Peruntukan pembangunan 18 peratus terlalu kecil - Azmin
Peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak 18 peratus tidak akan membantu menyelesaikan masalah rakyat.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata nisbah ini jauh daripada bajet yang dibentangkan Kerajaan Selangor pada tahun lepas yang meletakkan peruntukan 47 peratus daripada keseluruhan bajet untuk perbelanjaan pembangunan.
BACA BERITA PENUH
Pembangkang tidak hormati sistem demokrasi berparlimen - PM Najib
Perdana Menteri membidas tindakan pihak pembangkang meninggalkan Parlimen ketika pembentangan Bajet 2017 semalam dan menganggapnya sebagai tidak menghormati Sistem Demokrasi Berparlimen dan kandungan bajet itu sendiri.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembentangan Bajet 2017 itu adalah amalan penting dalam sistem demokrasi berparlimen kerana ia mengandungi pelbagai usaha yang akan dilaksanakan untuk kepentingan rakyat.
BACA BERITA PENUH
Keluar Dewan kerana intipati Bajet 2017 tidak tangani masalah rakyat - Azmin
Tindakan ahli Parlimen Pakatan Harapan keluar dari Dewan Rakyat ketika pembentangan Bajet 2017 pada Jumaat adalah kerana intipatinya tidak menangani masalah rakyat.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata ahli pembangkang hanya memberi reaksi kepada soalan yang disifatkannya sebagai provokasi daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
BACA BERITA PENUH
Bajet 2017 suntik pembangunan masyarakat India
Bajet 2017 yang dibentangkan di Parlimen oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan disambut baik oleh kaum India tanpa mengira golongan, tempat tinggal mahupun fahaman politik kaum India.
Masyarakat India disediakan lebih RM260 juta secara khusus dalam Bajet 2017 untuk memperkasa dan meningkatkan taraf sosio-ekonomi mereka yang melibatkan bidang seperti pendidikan di sekolah Tamil, melahirkan keusahawanan, bantuan kewangan bagi melahirkan usahawan baru, pendidikan prasekolah dan sebagainya.
BACA BERITA PENUH
Bajet 2017: Kerajaan Johor mahu peruntukan disalurkan ikut keperluan negeri
Setiap kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk mengagihkan peruntukan Bajet 2017 dapat melihat secara meluas setiap keperluan negeri secara adil, kata Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Apa lagi aspirasi MB Johor itu? Baca di sini.
'Cari pembangkang yang faham peraturan Dewan Rakyat'
Pembangkang digesa mencari dan mencalonkan individu yang faham peraturan selain tatasusila di Dewan Rakyat.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, ia memastikan negara mempunyai barisan pembangkang yang tidak mengecewakan pengundi masing-masing selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.
Baca laporan wartawan penyiaran Astro AWANI, Wan Syamsul Amly di sini.
Ucapan penuh PM Najib
Di sini, Astro AWANI ada paparan ucapan penuh Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
PM Najib selesai bentang Bajet 2017
Perdana Menteri menamatkan pembentangan Bajet 2017 dengan merakamkan penghargaan yang tinggi kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas "kesetiaan yang tidak berbelah bahagi."
Begitu juga, Datuk Seri Najib Razak menghargai ketaatan yang diberikan oleh anggota Jemaah Menteri, pemimpin parti komponen BN dan para penjawat awam.
Bayaran khas kepada penjawat awam
Sebagai penghargaan atas khidmat terpuji para penjawat awam, Perdana Menteri mengumumkan bayaran khas RM500 kepada semua penjawat awam dan RM250 kepada para pesara kerajaan.
Bayaran akan diberi awal Januari 2017.
KEMAS dan PERMATA
Bagi menghargai jasa pembantu KEMAS, elaun mereka akan dinaikkan daripada RM400 kepada RM500, melibatkan hampir 11,000 orang.
