Malaysia mampu untuk memenuhi keperluan perolehannya walaupun selepas memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan meneliti keutamaan terhadap projek-projeknya, meningkatkan kecekapan sektor awam, mengelakkan pembaziran dan meneroka sumber pendapatan baharu, kata Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.
Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) itu juga menyatakan keyakinan terhadap ekonomi negara yang boleh dipandu ke arah yang betul dan tempoh masa 100 hari adalah mencukupi untuk menyediakan sesuatu yang jelas dan melakukan pengubahsuaian serta perubahan diperlukan.
Gabenor wanita pertama yang menerajui bank pusat berkenaan selama 16 tahun itu adalah anggota Majlis Penasihat Kerajaan yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada Sabtu.
Dipengerusikan oleh bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, turut sama di dalam majlis itu adalah Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Tan Sri Mohd Hassan Marican; Pakar Ekonomi, Prof Jomo Kwame Sundaram dan Ahli Perniagaan, Tan Sri Robert Kuok.
Mengulas sama ada prestasi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dan ringgit pada Isnin adalah disebabkan oleh keyakinan semula terhadap ekonomi, Zeti menegaskan: "Dalam keadaan tidak menentu akan ada turun naiknya."
Ketika penggiat pasaran melihat komitmen dan kemampuan institusi seperti BNM, Kementerian Kewangan dan agensi lain dalam melaksanakan pembaharuan yang sepatutnya, beliau berkata: "Saya percaya wujudnya potensi yang boleh membawa kepada keyakinan itu dan kita menuju ke arah masa depan yang lebih baik serta cerah."
Mengulas contoh kejayaan Malaysia mengatasi situasi serupa sebelum ini, Zeti berkata, kunci kemampuan itu adalah kepada usaha meneliti keutamaan terhadap projek-projek itu.
"Kita pernah melakukan perkara serupa ketika era pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada pertengahan 1990-an.
"Berikutan banyaknya projek-projek mega yang dilaksanakan, imbangan pembayaran defisit akaun semasa kita melebihi 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan meningkatkan ketidaktentuan negara.
"Pada waktu itu, kita menasihatkan beliau supaya meneliti semula keutamaan projek-projek mega dan menangguhkan pelaksanaannya pada masa depan.
"Dalam masa dua tahun, imbangan pembayaran defisit akaun semasa pulih kepada 4.6 peratus daripada KDNK berbanding melebihi 10 peratus seperti sebelumnya. Kita sudah melakukannya sebelum ini dan akan mampu mengulanginya," katanya. -- Bernama
Bernama
Mon May 14 2018
Zeti tersenyum pada sidang media selepas mesyuarat tertutup Majlis Penasihat Kerajaan di Kuala Lumpur pada Isnin. - BERNAMA
Perkukuh hubungan diplomatik 65 tahun, perdagangan
Lawatan rasmi sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brazil yang berlangsung dari 16-19 Nov bakal mengukuhkan lagi hubungan diplomatik yang telah terjalin selama 65 tahun selain dapat meningkatkan peluang perdagangan dan pelaburan.
Bot nelayan Vietnam ditahan, ceroboh perairan negara
Bot itu ditahan dalam operasi Op Naga Barat pada 2 petang Jumaat di kedudukan 157 batu nautika dari Kuala Terengganu.
Malaysia-New Zealand sepakat tingkat perdagangan, pelaburan 50 peratus
Malaysia dan New Zealand sepakat untuk melonjakkan hubungan dua hala menerusi kerjasama dalam pelbagai bidang terutamanya dalam meningkatkan nilai perdagangan dan pelaburan kepada 50 peratus pada tahun 2030.
Pindaan Akta Mesin Cetak: NUJM, CIJ dan GERAMM tuntut penjelasan KDN
NUJM, CIJ dan GERAMM berkata, mereka memandang serius perkembangan tersebut kerana ia dikhuatiri akan memberi impak besar kepada organisasi dan petugas media serta mengugat kebebasan media di Malaysia.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 16 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 16 November 2024.
Yayasan PEKEMA lancar program Charity BOX, nafas baharu kepada aktiviti kebajikan
Dalam program berkenaan sumbangan berjumlah RM40,900 disalurkan kepada Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan Sri Mesra.
KKM harap langkah Johor beri perhatian fasiliti kesihatan jadi ikutan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berharap kerajaan negeri lain mengikut langkah Johor yang turut sama memberikan perhatian kepada fasiliti kesihatan.
Tumpuan Ahad – 17 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Perlawanan tinju: Netflix tergendala di AS awal pagi Jumaat - Laporan
Downdetector berkata, gangguan itu memberi kesan terutamanya kepada pengguna di kawasan metropolitan, termasuk New York, Seattle dan Los Angeles.
Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan belian semasa harga rendah
Aktiviti belian saham semasa harga rendah mendorong Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Khamis selepas menyusut semalam.
Pengekalan OPR pada 3% gambarkan BNM tidak risau ringgit lemah - Pakar ekonomi
Pakar Ekonomi Sumitomo Mitsui Bank berkata, semalam BNM menyatakan -Ringgit pada masa ini tidak menggambarkan asas ekonomi Malaysia".
1MDB: Penganalisis BNM nafi sekongkol dengan SPRM sedia laporan jejak wang ke akaun Najib
Peguam utama Najib menuduh penganalisis Bank Negara tidak bebas' dan bersekongkol dengan SPRM semasa membuat laporan mengenai jejak wang 1MDB.
Jejak wang 1MDB dalam akaun Najib selesai - Saksi
Penganalisis Pasukan Petugas Khas 1MDB membuat rumusan selepas selesai memberikan keterangan mengenai jejak wang 1MDB yang dipindahkan ke dua akaun peribadi Najib.
BNM dijangka kekalkan OPR sehingga akhir tahun
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus sehingga akhir tahun ini.
Ringgit tunjuk tanda kenaikan - Gabenor BNM
Ringgit susut sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2023 namun meningkat sebanyak 1.1 peratus dalam tempoh suku ketiga setakat ini.
RHB Research jangka BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
RHB Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dengan mengekalkan pendirian neutral dalam mesyuarat jawatankuasa dasar monetari pada 6 Ju
OPR naik bercanggah dengan strategi ekonomi kerajaan - SPCAAM
SPCAAM menyifatkan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) adalah suatu perkara yang bercanggah dengan keseluruhan strategi ekonomi kerajaan.
OPR 3 peratus selari dengan pengukuhan ekonomi negara - Bank Negara
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus membawa kembali kadar faedah penanda aras itu ke paras sebelum krisis.
Malaysia tidak jangka kemelesetan pada 2023 - Gabenor BNM
Inflasi dijangka kekal tinggi tetapi Malaysia tidak menjangkakan kemelesetan pada 2023, sejajar dengan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.