Malaysia mampu menghadapi keadaan kelembapan ekonomi kerana mempunyai asas yang kukuh dan hasil negara yang tinggi, kata Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Othman Aziz.
Beliau berkata negara mempunyai rizab sehingga RM405 bilion, pertumbuhan ekonomi meningkat antara empat dan lima peratus serta hasil lebih tinggi daripada perbelanjaan mengurus.
"Malaysia adalah negara ekonomi terbuka. Jadi, apa-apa yang berlaku di Amerika Syarikat, China dan Eropah termasuk kemelesetan ekonomi, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada kita.
"Namun, negara kita mempunyai asas ekonomi yang kukuh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Kali Kelima Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi Semenanjung Malaysia (NUTE) di sini, pada Selasa.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa dan Presiden NUTE Mohd Jafar Abd Majid.
Othman berkata walaupun negara menghadapi kelembapan ekonomi, kerajaan memperuntukkan RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan bagi meneruskan projek pembangunan dalam sektor kerajaan.
Katanya kerajaan yakin pertumbuhan ekonomi negara akan berkembang dengan lebih pesat dalam jangka masa panjang dengan pelaksanaan pelbagai projek besar yang dibangunkan pihak swasta.
"Kerajaan telah merancang ekonomi negara ini mengikut kemampuan sedia ada dan unjuran masa depan. Jadi, kita bersiap sedia untuk menghadapi cabaran seperti ini.
"Lagipun ini bukan kali pertama, kita telah melaluinya sejak 10 tahun sebelum ini," katanya.
Sementara itu, Othman berkata keahlian NUTE kini telah mencecah 8,000 orang melibatkan 15 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Labuan.
Beliau berkata NUTE diharap akan terus menjadi orang tengah untuk menyelesaikan apa jua masalah antara pekerja dan majikan supaya hubungan yang harmoni dapat dikekalkan demi kepentingan bersama. -- Bernama
Bernama
Tue Dec 13 2016
Datuk Othman Aziz berkata, kerajaan yakin pertumbuhan ekonomi negara akan berkembang lebih pesat dalam jangka masa panjang melalui pelaksanaan pelbagai projek besar pihak swasta. - Gambar fail
Dua wanita warga emas rugi lebih RM300,000 diperdaya 'phone scam'
Dua wanita warga emas di Pahang kerugian RM327,829 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai polis dan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM).
ASEAN 2025 | 16 Jan
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Kes Wan Saiful: Wang berjumlah RM46,487.85 dimasukkan ke akaun bank sebuah syarikat
Wan Saiful didakwa memindahkan wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM46,487.85 ke akaun Hong Leong Bank milik Good Square Sdn Bhd.
Pantau Agenda Reformasi: Tindakan menyeluruh tangani kegiatan scam
Bersama Muhammad Sha’ani Abdullah, Setiausaha Kehormat Pertubuhan Pengguna Ekonomi Digital Malaysia membincangkan tentang tindakan menyeluruh tangani kegiatan scam.
Pengarah syarikat ditahan bantu siasatan minta, terima rasuah RM1 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah syarikat kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta.
Hamas hargai negara Asia Tenggara sokong pembebasan Palestin
Ahli biro politik Hamas, Khalil al-Hayya memuji pendirian terhormat Malaysia dalam menyokong Palestin semasa konflik yang berterusan.
Menerusi sidang media terkini pada Khamis, Khalil turut menzahirkan setinggi penghargaan ke atas beberapa negara Asia Tenggara lain termasuk Indonesia kerana memberikan sokongan berterusan selama ini.
Menerusi sidang media terkini pada Khamis, Khalil turut menzahirkan setinggi penghargaan ke atas beberapa negara Asia Tenggara lain termasuk Indonesia kerana memberikan sokongan berterusan selama ini.
