Malaysia tidak terkejut dengan pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk menarik diri daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan akan terus berurusan dengan pentadbiran baharu negara itu bagi mengukuhkan hubungan dua hala dan ekonomi.
Malaysia bagaimanapun, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed, akan terus memantau perkembangan membabitkan dasar perdagangan AS.
"Biarpun pendirian pentadbiran baharu AS itu jelas mengenai TPPA, kita akan terus berurusan dengan rakan AS untuk mengukuhkan hubungan dua hala perdagangan dan ekonomi memandangkan kedudukan negara itu sebagai rakan dagang ketiga terbesar dan sumber utama pelaburan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Trump bertindak menandatangani Arahan Eksekutif penarikan diri AS daripada TPPA pada Isnin.
Mengulas lanjut, Mustapa berkata tindakan Trump itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana beliau sudah berikrar untuk memastikan AS keluar daripada TPPA kerana menganggap perjanjian berkenaan boleh menjejaskan ekonomi negara itu.
"Perjanjian perdagangan itu adalah dokumen yang seimbang dan memberi manfaat kepada semua 12 negara anggotanya. Malah, ia turut menguntungkan AS dari segi mendapat akses lebih baik ke pasaran di negara yang tiada perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengannya seperti Jepun, Vietnam dan Malaysia," katanya.
Mustapa berkata, Trump memberi alasan TPPA itu boleh menyebabkan kehilangan pekerjaan di AS serta pengaliran keluar dana ke negara-negara lain TPPA.
Ini bermakna, negara-negara itu termasuk Malaysia akan mendapat manfaatnya manakala AS mengalami kerugian.
Jelas Mustapa, susulan perkembangan terbaharu di AS, kalangan ketua perunding TPPA di 11 negara lain akan sentiasa saling berkomunikasi untuk mempertimbangkan semua pilihan yang ada sebelum memutuskan langkah seterusnya.
"Mereka sememangnya sudah bekerjasama erat sejak lima tahun lepas dan akan meneruskan komunikasi itu.
"Kementerian ini dan semua kementerian lain akan berbincang dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas mengenai perkembangan terbaharu TPPA serta langkah bagi kemajuan masa depan," katanya.
TPPA yang dimeterai Malaysia dan 11 negara anggota lainnya pada 4 Feb, 2016, tidak boleh dilaksanakan tanpa penyertaan AS yang mewakili kira-kira 60 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) daripada 12 negara anggota berkenaan.
Di bawah perjanjian itu, sebanyak minimum enam negara yang menyumbang 85 peratus daripada gabungan KDNK 12 negara berkenaan, perlu melakukan proses ratifikasi atau pengesahan sebelum dokumen itu dapat dikuatkuasakan.
Mustapa juga menyifatkan Malaysia akan kehilangan peluang sekiranya TPPA gagal dilaksanakan berikutan pandangan banyak firma penyelidikan bahawa perjanjian itu menguntungkan negara ini.
"Pasukan perunding kita berjaya mendapatkan beberapa konsesi bernilai dan pada masa sama melindungi kepentingan negara ini, termasuk dasar Bumiputera.
"Rakyat Malaysia sepatutnya dan perlu berasa selesa bahawa kita mempunyai satu pasukan perunding berkebolehan yang bersedia mempertahankan kepentingan negara dalam sebarang rundingan perdagangan dua hala atau pelbagai hala pada masa depan," katanya.
Mustapa menegaskan, Malaysia akan memberi tumpuan bagi mempertingkatkan integrasi ekonomi ASEAN dalam konteks Pelan Induk Komuniti Ekonomi ASEAN 2025 serta mengusahakan Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang akan dimuktamadkan kelak.
Malaysia juga akan meneruskan usaha bagi mendapatkan FTA dua hala, termasuk dalam kalangan anggota TPPA lain yang tidak menjalinkan sebarang perjanjian seumpamanya dengan negara ini, katanya.
TPPA dianggotai 12 negara iaitu Australia, Brunei, Chile, Kanada, New Zealand, Jepun, Malaysia, Singapura, Mexico, Peru, AS dan Vietnam.
Malaysia bagaimanapun tidak menjalinkan sebarang perjanjian perdagangan dengan AS, Kanada, Peru serta Mexico.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 24 2017

TOK PA: Malaysia tidak terkejut dengan pengumuman Trump untuk menarik diri daripada TPPA. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Kegagalan Pas jadi bahan kempen UMNO Kelantan - Tok Pa
UMNO Kelantan akan menggiatkan sesi penerangan kepada rakyat negeri itu dalam usaha menyedarkan mereka mengenai kelemahan pentadbiran kerajaan negeri Pas yang memerintah negeri itu sejak tahun 1990.

Malaysia tidak terkejut pengumuman Trump keluar TPPA - Tok Pa
Malaysia tidak terkejut dengan pengumuman Presiden AS Donald Trump untuk menarik diri daripada TPPA dan akan terus berurusan dengan pentadbiran baharu negara itu bagi mengukuhkan hubungan dua hala.

Kerajaan komited tingkatkan persekitaran perniagaan - Mustapa
Kerajaan komited untuk meningkatkan kedudukan "mudah menjalankan perniagaan", dengan jaminan untuk terus melakukan penambahbaikan pada setiap tahun, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.