Bank Negara Malaysia (BNM) berkata laporan media mengenai 'penyeluk saku secara digital (pencopet elektronik) ke atas individu yang memiliki kad tanpa sentuhan, adalah tidak benar.
Dalam satu kenyataan, BNM berkata kad tanpa sentuhan dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang menjadikannya instrumen pembayaran yang terjamin.
"Sejak 2005, semua kad pembayaran di Malaysia mengguna pakai teknologi kad cip Europay, Mastercard dan Visa (EMV) yang mencegahnya daripada diklon.
"Butiran seperti nombor kad dan tarikh luput yang boleh didapati pada pengimbas tidak mencukupi untuk kad berkenaan diklon, sama ada kad 'jalur magnet' atau kad cip EMV.
"Setakat ini belum ada laporan mengenai kes kad cip EMV diklon," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Bank pusat berkata kad tanpa sentuhan dilengkapi cip EMV dengan ciri keselamatan kriptografi canggih, yang menjana kod dinamik bagi setiap transaksi.
"Ini menjadikan kad tanpa sentuhan hampir mustahil untuk diklonkan atau dipalsukan," kata bank pusat.
BNM berkata Malaysia juga mengguna pakai kaedah pengesahan ke atas transaksi kad dalam talian dengan pemegang kad diperlukan memasukkan kod pengesahan keselamatan (TAC) yang dihantar kepada telefon mudah alih atau peranti keselamatan mereka.
Ia berkata pemegang kad Malaysia dilindungi oleh perubahan liabiliti yang diperkanlakan oleh rangkaian kad antarabangsa.
"Sekiranya butiran kad disalah guna menggunakan laman web pedagang luar negara yang belum melaksanakan kaedah pengesahan yang lebih ketat, pedagang berkenaan akan menanggung liabiliti ke atas sebarang transaksi palsu.
"Pemegang kad perlu memaklumkan segera kepada bank pengeluar jika kad pembayaran mereka hilang atau dicuri, nombor pengenalan peribadi terdedah atau terdapat urus niaga yang tidak dibenarkan menggunakan kad mereka," katanya.-- Bernama
Bernama
Thu Jan 19 2017
BNM berkata kad tanpa sentuhan dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang menjadikannya instrumen pembayaran yang terjamin.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
Trump calonkan Whitaker sebagai Duta AS ke NATO
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu menamakan bekas pemangku peguam negara, Matthew Whitaker sebagai pilihannya untuk jawatan Duta AS ke Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Trump berkata Whitaker akan mengukuhkan hubungan dengan rakan kongsi NATO dan berdiri teguh dalam menghadapi ancaman terhadap keamanan serta kestabilan, lapor Agensi Berita Jerman (DPA).
Kapal angkasa kargo Rusia berjaya dilancar ke orbit
Rusia berjaya melancarkan kapal angkasa kargo Progress MS-29 ke orbit menggunakan roket pengangkut Soyuz-2.1a
Taikun India Gautham Adani terpalit rasuah jutaan dolar
Pengerusi Kumpulan Adani India, Gautam Adani didakwa di Mahkamah Persekutuan New York, Amerika Syarikat atas pertuduhan berkaitan skim rasuah dan penipuan besar-besaran. Adani bersama tujuh individu lain, termasuk anak saudaranya, Sagar Adani didakwa membayar rasuah bernilai 265 juta (RM1.18 bilion) kepada pegawai kerajaan India untuk mendapatkan kontrak yang menjana keuntungan AS$2 bilion dalam tempoh 20 tahun.
Remaja Australia minum alkohol beracun di Laos meninggal
Seorang lagi pelancong asing maut akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, pada Khamis.
Pelaburan, eksport kukuh pacu pertumbuhan KDNK suku ketiga Malaysia kepada 5.3 peratus
Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga 2024, didorong oleh aktiviti pelaburan yang kukuh dan peningkatan eksport yang berterusan.
Pengguguran Malaysia daripada senarai pemantauan mata wang AS bukti status ringgit dipacu pasaran
Bank Negara Malaysia menyambut baik pengguguran Malaysia daripada senarai pemantauan manipulasi mata wang Amerika Syarikat.
Pengukuhan ringgit pada suku tahun ketiga didorong faktor dalaman, luaran
Antara pendorong utama pengukuhan ringgit ialah prospek pertumbuhan positif serta pelaksanaan reformasi struktur oleh kerajaan.
KDNK Malaysia berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2024 - Gabenor BNM
Pertumbuhan ini didorong terutamanya oleh aktiviti pelaburan yang memberangsangkan dan peningkatan eksport berterusan.
Individu rugi lebih RM1.6 juta terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang individu di Gombak kerugian lebih RM1.6 juta selepas terpedaya dengan pelaburan tidak wujud secara dalam talian, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.
Pengerusi ASEAN: Malaysia berpeluang tingkat kerjasama sektor takaful, takaful semula
Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS susulan keyakinan pasaran
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini didorong oleh keyakinan pasaran yang meluas.
BNM dijangka kekalkan OPR pada 3.0 peratus pada 2025
Bank Negara Malaysia dijangka akan mengekalkan pendirian berhati-hati menjelang 2025, berkemungkinan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.
Bursa Malaysia dibuka tinggi susulan keputusan OPR
Pada pukul 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.05 mata kepada 1,639.22 daripada 1,634.17 ketika ditutup pada Rabu.
BNM kekal OPR tidak berubah pada 3.0 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.