Penyertaan dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) tidak menghalang Malaysia untuk mendapat manfaat ekonomi menerusi inisiatif yang ditawarkan laluan Sutera China.
Menurut pakar perkongsian strategik Cina dan Amerika Syarikat, Dr S. Mahmud Ali, Malaysia mempunyai hubungan ekonomi dan diplomatik yang baik dengan kedua-dua negara.
Jelasnya, walaupun Cina tidak terlibat dalam Perjanjian TPP, Malaysia masih boleh menggiatkan hubungan ekonomi dengan kuasa ekonomi kedua terbesar dunia itu.
Ketika inisiatif yang disediakan menerusi One Belt One Road (OBOR) Cina membuka peluang pelaburan untuk jangka panjang, perjanjian TPP pula dapat meningkatkan kualiti pelaburan membabitkan perniagaan di negara ini.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Persahabatan Malaysia-Cina, Datuk Abdul Majid Khan berkata kekuatan ekonomi Cina akan membantu Malaysia untuk kekal berdaya saing.
"Setiap cadangan mempunyai merit dan kelebihan yang berbeza kepada Malaysia dan kita boleh menguruskan kedua-keduanya, jadi mengapa tidak kita mengambil peluang ini.
"Perjanjian TPP mempunyai pendekatan yang berlainan, ia membantu negara untuk mempertingkat kualiti perusahaan kita dalam bentuk pelaburan, buruh dan alam sekitar. Manakala untuk pelan dari negara Cina, kita mendapat kelebihan kerana mereka membawa banyak pelaburan dan teknologi.
"Baru-baru ini, mereka mengumumkan akan melabur di enam buah pelabuhan negara dan pelabuhan adalah aspek yang begitu penting dalam ekonomi kita. Melaluinya lebih banyak kapal boleh memasuki negara dan kita boleh eksport lebih banyak barang ke luar dan memulakan banyak aktiviti subsidiari yang lain," katanya.
Mereka ditemui ketika majlis wacana Perjanjian PPA anjuran King's College Alumni Malaysia, di ibu negara, pagi Sabtu.
Malaysia adalah antara 14 negara yang telah menandatangani perjanjian TPPA termasuk Amerika Syarikat, Chile, New Zealand, Australia, Singapura, Brunei Darussalam, Kanada, Mexico dan Peru.
Nuradilla Noorazam
Sat Sep 24 2016

Walaupun Cina tidak terlibat dalam TPPA, Malaysia masih boleh menggiatkan hubungan ekonomi dengan kuasa ekonomi kedua terbesar dunia itu.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.

Malaysia peroleh manfaat ekonomi melalui TPPA, OBOR - Pakar
Walaupun Cina tidak terlibat dalam Perjanjian TPP, Malaysia masih boleh menggiatkan hubungan ekonomi dengan kuasa ekonomi kedua terbesar dunia itu.