Sebanyak RM85 juta akan diperuntukkan bagi program PERMATA, melibatkan 50,000 kanak-kanak, antaranya, untuk menubuhkan Pusat Kecemerlangan Top STEM Talents di Akademi Sains Malaysia.
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar di Negeri Sembilan, dan Kampus Tuanku Bainun di Pulau Pinang akan diubahsuai menjadi pusat PERMATA Pintar dan Berbakat.
Menghargai peranan agamawan
Kerajaan membuat keputusan menaikkan elaun Imam di bawah JAKIM, daripada RM750 kepada RM850 sebulan. Ini memanfaatkan hampir 15,000 Imam seluruh negara.
Manakala, RM500 akan diberikan secara one-off kepada hampir 16,000 Bilal dan Siak di seluruh tanahair.
Elaun guru KAFA akan dinaikkan daripada RM800 kepada RM900 sebulan, memanfaatkan hampir 33,000 guru.
Buat pertama kalinya, kerajaan memperuntukkan RM30 juta bagi menyelaraskan pendidikan tahfiz melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara.
Sokongan kepada wanita berkerjaya
Pelepasan cukai baru sehingga RM1,000 bagi pembelian peralatan penyusuan ibu. Pelepasan setiap dua tahun sekali mulai tahun taksiran 2017.
Pelepasan cukai sehingga RM1,000 diberi kepada pembayar cukai individu yang menghantar anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan dan pra-sekolah berdaftar mulai 2017.
VIDEO: Ahli Parlimen pembangkang keluar Dewan
Pembangkang keluar Dewan
Sebahagian anggota Parlimen pembangkang bertindak keluar dari Dewan Rakyat apabila diminta berbuat demikian oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana tidak menunjukkan minat untuk mengikuti pembentangan Bajet dan membuat bising.
Suasana kekecohan terjadi susulan Datuk Seri Najib Razak menimbulkan isu tuduhan yang dibuat sesetengah pihak mengatakan Bajet 2017 adalah satu bikinan sandiwara.
"Kononnya, (bajet) tanpa substance, dan Kerajaan tidak mempunyai wang yang mencukupi. Malah, ada seorang pemimpin pembangkang menyebut pula, ‘Malaysia mengharungi ribut ekonomi yang sukar pada tahun ini’.
"Saudara dan saudari sekalian, sebenarnya di sini, siapa yang bermain sandiwara? Siapa yang tiada substance sebenarnya? Siapa yang menjadi pembelot dan pengkhianat negara sebenarnya?
"Di mana pula timbulnya ribut ini?" soal beliau, menyebabkan wakil rakyat pembangkang tidak puas hati lalu bangun membantah.
BERITA LANJUT DI SINI
Bayaran balik PTPTN
Bagi menggalakkan peminjam PTPTN membuat bayaran balik, insentif berikut diumumkan:
1. Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;
2. Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran;
3. Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan.
Insentif ini berkuatkuasa 22 Oktober 2016 sehingga Disember 2017.
Terus memperkasa Bumiputera
Pertama: RM100 juta kepada SME Bank bagi meningkatkan peluang usahawan Bumiputera
Kedua: RM100 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia bagi pelbagai program keusahawanan mereka
Ketiga: RM300 juta kepada TEKUN bagi membantu usahawan kecil memajukan perniagaan, termasuk skim baru TEMANITA, khusus untuk usahawan mikro wanita
Keempat: RM200 juta kepada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad bagi melaksanakan Program Pembiayaan Keusahawanan & Perintis Perniagaan
Kelima: RM120 juta kepada MARA bagi pelbagai program keusahawanan antaranya perusahaan industri halal dan pembangunan usahawan belia.
Memenuhi keperluan komuniti Cina dan India
RM50 juta diperuntukkan untuk pembangunan Kampung Baru Cina, RM50 juta untuk pinjaman PKS melalui KOJADI, RM20 juta untuk pinjaman mikro kredit yang diselia Malaysian Chinese Women Entrepreneurs Foundation.
