Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 6.4 peratus dengan jumlah bayaran dividen keseluruhan sebanyak RM38.24 bilion bagi tahun 2015.
Kadar tersebut disifatkan KWSP sebagai pencapaian yang melebihi jangkaan pasaran memandangkan situasi ekonomi semasa yang mencabar.
KWSP mencatat pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM44.23 bilion pada Tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2015, peningkatan sebanyak 13.18 peratus berbanding RM39.08 bilion pada tahun sebelumnya.
INFOGRAFIK: Lihat bayaran dividen KWSP 2000 - 2015
Bagi jumlah ini, sebanyak RM5.98 bilion diperlukan untuk membayar satu peratus dividen bagi tahun 2015, peningkatan sebanyak 10.53 peratus berbanding pembayaran sejumlah RM5.43 bilion pada tahun 2014.
Menurut Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan media, pendapatan pelaburan kasar yang dicapai adalah menerusi strategi kepelbagaian merentasi kelas aset dalam beberapa negara dan pasaran.
"Walaupun korelasi antara pasaran global adalah tinggi, strategi kepelbagaian ini membuka peluang kepada kami untuk menjana keuntungan dan mengenalpasti pelaburan berpotensi pada pentaksiran yang menarik," tambah Tan Sri Samsudin.
“Program pelaburan luar negara KWSP berstruktur, yang dilaksanakan secara formal pada 2006, menyumbang 48 peratus kepada jumlah keseluruhan pendapatan pelaburan sebanyak RM44.23 bilion untuk tahun ini walaupun pendedahan hanya 25 peratus dari jumlah aset pelaburan, seterusnya melangkau prestasi aset domestik,” kata Tan Sri Samsudin yang juga mengucapkan tahniah kepada pengurusan dan warga KWSP atas pencapaian yang baik pada tahun ini.
Nizam Bakeri
Sat Feb 20 2016
KWSP mencatat pendapatan kasar sebanyak RM44.23 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015, peningkatan sebanyak 13.18 peratus berbanding RM39.08 bilion pada tahun sebelumnya - Foto AFP/Billion Lim
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
KWSP isytihar dividen 6.40 peratus bagi tahun 2015
Kadar tersebut disifatkan KWSP sebagai pencapaian yang melebihi jangkaan pasaran memandangkan situasi ekonomi semasa yang mencabar.