Apple Inc mempunyai makmal rahsia yang ditubuhkan untuk tujuan mencipta kereta elektrik jenama berkenaan, lapor akhbar Wall Street Journal semalam.
Projek yang diberi nama kod ‘Titan’ itu dilaporkan sedang mereka kenderaan yang kelihatan seperti sebuah van mini dan dijangka mengambil masa bertahun-tahun untuk merealisasikannya.
Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sejauh mana penglibatan Apple dalam projek berkenaan.
Berita berkenaan memberi isyarat bahawa Apple sedang berusaha mempertingkat kemampuannya dalam teknologi automotif. Bidang tersebut sudah menjadi tumpuan utama dalam kalangan syarikat-syarikat di Silicon Valley seperti Google Inc., Uber dan Tesla Motors Inc.
Kenderaan tersebut dijangka memiliki perkhidmatan Internet dan perisian penuh yang melengkapi upaya navigasi serta komunikasi. Inovasi itu disfatkan sebagai bidang yang menjadi fokus kebanyakan syarikat berasaskan teknologi tinggi.
Bulan Mac lalu, Apple telah memperkenalkan CarPlay, yang membolehkan pemandu kenderaan mengakses senarai nama dalam iPhone, membuat panggilan atau mendengar pesanan suara tanpa perlu melepaskan tangan daripada stereng kenderaan.
Dalam masa yang sama, ketua unit penyelidikan dan pembangunan (R&D) Mercedes-Benz, Johann Jungwirth dilihat telah berpindah tugas ke Apple dengan jawatan ketua kejuruteraan Mac Systems.
Penglibatan Jungwirth dalam makmal rahsia Apple itu telah dilaporkan oleh The Financial Times.
Apple yang telah merekrut ratusan pekerja kini dilaporkan sedang memancing pakar robotik untuk turut serta dalam projek berkenaan.
Percubaan untuk mereka bentuk kenderaan disifatkan sebagai anjakan perubahan bagi Apple yang selama ini banyak membuat R&D dalam pelbagai projek tetapi masih kekal dengan bisnes terasnya iaitu pembuatan peralatan mudah alih dan elektronik.
Reuters
Sat Feb 14 2015
Apple yang telah merekrut ratusan pekerja kini dilaporkan sedang memancing pakar robotik untuk turut serta dalam projek rahsia tersebut. - Gambar fail.
Sze-Fei-Nur Izzuddin cipta sensasi juarai Terbuka China
Kejayaan menjuarai kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 1000 itu merupakan pencapaian terbesar dalam karier pasangan negara itu setakat ini.
Angka korban di Gaza meningkat kepada 41,431, lebih 95,818 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat mencapai banyak mangsa dan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau bergelimpangan di jalan.
PBB beri ancaman 'bencana yang semakin hampir' di Asia Barat
"Tiada penyelesaian ketenteraan yang akan membuat mana-mana pihak lebih selamat."
Kontroversi GISB: Semakin ramai individu tampil dedah pengalaman di media sosial
PDRM memaklumkan piohaknya memantau sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh individu atau pihak berkaitan yang mempunyai kaitan dengan GISB di media sosial.
Ahli seismologi beri amaran kemungkinan letusan gunung berapi di Filipina
Gunung Kanlaon mengeluarkan kira-kira 10,449 tan sulfur dioksida dan merekodkan 55 gempa bumi gunung berapi dalam tempoh 24 jam lalu.
JAS siasat insiden tumpahan diesel di Sg. Slim, jentera korek pasir jadi punca
Lokasi aktiviti pengorekan pasir itu dianggar berada 3km di bahagian hulu Loji Rawatan Air Sungai Geliting, Slim dalam daerah Muallim.
#AWANIRingkas 22 September 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 September 2024
1️⃣ Mahkamah Syariah tetapkan bon jaminan
2️⃣ Kos kerosakan, ganti rugi lebih RM100 juta
3️⃣ 51 maut lombong arang batu meletup
#awaniringkas
1️⃣ Mahkamah Syariah tetapkan bon jaminan
2️⃣ Kos kerosakan, ganti rugi lebih RM100 juta
3️⃣ 51 maut lombong arang batu meletup
#awaniringkas
Perkuat peranan bantu syarikat teknologi majukan pertanian
MTDC komited untuk terus menjadi ejen penggalak kepada penggunaan teknologi terkini, terutamanya bagi kemajuan sektor pertanian negara.
Steven Sim pengerusi DAP Pulau Pinang baharu
Bekas Naib Pengerusi DAP, Steven Sim Chee Keong menepati ramalan apabila dipilih menjadi Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu pada pemilihan parti itu hari ini.
Memahami doktrin dan disiplin terhadap jemaah
Bagaimana modus operandi Arqam diterapkan dalam GISBH?
Apple iPhone 16 kini boleh dipratempah, dengan pilihan ambil terus di Apple Store TRX
Pengguna tempatan boleh membuat pembelian dan menerimanya bermula 20 September 2024.
Apple diarah bayar cukai €13 bilion kepada Ireland
APPLE kini perlu membayar cukai berjumlah "13 bilion (RM62 bilion) kepada Ireland.
Malaysia negara terawal terima siri iPhone 16, iPhone 16 Pro – mulai 20 Sept 2024
Para pengguna tempatan boleh melakukan tempahan bermula 8 malam 13 September 2024 dan mula menerimanya bermula 20 September 2024.
Apple dilapor akan beralih sepenuhnya ke skrin OLED untuk semua iPhone bermula 2025
Penggunaan panel OLED dilihat akan menawarkan paparan warna yang lebih cantik, selain sesuai untuk paparan video berdefinisi tinggi.
Apple Mac Mini baharu dijangka buang sambungan USB-A
Ini mungkin selari dengan perubahan yang telah dilakukan pada komputer riba MacBook, yang tidak lagi menyertakan sambungan USB-A, dan memfokuskan sepenuhnya pada USB-C.
Apple dilapor bangunkan Magic Keyboard lebih murah untuk iPad
Apple sedang menguji Magic Keyboard pada harga lebih rendah, menyasarkan pengguna iPad asas dan juga iPad Air.
Apple, NVIDIA dilapor ingin melabur dalam OpenAI
Ini akan membuatkan pelbagai syarikat terkemuka teknologi kini bersaing dalam mendapatkan pegangan masing-masing pada OpenAI.
Apple pecat 100 pekerja dalam jabatan perkhidmatan digital, jejas beberapa aplikasi
Pemecatan turut melibatkan peranan kejuruteraan dan pasukan perkhidmatan lain termasuk yang mengendalikan Apple News.
Senarai lagu Apple Music kini boleh dipindahkan ke YouTube Music
Hanya senarai lagu yang dihasilkan sendiri oleh pengguna boleh dipindahkan ke YouTube Music.
Apple adakan acara khas pada 10 Sept - iPhone 16 dijangka diperkenal
Apple menggunakan tema 'Its Glowtime' untuk acara khas ini, yang akan disiarkan langsung secara dalam talian.