Lazada Malaysia menyasarkan untuk memperluaskan pilihan produk di bawah segmen automotifnya dalam tempoh dua tahun, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hans-Peter Ressel.
Beliau berkata terdapat kira-kira satu juta produk automotif yang boleh didapati di platformnya pada masa ini, termasuk minyak dan cecair serta aksesori, dan permintaan terhadap produk itu semakin meningkat.
"Kami merancang untuk menambah lebih banyak produk. Syarikat sekutu kami (Lazada Indonesia) menjual motosikal dan kami turut mempertimbangkannya.
"Bagaimanapun, kami masih menumpukan kepada aksesori, berikutan terdapat permintaan," katanya kepada media selepas melancarkan gedung rasmi dalam talian Shell yang pertama di Lazada Malaysia hari ini.
Ressel berkata syarikat akan menumpukan kepada memenuhi permintaan bagi komponen kenderaan, termasuk alat ganti, sebelum menceburi segmen lain.
"Kami akan memenuhi segmen ini sebelum kami mempertimbangkan untuk beralih kepada menawarkan kereta dan motosikal baharu atau terpakai, yang mungkin menjadi kenyataan pada tahun depan atau tahun selepasnya," katanya.
Pada masa ini, platform e-dagang itu menawarkan hampir kepada 40 juta produk untuk dijual.
Kerjasama antara Lazada Malaysia dan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dijangka memberi manfaat kepada pengguna, berikutan mereka akan mempunyai akses kepada pelbagai produk Shell Helix melalui platform tersebut.
"Jenama seperti Shell mengiktiraf kepentingan e-dagang di Asia Tenggara, dan kami bersedia bekerjasama dengan syarikat tersebut untuk meningkatkan kehadirannya dalam talian, bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di rantau ini," kata Ressel.
Gedung dalam talian itu turut menawarkan pakej servis minyak enjin di bengkel berdaftar terpilih di Lembah Klang dan Johor.
"Terdapat permintaan bagi produk ini, bukan sahaja di kawasan metropolitan seperti Kuala Lumpur, tetapi juga di Pantai Timur dan utara.
"Kami bersedia untuk memanfaatkan segmen pelanggan baharu ini. Bengkel juga akan mempunyai akses kepada sokongan teknikal produk berkaitan dengan jenis minyak motor Shell Helix," kata Ressel.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 03 2017

Lazada Malaysia akan menumpukan kepada memenuhi permintaan bagi komponen kenderaan, termasuk alat ganti, sebelum menceburi segmen lain. - Gambar fail
AWANI 7:45 [25/2/2025] – Bantu 400,000 keluarga miskin | Peringatan Sultan Nazrin | Untung RM55 bilion | Bahaya di jalan raya, halang polis
- 24 juta kampit beras putih tempatan 10kg untuk keluarga miskin
- Jangan salah guna masjid, jangan fitnah dan sebar dakyah politik
- Petronas untung RM55 bilion, susut 32 peratus
- Kelantan kembali dilanda bah, Tanah Merah terjejas
- Jangan salah guna masjid, jangan fitnah dan sebar dakyah politik
- Petronas untung RM55 bilion, susut 32 peratus
- Kelantan kembali dilanda bah, Tanah Merah terjejas

Selangor keluar garis panduan permudah, seragam pendaftaran taska Julai ini
Garis panduan bagi menyeragamkan dan memudah cara pendaftaran taman asuhan kanak-kanak (taska) di Selangor akan dikeluarkan pada Julai depan.

PM Anwar tiba di Hanoi untuk lawatan kerja dua hari ke Vietnam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini malam ini untuk lawatan kerja dua hari ke Vietnam dan dijadualkan menyampaikan ucaptama pada Forum Masa Depan ASEAN (AFF) kedua, esok.