RM20 juta disalurkan kepada Yayasan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia untuk memberi pinjaman kepada penjaja komuniti Cina.
Bagi masyarakat India, RM50 juta bagi program peningkatan kapasiti dan pendapatan, RM150 juta untuk program pembiayaan perniagaan TEKUN dan Amanah Ikhtiar Malaysia.
Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, kerajaan akan memperluaskan program pra-sekolah kepada 50 sekolah dengan peruntukan RM10 juta.
RM4.3 bilion untuk biasiswa
Pemberian biasiswa akan diteruskan dengan peruntukan berjumlah RM4.3 bilion pada tahun 2017 termasuk:
• 1.6 bilion ringgit menerusi JPA;
• 2 bilion ringgit menerusi MARA;
• 250 juta ringgit menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi;
• 208 juta ringgit menerusi Kementerian Kesihatan;
• 194 juta ringgit menerusi Kementerian Pendidikan;
• 28 juta ringgit menerusi Kementerian Sumber Manusia; dan
• 21 juta ringgit menerusi Kementerian Belia dan Sukan.
Melindungi kumpulan mudah terjejas
Antara inisiatif yang disediakan:
1. Bantuan kepada keluarga miskin meliputi Bantuan Am sehingga RM300 sebulan dan Bantuan Kanak-Kanak sehingga RM450 sebulan diteruskan untuk 69,000 keluarga
2. RM424 juta disediakan untuk 120,000 warga emas
3. RM535 juta untuk hampir 150,000 OKU
4. Pelepasan GST untuk OKU berdaftar membeli peralatan bantuan
Meringankan kos perbelanjaan persekolahan
Bagi membantu ibu bapa menampung kos perbelanjaan persekolahan anak-anak, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan akan meneruskan program:
1. Pemberian Bantuan Persekolahan 100 ringgit kepada setiap pelajar daripada keluarga berpendapatan sehingga 3 ribu ringgit, yang memanfaatkan 3.5 juta murid;
2. RM1.1 bilion bagi Bantuan Makanan Asrama untuk 365 ribu murid;
3. RM300 juta ringgit bagi Rancangan Makanan Tambahan 1Malaysia kepada murid sekolah rendah;
4. RM1.1 bilion ringgit merangkumi Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan, Bantuan Buku Teks dan Bantuan Geran Per kapita;
5. Geran sepadan disediakan kepada pelajar Tahun 1 di sekolah bantuan penuh Kerajaan bagi simpanan terkumpul sehingga 50 ringgit dalam akaun SSPN-i;
6. Menyediakan Elaun bulanan Murid Berkeperluan Khas sebanyak 150 ringgit kepada 67 ribu murid; serta mengganti bas bagi 21 sekolah berpendidikan khas;
7. RM600 juta diperuntukkan kepada Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah.
'Online Connectivity' untuk anak muda
Bermula Jan 2017, fixed line broadband ditawar dengan kelajuan lebih tinggi pada harga sama. Contohnya, pelanggan 5 megabit sesaat pada harga RM149 akan mendapat 10 megabit sesaat
Dalam tempoh 2 tahun lagi, kelajuan bagi pakej ini akan ditingkatkn dua kali ganda dengan penurunan harga sehingga 50%.
Kerajaan akan melancarkan inisiatif supaya perkhidmatan jalur lebar di universiti awam ditingkatkan kepada maksimum 100 gigabit sesaat
SKMM akan menyediakan RM1 bilion supaya liputan dan kualiti jalur lebar di seluruh negara mencapai 20 megabit sesaat
Geran untuk pemandu teksi
Bagi pemandu teksi, RM60 juta diperuntukkan untuk geran RM5,000 bagi membeli kenderaan baru & menawarkan permit teksi individu, yang memberi manfaat kepada 12,000 pemandu
RM25 bilion untuk kemudahan kesihatan
Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM25 bilion bagi meningkatkan tahap kesihatan rakyat dan kualiti penjagaan kesihatan.
