Sehubungan dengan itu, Maxis akan menawarkan data tambahan kepada pelanggan MaxisONE plan.

Menurut Maxis, penambahan data baharu tersebut akan berkuat kuasa pada hujung bulan ini. Sehingga tempoh tersebut, pelanggan akan mendapat 3GB data percuma bermula 14 April.

Pelan dan penambahan data dengan harga lebih rendah juga ditawarkan kepada pengguna di Sabah dan Sarawak.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Morten Lundal dan Ketua Bahagian Pengguna Maxis Dushyan Vaithiyanathan, syarikat akan terus fokus ke arah mewujudkan rangkaian dan perkhidmatan pelanggan yang terbaik.
Maxis sebelum ini berdepan kritikan di media sosial susulan dakwaan layanan yang berbeza kepada pengguna.