Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, mendakwa bahawa Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) gagal dalam sektor itu, dengan memberikan tujuh sebab, termasuk badan itu memperkenal dasar birokrasi.
"Beberapa syarat yang dikenakan oleh MAVCOM, termasuk syarikat penerbangan perlu memaklumkan kepada syarikat penerbangan tempatan yang lain mengenai permohonan laluan baharu, yang merupakan proses yang mengambil masa, dan perkara yang tidak perlu, had tiga kali seminggu mengenai pemakluman permohoan laluan, dan pengenalan tempoh 'bertenang' selama enam bulan untuk mengemukakan semula permohonan yang ditolak," katanya.
Dalam serangan terbaharunya terhadap suruhanjaya itu, Fernandes mendakwa MAVCOM menolak beberapa permohonan laluan walaupun hak trafik dua hala sudah tersedia dengan negara lain.
"Dalam erti kata lain, MAVCOM menolak permohonan bagi laluan dua hala yang tiada mempunyai halangan. Ini merupakan amalan yang tidak adil," katanya di LinkedIn, sebuah platform media sosial untuk profesional.
"Pada masa lepas, Kementerian Pengangkutan (MoT) memberikan kelulusan selagi Perjanjian Perkhidmatan Udara dilaksanakan. Dan sepatutnya bukan fungsi MAVCOM untuk menentukan sama ada syarikat penerbangan akan menggunakan hak trafik yang diluluskan," katanya dalam kenyataan bertajuk: "MAVCOM - entiti tidak berfungsi."
MAVCOM ditubuhkan pada 1 Mac 2016, di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 untuk mengawal selia urusan ekonomi dan perdagangan berkaitan penerbangan awam di Malaysia.
"Ia sepatutnya menjadi 'entiti bebas' untuk mengawal selia urusan ekonomi dan perdagangan berkaitan penerbangan awam di Malaysia.
"Namun mereka gagal menunaikan tugas itu secara berkesan dan adil," katanya.
Fernandes berkata penubuhan MAVCOM sebenarnya telah menambah beban kos yang tidak perlu ke atas pelancong.
"Caj Perkhidmatan Kawal Selia sebanyak RM1 dikenakan ke atas semua penumpang yang terbang keluar dari lapangan terbang di Malaysia, tambahan kepada Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) dan Levy Berlepas. Ini merupakan beban yang tidak perlu bagi penumpang yang secara kolektif membayar hampir RM30 juta setahun untuk menampung kos operasi pengawal selia itu yang tidak mewakili kepentingan terbaik mereka."
MAVCOM juga belum memperkenal Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLA) antara pengendali lapangan terbang dan syarikat penerbangan, kata Fernandes.
Pada 2018, MAVCOM berjanji akan memperkenal SLA antara pengendali lapangan terbang dan syarikat penerbangan bagi memastikan pertumbuhan berterusan dan kemapanan industri penerbangan.
Namun sudah lebih setahun, dan SLA masih belum dilaksanakan.
Tanpa SLA, lapangan terbang di Malaysia telah menggunakan kedudukan monopoli mereka untuk mendapatkan keuntungan berlebihan, dan pada masa yang sama menggunakan kuasa masing-masing dalam bentuk caj yang semakin meningkat, kata Fernandes.
"Tanpa SLA, syarikat penerbangan tidak mempunyai akses untuk menangani pelbagai isu operasi seperti di klia2. Ini termasuk kekerapan penutupan landasan yang tidak dirancang, apron dan laluan yang tidak sekata, dan reka bentuk lapangan terbang yang tidak sesuai yang jauh ke pintu pelepasan yang menyebabkan kelewatan penumpang yang cuba menaiki pesawat."
Beliau juga mendakwa MAVCOM kurang memahami dan menghargai model penerbangan kos rendah.
Pada Oktober 2019, MAVCOM akan mengumumkan PSC baharu. Kadar PSC (berkuat kuasa Januari 2020) yang disediakan mengikut Rangka Kerja Asas Aset Dikawal (RAB).
Pada 2017, MAVCOM menyamakan caj PSC klia2, yang mempunyai PSC yang lebih rendah.
"Dan kini nampaknya ada kecenderungan untuk menyatukan KLIA dan klia2, yang akan menyamakan semula kadar PSC antarabangsa di kedua-dua lapangan terbang. Walaupun opsyen tarif dan kadar belum dimuktamadkan, rangka kerja baharu ini mungkin menafikan keputusan Kabinet baru-baru ini untuk mengurangkan kadar PSC antarabangsa (di luar ASEAN) di kesemua lapangan terbang di Malaysia, kecuali KLIA. "
Fernandes berkata segmen syarikat penerbangan kos rendah (LCC) telah berkembang 16 peratus, hampir tiga kali ganda pertumbuhan syarikat penerbangan penuh dan kini menyumbang 50 peratus penguasaan bagi perjalanan udara di ASEAN.
Bagaimanapun, bagi kalangan pengurusan kanan MAVCOM, wujud halangan terhadap peralihan dalam pilihan pelanggan bagi perjalanan udara, mewujudkan apa yang dilihat sebagai konflik kepentingan apabila ia berkaitan dengan pemahaman mengenai kos rendah berbanding pembekal perkhidmatan penuh.
"Sebahagian besar daripadanya disebabkan oleh pengurusan kanannya yang dilantik dari organisasi seperti Malaysia Airlines atau Khazanah Nasional. Ketua Pegawai Operasinya, Azmir Zain sebelum ini menerajui pelaburan penerbangan di Khazanah Nasional. Memecahkan halangan dengan lelaki ini bukanlah sesuatu yang mudah," katanya.
Beliau juga merasakan fungsi MAVCOM boleh dilaksanakan oleh pihak berkuasa yang lain.
Bagi urusan berkaitan peraturan seperti kelulusan laluan, MoT dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) boleh mengambil tanggungjawab MAVCOM.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula boleh melaksanakan urusan berkaitan perlindungan pengguna.
"Pertikaian membabitkan urusan berkaitan penerbangan boleh diselesaikan melalui timbang tara atau pengantaraan, dan jika gagal, pihak yang terlibat boleh mengambil prosiding undang-undang.
Dalam aspek ini, seperti yang diketahui ramai, MAVCOM telah gagal dalam kewajipan statutorinya untuk menengahi pertikaian antara AirAsia Group dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkaitan PSC.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 09 2019

Menurut Fernandes, MAVCOM sepatutnya menjadi 'entiti bebas' untuk mengawal selia urusan ekonomi dan perdagangan berkaitan penerbangan awam di Malaysia. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024
Angka itu berbanding 56.99 juta penumpang yang dibawa AirAsia semasa tahun kewangan 2023.

Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.

Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.

Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.

AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.

AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.

76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.

AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.

AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.