Kerajaan akan memperkenalkan hala tuju baharu ekonomi negara yang akan memastikan rakyat dapat menikmati kemakmuran bersama serta menyelesaikan kemelut ekonomi yang dialami sekarang.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata inisiatif yang akan diperkenalkan itu mengambil pendekatan 'Kemakmuran Bersama' dengan meningkatkan kuasa beli rakyat dan menghapuskan jurang pendapatan dan kekayaan antara kelas, kaum, wilayah serta jurang rantaian bekalan yang melampau.
"Kemakmuran Bersama adalah usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus menerus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil dan inklusif di setiap peringkat rantaian nilai, kelas, kaum dan geografi sehingga mewujudkan rasa keharmonian dan kestabilan di kalangan rakyat menjelang tahun 2030," katanya.
Dr Mahathir berkata demikian dalam Perutusan Perdana Setahun Malaysia Baharu kerajaan Pakatan Harapan, yang disampaikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), sini, hari ini.
Bagi mencapai matlamat ini, katanya, kerajaan menggariskan sekurang-kurangnya tujuh teras strategik yang perlu ada antaranya penstrukturan dan penambahbaikan ekosistem perniagaan, menjana sektor pertumbuhan baharu, reformasi bakat dan sumber tenaga negara dan memperbaiki pasaran buruh dan pendapatan pekerja.
Selain dari tujuh teras strategik tersebut, kata Dr Mahathir berkata kerajaan juga telah mengenal pasti pemangkin lain seperti dasar fiskal yang progresif, aras tanda urus tadbir dan integriti tinggi, penghasilan Pendidikan dan TVET bernilai tinggi dan modal sokongan kewangan kompetitif.
Kerajaan juga akan berusaha memastikan penyampaian institusi kerajaan yang efektif, kestabilan monetari, data raya yang komprehensif dan terangkum dan masyarakat sivil yang berpengetahuan untuk menyokong matlamat dan program Kemakmuran Bersama bagi mencapai keberhasilan yang terbaik.
Perdana Menteri berkata, ekosistem perniagaan dan industri negara perlu ditambah baik supaya kekal relevan dan memenuhi kehendak ekonomi masa depan.
Untuk itu, penggunaan teknologi dan Revolusi Industri 4.0, pengurusan yang lebih terkini dan efektif, penggunaan pakai ekonomi digital menyeluruh dan peningkatan kemahiran pekerja bernilai tinggi penting untuk melonjakkan ekonomi negara ke aras yang lebih tinggi.
"Bagi menjana ekonomi negara ke aras yang lebih tinggi dan relevan dengan perkembangan zaman, Malaysia harus meneliti dan mempelopori sektor pertumbuhan baharu. Kita tidak boleh terperangkap dalam sektor tradisional dan cara kerja yang lama," kata Dr. Mahathir.
Justeru, pelaburan dan pewujudan kapasiti dalam sektor pertumbuhan baharu amat penting dalam ekonomi dunia yang terus berubah secara radikal.
Malaysia, katanya, tidak lagi harus menjadi negara pengguna tetapi sebaliknya menjadi negara yang mengeluarkan lebih banyak produk sendiri yang bertaraf antarabangsa.
Sementara itu, dalam usaha mereformasikan bakat dan sumber tenaga negara, program peningkatan keupayaan dan kemahiran di sektor swasta dan kerajaan akan dilihat semula secara menyeluruh untuk melahirkan tenaga kerja yang kompetitif, produktif dan relevan dengan kehendak industri, serta keperluan hari ini dan masa depan.
Proses peningkatan keupayaan dan kemahiran pekerja Malaysia ini turut memerlukan perubahan yang radikal bagi memastikan negara boleh menghasilkan tenaga kerja lebih produktif yang memberikan nilai pendapatan tinggi.
"Pekerja kita harus mempunyai pendapatan lebih tinggi bagi memastikan mereka mendapat kehidupan yang lebih baik.
"Kita akan menentukan polisi dan program yang dapat memberi pendapatan lebih adil kepada pekerja supaya kenikmatan dapat dirasai oleh mereka. Penyediaan peluang yang lebih menyeluruh kepada pekerja tempatan di semua peringkat harus menjadi keutamaan," kata Dr Mahathir.
Jelasnya lagi, negara mempunyai tanggungjawab kepada golongan yang kurang berkemampuan, terpinggir dan berpendapatan rendah.
Perdana Menteri berkata polisi dan program ke arah kesejahteraan sosial yang lebih menyeluruh harus diperkukuhkan berdasarkan prinsip memenuhi ekonomi keperluan kerana negara tidak mahu ada kalangan rakyat yang tertinggal.
"Walaupun begitu, usaha ini bukan bermaksud untuk negara menyuap nasi ke mulut mereka namun dengan tujuan membantu membangun keupayaan mereka keluar daripada kekurangan dan keadaan yang berisiko," katanya.
Selain itu, pembangunan ekonomi negara akan diperluaskan ke beberapa wilayah lain negara ke arah pembangunan ekonomi yang inklusif dan teragih.
Pembangunan pusat ekonomi yang lebih menyeluruh diseluruh pelusuk negara ini harus diusahakan supaya jurang dalam bandar, antara bandar dan desa, negeri yang maju dan terkebelakang dan antara Semenanjung dan Negeri-negeri Borneo dapat dikurangkan.
Namun, katanya, bagi menyokong pembangunan ekonomi dan pertumbuhan, negara memerlukan masyarakat yang matang, berilmu, bekerja keras dan mementingkan perpaduan.
"Peningkatan modal sosial dan struktur sokongan sosial yang utuh adalah penting untuk memastikan negara dapat pesat membangun," kata Dr Mahathir.
Untuk itu, jati diri dan patriotisma golongan muda juga adalah amat penting bagi memastikan masa depan negara yang cemerlang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 09 2019

Dr Mahathir menyampaikan Perutusan Perdana Setahun Malaysia Baharu di PICC hari ini. Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen untuk memacu pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.

ASEAN berada di landasan jadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030 - Nik Nazmi
ASEAN berada di landasan untuk muncul sebagai ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030, namun memerlukan pertumbuhan inklusif bagi memastikan seluruh komuniti mendapat manfaat.

Ekonomi keempat terbesar: ASEAN perlu fokus pembangunan mampan – Nik Nazmi
Sasaran ASEAN untuk menjadi ekonomi keempat terbesar dunia tidak diletakkan hanya pada kemajuan ekonomi semata-mata.

Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.

Indeks pengeluaran industri Vietnam susut pada Januari
Indeks pengeluaran industri nasional Vietnam menyusut 9.2 peratus pada Januari berbanding bulan sebelumnya.

Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.

Tarif elektrik baharu tidak beban pengguna domestik, ambil kira keperluan ekonomi - ST
Suruhanjaya Tenaga memaklumkan jadual tarif baharu yang akan dimuktamadkan itu mencerminkan kos pembekalan elektrik sebenar.

ASEAN Coin: Berikut lima sebab mata wang digital ASEAN sukar dilaksana...
Kepelbagaian ekonomi dan sistem kewangan di setiap negara anggota ASEAN menjadikan perjalanan ke arah penyatuan mata wang digital seragam satu proses yang kompleks namun penuh potensi.

Sarawak antara lima negeri teratas prestasi ekonomi terbaik - Abang Johari
Sarawak berada dalam kelompok lima negeri teratas di Malaysia dari segi prestasi ekonomi pada tahun lepas.