Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) menawarkan untuk membantu pelanggannya yang mengalami operasi perniagaan terjejas mungkin dari segi kewangan berikutan penularan jangkitan novel koronavirus 2019.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPMB, Arshad Mohamed Ismail berkata pihaknya akan meneroka kaedah untuk menyokong mereka yang terjejas, dengan mengambil kira keadaan tertentu yang dihadapi pelanggan.
"Memandangkan keadaan semula jadi virus itu yang pantas menular selain menyedari gangguan dalam aktiviti perdagangan dan perniagaan global mungkin memberi kesan kepada sesetengah pelanggan kami, jadi, kami bersedia menyediakan bantuan sekiranya keperluan itu timbul," menurut BPMP dalam kenyataan pada Isnin.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Koronavirus Angka korban terus meningkat, lebih 1,000 maut
BPMB, yang dimiliki Menteri Kewangan (Diperbadankan), telah diberikan mandat untuk menyediakan pembiayaan jangka sederhana dan panjang kepada sektor strategik negara.
Ia termasuk menyediakan pembiayaan kepada perusahan kecil dan sederhana, termasuk pihak yang terlibat dalam pembuatan, pembinaan, pembekalan, pengangkutan, pertanian, hospitaliti dan teknologi maklumat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 10 2020

BPMB telah diberikan mandat untuk menyediakan pembiayaan jangka sederhana dan panjang kepada sektor strategik negara. - Gambar hiasan

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.

Golongan belia digalakkan ceburi tanaman koko - TPM Fadillah
Golongan belia digalakkan merebut peluang bagi menceburi industri koko susulan perancangan LKM untuk membuka 200 hektar kawasan tanaman koko baharu di seluruh negara pada tahun ini.

Moody's semak semula unjuran penarafan kepada positif bagi industri tenaga global
Moody's mengekalkan harga komoditi jangka sederhana antara US$45-US$65 setong untuk minyak.

Koronavirus: BPMB sedia bantu perniagaan pelanggan yang terjejas
Pihaknya akan meneroka kaedah untuk menyokong mereka yang terjejas, dengan mengambil kira keadaan tertentu yang dihadapi pelanggan.