prihatan tentang masalah kos sara hidup rakyat. - Gambar fail

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

McDonald's Singapura akan mula kenakan caj untuk sos tambahan
Sos seperti BBQ, Kari dan Madu Mustard akan dikenakan caj S$0.50 (RM1.70) setiap paket jika pelanggan meminta paket tambahan.

Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh tidak terlibat kenakan caj kepada waris jenazah
Jabatan itu hanya terlibat dalam mengendalikan urusan pengambilan jenazah dari wad sehingga tempat penyimpanan dan pengurusan jenazah.

DBKL perkenal kaedah pembayaran baharu caj tempat letak kereta bahu jalan
Orang ramai boleh menggunakan salah satu aplikasi mudah alih dan e-dompet iaitu EZ Smart Park, Flexiparking, Wilayah Parking atau M-Cash bagi menggantikan penggunaan mesin yang berakhir semalam.

Pesara TNB didakwa menipu RM65,000
Tertuduh Ammeran Abu, 64 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim, Ahmad Azhari Abdul Hamid.

Tiada caj hotel selama enam bulan di P. Pinang, bermula 1 Julai
Ia adalah usaha kerajaan negeri untuk merangsang semula pelancongan dan menyokong industri dalam fasa pemulihan.

Bil air Mei tinggi disebabkan penyelarasan bil April dan Mac - SPAN
Bil yang dikeluarkan pada bulan Mac dan April adalah mengikut bacaan secara anggaran kerana operator agihan air tidak membuat bacaan meter sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.

Hanya Noor Hisham boleh keluar kenyataan rasmi berkenaan influenza - Dr Dzulkefly
Sebarang kenyataan rasmi mengenai perkembangan virus influenza hanya boleh dikeluarkan oleh Ketua Pengarah (Perubatan) Kementerian Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Guna internet dengan percuma sehingga hujung tahun? Ini #khabarbaik daripada unifi!
Mahu menonton drama atau filem kegemaran namun anda sering berdepan dengan masalah kelajuan internet? Atau anda sudah mula terfikir untuk menukar perkhidmatan jalur lebar kerana caj terlalu mahal.

MACPC: Bersainglah secara sihat, jangan aniaya pengguna - PPIM
Datuk Ma'amor Osman berharap perkara itu tidak lagi ditangguh pelaksanaannya kerana pengguna dapat mempertahankan hak mereka

Langganan telco, ini enam perkara anda perlu tahu
Ini yang perlu dititik beratkan sebelum membuat langganan, bagi mengelakkan masalah di kemudian hari.