Menjelang tahun 2020, pengguna boleh membuat pembayaran elektronik menggunakan cermin mata, jam tangan, dan gelang tangan.
Perkara ini diumumkan bersama oleh Mastercard dan Tappy Technologies sempena Festival Teknologi Kewangan di Singapura pada Selasa.
Syarikat pembayaran teknologi gergasi Mastercard telah mengambil peluang untuk bekerjasama dengan Tappy Technologies, sebuah syarikat perkhidmatan token boleh-pakai (wearables).
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tappy Technologies, Wayne Leung, pembayaran elektronik boleh-pakai ini tidak memerlukan sebarang bateri dan sangat selamat untuk digunakan.
"Bagi pengguna yang peka fesyen, mereka lebih gemar untuk menggunakan jenama fesyen daripada menggunakan jenama teknologi untuk membayar secara elektronik di masa hadapan.
"Jika mereka ada jam tangan berjenama fesyen, kami boleh menambah keupayaan jam tangan analog ini untuk membolehkannya membuat pembayaran elektronik," tambah Wayne lagi.
BAGAIMANA IA BERFUNGSI?
Pembayaran elektronik ini dibolehkan melalui sistem integrasi diantara teknologi yang dibekalkan oleh Tappy Technologies dengan sistem Mastercard Digital Enablement Service (MDES).
Melalui penggabungan kedua-dua sistem ini, Mastercard dan Tappy boleh 'mengaktifkan' apa-apa barang analog dan membolehkan ia untuk membuat pembayaran elektronik berasaskan kad kredit yang membekalkan data pembayaran pengguna.
Dengan kaedah ini, barang yang 'diaktifkan' secara hakiki, telah menjadi sebuah token pembayaran kepada pengguna itu.
Secara teori, token pembayaran ini boleh didatangkan dalam apa-apa objek, seperti jam tangan, cermin mata, kunci kereta, dan lain-lain lagi.
Timex Group, sebuah pembuat jam tangan besar di dunia, akan menjadi syarikat jenama fesyen pertama yang akan membekalkan jam-jam tangan mereka untuk menjadi token pembayaran yang menggunakan teknologi bersama Mastercard dan Tappy.
Timex Group dijangka membekalkan jam-jam tangan berkebolehan membayar secara elektronik ini sekitar pertengahan tahun 2020.
"Selama 165 tahun, kami telah mencipta jam tangan berkualiti tinggi. Kini, melalui kerjasama dengan Tappy, kami boleh menawarkan produk yang boleh membayar secara elektronik kepada pengguna kami," kata Naib Presiden Kanan Teknologi Tinggi Timex Group, Shawn Lawson Cummings.
Mastercard menjelaskan, token pembayaran ini digabungkan dengan kad kredit pengguna.
Satu kad kredit boleh digabungkan dengan beberapa token pembayaran.
ADAKAH CIRI TAMBAHAN INI SELAMAT DIGUNAKAN?
Menurut Mastercard, ciri tambahan ini adalah selamat digunakan, dan mempunyai risiko yang sama dengan penggunaan kad kredit sedia ada.
"Setiap kad kredit yang ada sekarang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang pengguna sudah tahu. Ini termasuk penggunaan pin keselamatan, angka CVV, dan lain-lain lagi.
"Pengguna juga boleh menghubungi bank-bank mereka untuk menahan transaksi yang meragukan. Kesemua langkah ini ada pada penggunaan token pembayaran ini," kata Naib Presiden Kanan Pembayaran Digital dan Labs Asia Pasifik Mastercard, Ben Gilbey.
Ciri-ciri keselamatan ini, jelas Gilbey, amat penting untuk pengguna dan kerana itu Mastercard menggariskan kesemua langkah untuk mempertingkatkan keselamatan pengguna diambil dalam melaksanakan produk ini.
"Kami tahu jika ada produk baharu seperti token pembayaran yang dilaksanakan oleh Tappy Techonologies, ia akan membuat pengguna khuatir dengan sistem sedia ada.
"Namun demikian, Mastercard mengambil berat tentang isu ini, dan kami yakin ciri-ciri keselamatan sedia ada mampu menangani risiko keselamatan kewangan sama seperti produk lain yang ada di pasaran sekarang," tambah Gilbey lagi.
Ibrahim Sani
Tue Nov 12 2019
Token pembayaran elektronik akan menjengah ke pasaran menjelang pertengahan 2020 - Gambar MASTERCARD / TAPPY TECHNOLOGIES
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri tersebut.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mastercard lancar 'token pembayaran', bayar guna jam tangan dan cermin mata
Mastercard kerjasama dengan Tappy Technologies, lancar pembayaran melalui pemakaian fesyen seperti jam tangan, cermin mata. Timex Group jenama pertama lancarkan jam tangan boleh bayar menjelang 2020.