FAMA tingkat pembelian kelapa tua dari Indonesia
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan meningkatkan pembelian kelapa tua dari Indonesia bagi menangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata, langkah proaktif itu juga untuk memastikan bekalan mencukupi bagi kegunaan domestik terutama menjelang musim perayaan.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata, langkah proaktif itu juga untuk memastikan bekalan mencukupi bagi kegunaan domestik terutama menjelang musim perayaan.
Setiausaha Agung ASEAN sertai permukiman menteri luar di Langkawi
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn akan mengetuai Delegasi Sekretariat ASEAN ke Permukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN (Permukiman AMM), pertama bagi 2025 yang akan diadakan pada 18 hingga 19 Jan di Langkawi, Malaysia.
Penyertaan Kao dalam acara itu adalah atas jemputan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan, menurut kenyataan Sekretariat ASEAN pada Khamis.
Penyertaan Kao dalam acara itu adalah atas jemputan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan, menurut kenyataan Sekretariat ASEAN pada Khamis.
IJN tonjol kepakaran 'depan' komuniti perubatan global
Pusat Jantung Pediatrik dan Kongenital di Institut Jantung Negara (IJN) terpilih sebagai lokasi siaran langsung untuk Mesyuarat Intervensi A to Z Vietnam, satu daripada perhimpunan kardiologi intervensi kongenital terbesar di ASEAN.
Ia sedang berlangsung di Vietnam dari 15 hingga 17 Januari ini, mengumpulkan pakar-pakar terkemuka dunia dalam penyakit jantung kongenital untuk membincangkan inovasi perubatan terkini.
Ia sedang berlangsung di Vietnam dari 15 hingga 17 Januari ini, mengumpulkan pakar-pakar terkemuka dunia dalam penyakit jantung kongenital untuk membincangkan inovasi perubatan terkini.
Aib PDRM di TikTok, pencuci kereta warga Myanmar didenda RM7,000
Seorang pencuci kereta warga Myanmar didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang hari ini selepas mengaku bersalah mengaibkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam aplikasi TikTok, tahun lepas.
SME Bank ikrar kenaikan gaji sehingga 12 peratus
Melalui perjanjian itu, pekerja bukan eksekutif SME Bank akan menikmati kenaikan gaji pokok dari RM900 menjadi RM1,200 sebulan.
Selepas Arab Saudi, kini Mesir berminat tiru BR1M
Mesir menjadi negara terbaharu selepas Arab Saudi yang berminat melaksanakan program serupa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan di negara ini pada 2012
1,282 nelayan di Kedah dapat manfaat elaun sara hidup
Sejumlah 1,282 nelayan di negeri ini menerima manfaat elaun sara hidup sebanyak RM300 sebulan setakat ini.
Dewan Negara lulus lima RUU
Dewan Negara hari ini meluluskan lima rang undang-undang (RUU).
Generasi muda muflis akibat kad kredit berkurangan
Kes muflis melibatkan generasi bawah 30 tahun akibat hutang kad kredit menunjukkan pengurangan tahun ini berbanding tahun lalu.
Simpan sedikit BR1M anda - Othman
Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dinasihati membelanjakan bantuan itu secara berhemat selain memastikan sebahagiannya disimpan.
BR1M: Tun M tidak mahu mengaku salah
Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat tidak mahu mengaku salah walaupun telah mengubah pendiriannya mengenai BR1M yang sebelum ini dilabel oleh beliau sendiri sebagai satu bentuk rasuah dan haram.
MOF jelaskan mengenai pengecualian cukai untuk badan agama
Kementerian Kewangan menjelaskan bahawa pindaan terhadap Akta Cukai Pendapatan 1967 bertujuan untuk memastikan pendapatan mereka digunakan secara khusus bagi tujuan keagamaan dan amal.
Malaysia mampu hadapi kelembapan ekonomi kerana miliki asas kukuh - Othman
Beliau berkata negara mempunyai rizab sehingga RM405 bilion, pertumbuhan ekonomi meningkat antara empat dan lima peratus serta hasil lebih tinggi daripada perbelanjaan mengurus.