Malayan Banking Berhad (Maybank) akan terus mengambil pekerja walaupun menghadapi pelbagai cabaran berikutan ketidaktentuan ekonomi global.
Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank, Nora Abd Manaf berkata, bank itu tidak akan bertindak membuang pekerja secara besar-besaran walaupun menghadapi tekanan ekonomi, termasuk kenaikan kos.
Menurutnya, Maybank tidak akan berhenti mengambil pekerja tetapi akan berhati-hati, terutama dalam memilih calon yang tepat dan pada masa sama tidak mengetepikan perkerja sedia ada.
"Maybank sentiasa memerlukan pekerja dan idea baharu bagi memastikan kami akan terus berdaya saing dan berkembang di peringkat global, termasuk mencari cara baharu dalam menghadapi ekosistem dan perkembangan teknologi yang canggih hari ini," katanya kepada pemberita selepas melepaskan acara peringkat akhir global Maybank GO Ahead Challenge (MGAC) 2017 di sini, hari ini.
Nora berkata, pekerja baharu bukan sahaja dapat memberi input baharu tetapi juga membantu pekerja sedia ada berkembang dan maju.
MGAC, peraduan bakat perniagaan, adalah sebahagian daripada aspirasi bank itu bagi mewujudkan kumpulan pemimpin perniagaan dan pakar kewangan masa depan kelas dunia untuk rantau ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 01 2017

Maybank sentiasa memerlukan pekerja dan idea baharu bagi memastikan ia akan terus berdaya saing dan berkembang di peringkat global. - Gambar hiasan
Polis buka dua kertas siasatan, namun tiada pertuduhan
Polis membuka dua kertas siasatan berhubung perhimpunan yang diadakan di hadapan Menara Kinabalu iaitu pusat pentadbiran negeri Sabah pada 31 Dis tahun lepas, namun tiada pertuduhan dikenakan terhadap penganjur.
Anwar bertemu Jose Ramos-Horta di Vietnam
Di sela kunjungan ke Republik Sosialis Vietnam pada Selasa, Anwar sempat bertemu sahabat dan Presiden Republik Demokratik Timor Leste, José Ramos-Horta malam tadi.
Anwar adakan kunjungan hormat ke atas To Lam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam To Lam di ibu pejabat parti berkenaan di Hanoi pada Selasa. Ia sekali gus menandakan permulaan lawatan kerja dua hari beliau ke negara anggota ASEAN itu.
PETRONAS nafi buang 16,000 pekerja, ‘right-sizing’ dijangka pertengahan tahun
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik menegaskan, saiz penyusunan semula atau 'right-sizing' sedang diteliti oleh pasukan petugas dan dijangka diselesaikan pada pertengahan tahun ini. #AWANInews

Jet Israel serang selatan Damsyik, Daraa
Sumber keselamatan Syria melaporkan bahawa sebuah tapak ketenteraan menjadi sasaran, namun butiran lanjut tidak didedahkan.
MITI, SC lancar dana pelaburan bersama RM131.5 juta untuk PKS, firma pertengahan
Dana RM131.5 juta diperuntukkan untuk menggalakkan syarikat tempatan, khususnya PKS, mengambil bahagian dalam pertumbuhan ekonomi negara.

Pesawat terbakar, 2 penumpang cedera ringan
Siasatan awal mendedahkan, juruterbang tersebut didapati hilang kawalan selepas berlepas dari sebuah lapangan terbang berdekatan.

Enam bayi baru lahir meninggal dunia akibat cuaca sejuk di Gaza
Ahli kaji cuaca melaporkan, suhu telah turun kepada sifar darjah Celsius sejak beberapa hari kebelakangan ini

Elon Musk akan sertai mesyuarat Kabinet rasmi pertama Trump hari ini - White House
Bukan jemaah menteri, tetapi Musk akan menyertai anggota Kabinet lain atas kapasiti beliau sebagai penasihat Presiden Trump.

White House rancang perubahan akses media ke atas Presiden Trump
Pasukan media White House akan tentukan wartawan mana yang akan dibenarkan dekat dengan Presiden sepanjang masa.

Petronas nafi ‘buang’ 16,000 pekerja, ‘right-sizing’ dijangka pertengahan tahun ini
Petronas menafikan dakwaan bahawa syarikat minyak dan gas nasional itu akan memberhentikan kira-kira 16,000 pekerja.

AMD buang 4% pekerja untuk selaras sumber syarikat
Pada ketika ini, AMD dianggarkan mempunyai sekitar 26,000 tenaga kerja.

GoPro akan hentikan 15% pekerja
Dianggarkan, sekitar 139 pekerja akan terkesan atas penjimatan kos. Penstrukturan ini turut dianggarkan akan menelan kos sekitar $5-$7 juta.

Intel akan buang lebih 15,000 pekerja
Langkah ini dilakukan sebagai salah satu kaedah dalam penjimatan kos menjelang 2025.

TikTok dilapor bakal kurangkan sekitar 1,000 pekerja
Ia dikatakan akan melibatkan pekerja global TikTok, termasuk melibatkan bahagian operasi, kandungan dan juga pemasaran.

Apple buang ratusan pekerja sebab projek dibatalkan
Kebanyakannya daripada projek kereta Apple yang dibatalkan, selain disebabkan pertimbangan semula projek pembangunan paparan mikro-LED.

EA umum akan buang 5% tenaga kerja
Dengan langkah ini, EA akan lebih memfokuskan kepada beberapa IP utama yang dimiliki mereka, termasuk memfokuskan sukan dan juga komuniti dalam talian.

Sony buang 900 kakitangan PlayStation seluruh dunia
Antara paling teruk terkesan ialah kakitangan PlayStation Studio London yang akan ditutup sepenuhnya dan studio Firesprite.

Snap buang 10 peratus tenaga kerja
Google, Lazada, TikTok dan Microsoft sudah membuang pekerja mereka. Baru-baru ini Snap, iaitu syarikat di sebalik aplikasi Snapchat turut tidak terlepas.

CEO Google sasar lebih banyak pengurangan pekerja tahun ini
Google mula mengurangkan pekerja di beberapa bahagian sejak minggu lalu, yang terbaru melibatkan bahagian pengiklanan.