1. Membina dan menaiktaraf hospital-hospital baharu serta Klinik Kesihatan di Perlis, Kuching, Mukah, Jempol, Muar dan Johor Bahru;
2. Menaik taraf kemudahan hospital dengan peruntukan RM536 juta, termasuk penyediaan peralatan rawatan kardiologi di Hospital Serdang, Hospital Pulau Pinang dan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, serta pembelian 100 buah ambulan;
3. RM4.5 bilion untuk operasi 340 Klinik 1Malaysia, 11 Klinik Bergerak 1Malaysia, 959 Klinik Kesihatan, dan lebih 1,800 Klinik Desa sedia ada;
4. RM4 bilion untuk bekalan ubat, consumables, vaksin dan re-agen kepada semua hospital dan fasiliti kesihatan Kerajaan.
Pelepasan cukai
Perdana Menteri mengumumkan berita gembira untuk pembayar cukai.
"Jika kini terdapat 21 kategori pelepasan cukai individu, terbaru, untuk pembelian bahan bacaan, komputer dan peralatan sukan digabungkan sebagai pelepasan cukai gaya hidup.
"Ini diperluaskan meliputi pembelian akhbar-akhbar arus perdana, smartphone dan tablet, langganan internet serta bayaran keahlian gimnasium," katanya.
Pelepasan ini diberi sehingga RM2,500 setiap tahun, berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2017.
Meningkatkan keupayaan pembeli rumah pertama
1. Kerajaan akan menyediakan tanah kerajaan yang tidak digunapakai di lokasi strategik kepada GLC dan PR1MA untuk membina lebih 30,000 rumah pada harga RM150,000 - RM300,000
2. Kerajaan akan membina 10,000 rumah di bandar untuk disewa oleh golongan muda yang layak dengan pekerjaan yang tetap termasuk graduan muda yang baru bekerja
3. Syarikat Perumahan Negara Berhad diperuntukkan RM200 juta untuk membina lebih 5,000 unit Rumah Mesra Rakyat dengan subsidi kerajaan sehingga RM20,000 seunit
BR1M dinaikkan
BR1M kepada isirumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan bawah RM3,000 dinaikkan kepada RM1, 200
BR1M kepada isirumah berpendapatan bulanan RM3,000 - RM4,000 dinaikkan kepada RM900
BR1M kepada individu bujang berpendapatan bulanan bawah RM2,000 dinaikkan kepada RM450
Projek untuk rakyat di bandar dan luar bandar
1. Sebanyak 97,000 lampu jalan, 3,000 lampu LED di persimpangan jalan akan dipasang, melibatkan 7,500 kampung seluruh negara.
2. Bina & naik taraf 616km jalan kampung & jambatan bagi meningkatkan jaringan perhubungan kampung, pekan & bandar dengan peruntukan RM1.2b
3. Bagi menyelenggara jalan negeri, RM4.6b disediakan kepada semua negeri di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia
4. Bina & baik pulih 17k unit rumah usang & daif di kampung terpencil & penempatan Orang Asli dengan peruntukan RM350j
5. Tingkatkan penyediaan bekalan air bersih dgn RM732j, mensasarkan 5200 rumah termasuk naik taraf sistem bekalan air FELDA
6. Menyediakan bekalan elektrik luar bandar, mensasarkan hampir 10 ribu buah rumah dengan peruntukan RM460j
Penghargaan kepada 1.6 juta penjawat awam
Pertama: Kemudahan Cuti Belajar dengan gaji dibayar penuh bersama biasiswa juga untuk Kumpulan Pelaksana selain Kumpulan Pengurusan dan Profesional
Kedua: Pemberian Cuti Kuarantin kepada penjawat awam yang anaknya sakit & perlu dikuaratin menerusi cuti tanpa rekod sebanyak 5 hari
Ketiga: Kemudahan pembiayaan untuk membeli komputer diperluaskan meliputi pembelian smartphone. Had pinjaman sehingga RM5,000 setiap 3 tahun
Keempat: Had pinjaman pembelian motosikal dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000
Kelima: Kelayakan pinjaman perumahan dinaikkan daripada serendah-rendah RM120,000 kepada RM200,000, pinjaman paling tinggi daripada RM600,000 kepada RM750,000
Keenam: Sebanyak 30,000 unit lagi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia akan disiapkan dengan harga jualan antara RM90,000 hingga ke RM300,000
Ketujuh: Pegawai contract of service & contract for service yang akan tamat penghujung tahun ini, kerajaan melanjutkan sekurang-kurangnya setahun lagi
Kelapan: Satu lapisan gred baru, gred 56 antara gred 54 & JUSA C diwujudkan bagi pegawai perubatan pakar & pegawai pergigian pakar
Kesembilan: Melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan, pergigian & farmasi selewat-lewatnya Disember 2016