Bursa Malaysia ditutup rendah seiring pasaran serantau
Bursa Malaysia meneruskan penyusutan untuk hari kedua berturut-turut hari ini, seiring dengan prestasi suram pasaran serantau berikutan petunjuk negatif daripada ekuiti global. Pad
Agenda AWANI: Tumpuan laporan Ketua Audit Negara
Apa tambah baik dalam soal pengurusan kewangan dan tatakelola wang awam agensi Persekutuan susulan Laporan Ketua Audit Negara 1 2025 supaya kesalahan sama tidak berulang? Diskusi bermula 8.30 malam.
Agenda AWANI: Tumpuan laporan Ketua Audit Negara
Apa tambah baik dalam soal pengurusan kewangan dan tatakelola wang awam agensi Persekutuan susulan Laporan Ketua Audit Negara 1 2025 supaya kesalahan sama tidak berulang? Diskusi bermula 9.00 malam.

Pengesahan 18 PED, nilai semula Pelan AEC antara tumpuan penting AEM Ke-31 - MITI
Pemukiman AEM Ke-31 pada Jumaat ini di Desaru, dijangka menyaksikan semua negara anggota mengesahkan 18 PED dan menilai semula kemajuan AEC 2026-2030.

Lebih 300,000 pekebun kecil getah dijangka terima BMT tahun ini
Sebanyak 331,146 pekebun kecil getah yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dijangka menerima manfaat Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) tahun ini.
Pencarian MH370 di Lautan Hindi bermula di zon pencarian baharu
Pencarian MH370 dimulakan di Lautan Hindi dengan menggunakan kapal sokongan laut milik Ocean Infinity yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Kementerian Arab Saudi galakkan jemaah umrah dapatkan vaksin meningitis
Kementerian Kesihatan Arab Saudi menggalakkan jemaah umrah yang akan berkunjung pada bulan Ramadan untuk mendapatkan vaksin meningitis.

Tarif AS 25 peratus cabaran kepada Malaysia - Mohamad Hasan
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan 25 peratus tarif terhadap import automotif, semikonduktor dan farmaseutikal kelak merupakan satu cabaran kepada Malaysia.

MATEC 2024: Peluang anak muda terokai industri automotif
Tinjaun Astro AWANI mendapati anak-anak muda menyifatkan MATEC 2024 sebagai platform untuk mempelajari selok-belok industri automotif.

SpeedFest 2024 dijangka cipta rekod perhimpunan kereta terbesar di Malaysia
Acara yang sedang berlangsung di di KL Base, Sungai Besi tampilkan legenda automotif Shoji Inoue, Jin Horino dan Daijiro Inada dari Jepun.

Dasar AP Terbuka mulai 1 Julai 2024, beri manfaat kepada lebih ramai usahawan bumiputera
Mana-mana syarikat bumiputera, termasuk yang tidak pernah terlibat dalam aktiviti automotif, boleh memohon untuk dilantik sebagai syarikat AP Terbuka bagi menceburi aktiviti pengimportan dan penjualan

Kemunculan kenderaan perisai Tarantula, Rentaka jadi tumpuan ramai pada Malaysia Autoshow 2024
Penyertaan kali pertama Mildef memberi peluang kepada peminat automotif mendekati kenderaan perisai yang dibangunkan syarikat tempatan itu.

Untung bersih DRB-Hicom susut 15.2 peratus disebabkan caj cukai lebih tinggi
Bagaimanapun, kumpulan itu merekodkan pertumbuhan 5.0 peratus dalam PBT kepada RM210.76 juta berbanding RM200.77 juta sebelumnya.

Proton rekod jualan 12,882 unit Jan 2024, permulaan terbaik tahun baharu
Menurut Proton, jumlah jualan yang dicatatkan itu merupakan peningkatan sebanyak 10.3% berbanding bulan Januari tahun lalu.

Elegan dan premium, Honda lancar CR-V serba baharu
CR-V serba baharu menawarkan pilihan khusus untuk memenuhi kehendak dan keperluan pelbagai pelanggan.

Pembangunan AHTV di Tanjung Malim tingkat nilai pelaburan hingga RM40 bilion - MB
Faktor utama peningkatan nilai pelaburan AHTV itu dipengaruhi oleh pemindahan operasi Proton dari Shah Alam ke Tanjung Malim.

Proton buka pusat pengalaman digital automotif pertama di Malaysia
'Proton Digital Xperience' (Proton DX) disasarkan untuk menjadi hab bagi peminat kereta dan teknologi daripada semua peringkat umur.