Syarikat perkhidmatan kewangan terbesar Malaysia, Maybank, disenaraikan sebagai antara Bank Terbaik Dunia 2020 oleh majalah Global Finance.
Bank itu menyertai senarai tersebut bersama-sama rakan serantau lain iaitu, Commonwealth Bank (Australia), ICBC (China), Bank Mandiri (Indonesia), DBS (Singapura) dan Hana Bank (Korea Selatan).
Menurut laporan dalam portal majalah itu, walaupun persekitaran luaran ketika ini mencabar, bank-bank di Asia Pasifik mencatatkan prestasi kukuh, disokong oleh penampan modal lebih daripada mencukupi, kos kredit yang rendah, pendanaan sebahagian besarnya oleh deposit berbanding pasaran modal selain kesediaan untuk memenuhi cabaran pendigitalan menerusi inovasi.
Ini menjadi petanda baik bagi era pasca COVID-19, berdasarkan pendapat beberapa pemerhati.
Laporan itu memetik Pengarah Urusan Moody's Financial Institutions Group di Hong Kong, Graeme Knowd, sebagai berkata bank-bank di Asia Pasifik berkedudukan baik untuk mengharungi krisis ini.
"Kami yakin selepas krisis ini berakhir, kebanyakan bank di Asia yang diberikan penarafan tinggi akan kembali mencatatkan keuntungan dan terus merekodkan penarafan yang tinggi," katanya dalam laporan itu.
Maybank mempunyai operasi di ASEAN, China, Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom.
Ia menawarkan perkhidmatan perbankan konvensional dan Islam, termasuk perbankan komersial dan pelaburan, insurans, pengurusan kekayaan, gadai janji, pembiayaan kenderaan dan kad kredit.
Sementara itu, cabang pembrokeran Maybank, Maybank Kim Eng, menjalankan aktiviti melibatkan ekuiti dan penjanajaminan bon, penggabungan dan pengambilalihan, pembiayaan projek dan pemberian pinjaman bersindiket.
Bagi tahun keenam berturut-turut, Maybank telah diberikan penarafan A oleh MSCI ESG Research.
Pada 2018 dan 2019, ia merupakan satu-satunya organisasi Malaysia yang dimasukkan ke dalam Indeks Kesamaan Gender Bloomberg.
Majalah Global Finance merupakan penerbitan bulanan yang diasaskan pada 1987 dengan menumpukan sektor perniagaan dan kewangan. Ia beribu pejabat di New York, AS dan mempunyai operasi di London, UK dan Milan, Itali.
Harga saham Maybank hari ini meningkat satu sen untuk ditutup pada RM7.40 seunit.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 14 2020
Bank itu menyertai senarai tersebut bersama-sama rakan serantau lain iaitu, Commonwealth Bank (Australia), ICBC (China), Bank Mandiri (Indonesia), DBS (Singapura) dan Hana Bank (Korea Selatan). - Gambar fail
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Hezbollah akan kekal aktif selepas gencatan senjata
Hezbollah akan kekal aktif selepas perang dengan Israel berakhir, termasuk membantu penduduk Lubnan yang terjejas kembali ke kampung halaman mereka dan membangunkan semula kawasan yang musnah akibat serangan Israel.
A.S akan gesa juga gencatan senjata Hamas-Israel
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, menyifatkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah sebagai "berita baik".
Pengunduran Tentera Israel secara berperingkat dalam tempoh 60 Hari – Pegawai AS
Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat mengesahkan pengunduran tentera Israel dari Lubnan tidak akan dilakukan serta-merta.
Parlimen: Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan hari ini
Langkah kerajaan menggalakkan pemain industri tempatan untuk mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi memenuhi permintaan tempatan antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
[TERKINI] Israel - Hezbollah setuju gencatan senjata dikuatkuasa pada Rabu
Gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dijadualkan bermula jam 4 pagi waktu tempatan, pada Rabu.
Piala AFF Wanita: Malayan Tigress buka kempen dengan langkah kiri
Skuad kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan meneruskan cabaran menentang Kemboja pada Jumaat ini di Padang Simpanan KM16, Vientiane.
[TERKINI] Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
Hezbollah akan kekal aktif berjuang selepas gencatan senjata
Seorang pegawai kanan Hezbollah mengesahkan peranan kumpulan itu akan kekal meneruskan perjuangannya.
Gencatan senjata di Lubnan: Tentera Israel berundur secara berperingkat dalam 60 hari
Amerika juga akan bekerjasama dengan tentera Lubnan untuk memastikan sebarang kemungkinan pelanggaran perjanjian dapat dicegah.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Hyundai panggil balik 42,000 kereta di AS kerana risiko pergerakan spontan - Laporan
Pergerakan spontan berlaku disebabkan masalah pendawaian, menurut laporan itu.
Amerika tak mahu lagi jadi 'polis dunia', PM Singapura beri amaran dunia makin bahaya
"Semua orang bimbang kerana kita berada dalam dunia yang jauh lebih berbahaya hari ini," kata Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong ketika beliau merenungkan landskap global yang berkembang.
2 maut pesawat peronda terhempas di Colorado
Dua orang maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan pesawat di Colorado, Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu, disahkan oleh pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Jutawan India, Gautam Adani didakwa atas tuduhan rasuah di New York
Salah seorang orang terkaya dunia, Gautam Adani, telah didakwa di mahkamah persekutuan New York bersama tertuduh lain berhubung dakwaan skim penipuan berbilion dolar.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS diasak sentimen berhati-hati
Pada 8 pagi, unit tempatan itu susut nilai kepada 4.700/4800 berbanding dolar AS berbanding paras 4.4685/4740 pada akhir urus niaga semalam.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Crocodile of Wall Street' dipenjara kerana pengubahan wang haram bitcoin
Heather Rhiannon Morgan, yang terkenal dengan julukan "Crocodile of Wall Street" dijatuhi hukuman penjara 18 bulan pada Isnin.