Lima Prinsip dan Falsafah Kerajaan dalam Bajet 2017
1. Kerajaan yang mengutamakan kesepaduan nasional dalam pembinaan negara bangsa.
2. Kerajaan yang mementing dan memelihara kedaulatan, keluhuran perlembagaan dan undang-undang.
3. Kerajaan yang kohesif dan stabil
4. Kerajaan yang gigih berusaha dengan arah tuju yang jelas, perancangan yang sistematik.
5. Kerajaan terus berpandukan falsafah Islami yang universal sifatnya.
'Hentikan perbuatan tidak bertanggungjawab'
Perdana Menteri berkata ekonomi sesebuah negara berkait rapat dengan persepsi.
"But, if our own people undermine and sabotage our own economy, ibaratnya merudumkan rumah dan tanah air kita sendiri.
"Justeru perbuatan durjana oleh musuh luar apatah lagi tangan-tangan kotor dalam negara, yang tidak bertanggungjawab seperti ini, mesti dihentikan," katanya.
Jangan percaya GST akan naik
Perdana Menteri berkata melalui GST, hampir RM30 bilion berjaya dikutip setakat 19 Oktober, 2016.
"Apa yang pastinya, ingin saya tegaskan di sini, janganlah percaya gembar-gembur bahawa kadar GST akan dinaikkan.
"Itu cuma cakap-cakap kosong dan tidak benar sama sekali," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Najib: Malaysia di landasan yang betul
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan berada di landasan yang betul kerana berani membuat keputusan yang tepat, sekalipun tidak popular.
"Sesungguhnya jua, we are on the right track," katanya.
"Saya hendak nyatakan di sini bahawa all those major and crucial decisions were deliberately done," tambah beliau.
Peruntukan Bajet 2017: RM260.8 bilion
Peruntukan Bajet 2017 berjumlah RM260.8 bilion merangkumi perbelanjaan mengurus sebanyak RM214.8 bilion, perbelanjaan pembangunan RM46 bilion. Ini tidak termasuk simpanan luar jangka sebanyak RM2 bilion.
Pertumbuhan KDNK kekal pada 6%
Perdana Menteri berkata Barisan Nasional berjaya mengekalkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 6% setahun selama hampir 60 tahun berturut-turut.
Tema Bajet 2017
Bajet 2017 bertemakan Menjamin Perpaduan & Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh
Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di Dewan Rakyat bagi membentangkan Bajet 2017.
Fokus Bajet 2017
#bajet2017 #parlimen #myhebat #dewanrakyat pic.twitter.com/4h7JhPTsUn
— Jabatan Penerangan (@JPenerangan) October 21, 2016
Bajet 2017 di media sosial PM
Insya-Allah saya akan bentangkan #Bajet2017 petang ini. Ikuti di https://t.co/pmQH6fpSyV dan juga Aplikasi saya. pic.twitter.com/nq3nPPmSLH
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) October 21, 2016
Bajet 2017 dijangka tumpu usaha tangani kos sara hidup rakyat
Pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, pada pukul 4 petang di Dewan Rakyat, hari ini berkemungkinan menumpukan usaha menangani kos sara hidup khususnya aspek perumahan, makanan dan pengangkutan yang sejajar prinsip kerajaan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.'
Bertemakan 'Merancakkan Pertumbuhan, Memastikan Pengurusan Fiskal Berhemat, Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat,' Bajet 2017 itu dijangka menyenaraikan beberapa langkah dalam usaha menangani cabaran ekonomi negara berikutan ketidaktentuan di peringkat global.
KLIK DI SINI
[VIDEO] Rakyat Malaysia perlukan kadar jalur lebar lebih murah
[VIDEO] Menjelang pembentangan Bajet 2017, apa kata rakyat Malaysia berkenaan harga rumah yang terlalu tinggi pada masa kini?
[VIDEO] Bajet 2017 untuk pastikan ekonomi kekal cergas
PM menandatangani 'Kertas Kabinet'
PM Najib tinjau operasi penyediaan Bajet 2017
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa meninjau operasi penyediaan Bajet 2017 di Perbendaharaan Malaysia, Kompleks Kementerian Kewangan di Putrajaya, malam tadi.
Ketibaan Najib yang juga Menteri Kewangan ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di perkarangan Kompleks Kementerian Kewangan pada pukul 8 malam disambut pegawai dan petugas kementerian yang terlibat dalam penyediaan bajet.
KLIK DI SINI
Rakyat menantikan pembentangan Bajet 2017
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bakal membentangkan Bajet 2017 dalam bajet yang disifatkan oleh beliau sebagai berteraskan kesejahteraan rakyat.
Bajet yang bertemakan 'Merancakkan Pertumbuhan, Memastikan Pengurusan Fiskal Berhemat, Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat' ini dijangka menumpukan usaha menangani kos sara hidup.
Antara perkembangan yang paling dinantikan ialah isu harga rumah yang dilihat secara amnya meningkat saban tahun, di mana kenaikannya lebih cepat berbanding kenaikan gaji.
Rata-rata rakyat Malaysia mahu kerajaan menurunkan harga rumah kerana masih ramai yang tidak mampu untuk memilikinya.
Isu harga makanan dan bahan mentah yang terus meningkat juga dijangka menjadi topik tumpuan untuk pembentangan bajet kali ini.
Ramai peniaga dan pengguna mengeluh kerana harga makanan dan bahan mentah dikatakan sangat tinggi serta membebankan.
Justeru, mereka berharap kerajaan akan mengambil langkah untuk mengawal harga dengan lebih ketat.
Selain itu, isu jaminan pekerjaan juga menjadi harapan dan fokus utama golongan muda dalam pembentangan Bajet 2017.
Keluhan mengenai kesukaran mencari kerja dikatakan paling dirasai oleh graduan lepasan institut pengajian tinggi.
Sementara itu, Najib dalam kenyataan diterbitkan dalam laman Facebook rasmi Pejabat Perdana Menteri semalam memaklumkan, Bajet 2017 akan mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan asas-asas ekonomi negara kekal cergas dan kukuh.
Katanya intipati dalam bajet itu akan termasuk dasar mengenai sasaran-sasaran defisit, langkah-langkah untuk memacu aktiviti ekonomi, serta usaha dalam memastikan sistem kewangan jangka panjang yang sihat.
Dalam pada itu, Pakatan Harapan pada Rabu turut telah membentangkan 'Belanjawan Alternatif 2017' yang menggariskan 11 cadangan dasar yang menjurus kepada soal tadbir urus kewangan negara termasuk langkah-langkah penjimatan.
Antara perkara yang disenaraikan pembangkang ialah untuk kembali kepada pra-GST.
Bajet 2017 akan dibentang oleh Najib yang juga Menteri Kewangan pada jam 4 petang di Dewan Rakyat, hari ini.