Kerajaan negeri mahu membuka semula beberapa laluan penerbangan domestik dan antarabangsa bagi merancakkan sektor pelancongan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) pada tahun depan.
Exco Pengangkutan, Pemulihan Projek dan Perdagangan Antarabangsa Melaka, Datuk Lim Ban Hong berkata antara laluan domestik yang akan dibuka semula adalah ke Kota Bharu, Kelantan yang sebelum ini dikendalikan Malindo Air.
"Laluan baharu pula adalah ke Pulau Langkawi, Kedah yang belum lagi ditentukan syarikat penerbangannya.
"Selain itu, laluan antarabangsa baharu yang masih dalam perbincangan adalah bagi laluan Melaka ke Batam, Indonesia yang dijangka dikendalikan syarikat penerbangan hibrid Indonesia, Xpress Air.
"Setakat ini, kajian dan perbincangan yang kita sedang lakukan bagi merealisasikan hasrat ini menunjukkan respons positif dan kita yakin ia akan dapat dilaksanakan dengan jaya," katanya.
Beliau berkata demikian selepas sidang akhbar penerbangan semula Xpress Air dari Pekanbaru, Indonesia ke Melaka, di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Komersial Xpress Air, Swadono Poernomo dan Pengurus LTAM, Suhaimi Abdul Sani.
Mengulas lanjut, Lim berkata ketika ini LTAM mengendalikan penerbangan domestik dari Melaka ke Pulau Pinang dan penerbangan antarabangsa dari Melaka ke Pekanbaru dan Melaka ke Guangzhou, China yang dikendalikan Malindo Air, Xpress Air dan China Southern Airlines.
Beliau berkata selain destinasi utama itu, pelancong dari LTAM boleh menggunakan Xpress Air yang melakukan transit di tiga destinasi lain iaitu Palembang, Lampung dan Tanjung Pinang, Indonesia bagi laluan ke Pekanbaru.
Katanya, kerajaan Melaka menjangkakan pelancong atau penumpang yang menggunakan laluan udara di LTAM mencecah 100,000 orang tahun depan menerusi pembukaan laluan domestik dan antarabangsa baharu selain laluan sedia ada.
"Setakat Jan hingga hari ini, seramai 51,230 penumpang telah menggunakan LTAM sebagai laluan penerbangan ke destiansi yang ditawarkan.
"Penerbangan semula Xpress Air dari Pekanbaru ke Melaka mampu merancakkan sektor pelancongan perubatan di negeri ini memandangkan pelancong dari Indonesia adalah pelancong ketiga teramai ke Melaka," katanya.
Beliau berkata laluan dari Pekanbaru ke Melaka yang dihentikan Sept lalu selepas mula beroperasi di LTAM pada 29 April tahun ini adalah disebabkan Xpress Air terpaksa melakukan beberapa rombakan perjalanan dan penambahbaikan perkhidmatan laluan mereka.
Sepanjang operasinya di LTAM, Xpress Air telah mengendalikan 160 penerbangan dari Pekanbaru-Melaka-Pekanbaru dengan membawa 3,360 penumpang.
Seramai 15 penumpang dari Pekanbaru tiba di LTAM kira-kira pukul 2.10 petang tadi menggunakan pesawat Dornier 328 yang boleh membawa 32 penumpang bagi penerbangan empat hari seminggu itu bermula hari ini, melibatkan perjalanan kira-kira 30 minit. -- Bernama
Bernama
Sun Nov 20 2016
![Melaka mahu buka semula laluan penerbangan domestik, antarabangsa di LTAM Melaka mahu buka semula laluan penerbangan domestik, antarabangsa di LTAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/71479659414_XpressAir.jpg)
Laluan antarabangsa baharu yang masih dalam perbincangan adalah bagi laluan Melaka ke Batam, Indonesia yang dijangka dikendalikan syarikat penerbangan hibrid Indonesia, Xpress Air. - Foto Bernama
![KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739083933_TBHANNAH.jpg)
KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan dalam proses mencari pengganti Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Abdul Rashid Yaakub yang akan tamat kontrak.
![Wanita maut motosikal terbabas: Suami direman bantu siasatan Wanita maut motosikal terbabas: Suami direman bantu siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739360562_tbwanitamautkemal.jpg)
Wanita maut motosikal terbabas: Suami direman bantu siasatan
Pekerja kilang tersebut meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya empat maut, letupan pusat beli-belah di Taiwan
Sekurang-kurangnya empat orang disahkan maut dalam satu insiden letupan di sebuah pusat beli-belah di Taiwan.
![Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739429889_MAJLISPENYERAHANBI.jpg)
Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im
MAIWP berkata, sebanyak RM230.63 juta telah diperuntukkan bagi tahun 2025 untuk meningkatkan modal insan, dengan RM5.8 juta adalah untuk bantuan biasiswa.
![Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000 Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739431283_NursyafiqahHermansh.jpg)
Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000
Nursyafiqah Hermanshah, 27, didakwa menipu Afreena Suhaimi, 33, sehingga mendorong mangsa membayar wang berjumlah RM105,380 kepada tertuduh melalui 26 transaksi ke lima akaun berbeza.
[TERKINI] Harga lantai belian padi diselaras RM1,500 per tan metrik berkuat kuasa Ahad ini
Kerajaan bersetuju menyelaraskan harga belian lantai padi kepada RM1,500 per tan berbanding RM1,300 per tan berkuat kuasa Ahad ini.
![Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739429986_tbFahmiFadzilDewan.jpg)
Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi
Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.
AWANI Ringkas: PPR: RM185 juta diperuntuk baik pulih
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739427948_tbAnwarIbrahimmel.jpg)
PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM
Kerajaan telah memperuntukkan RM185 juta untuk projek baik pulih 358 Program Perumahan Rakyat (PPR) seluruh negara tahun ini.
![4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan 4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739429620_TBTaiwanExplosion.jpg)
4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan
Insiden berlaku sekitar jam 11.30 pagi dan dipercayai berpunca daripada letupan gas membabitkan kerja-kerja perobohan di tingkat 12.
![Pesawat latihan tersasar semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Pesawat latihan tersasar semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61627103596_TheCivilAviationA.jpg)
Pesawat latihan tersasar semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka
Sebuah pesawat latihan jenis Piper PA28-181 9M-SKF dilaporkan tersasar semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka hari ini.
![MoT sokong Melaka tarik pelaburan ke LTAM - Loke MoT sokong Melaka tarik pelaburan ke LTAM - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699858957_AnthonyLoke.jpg)
MoT sokong Melaka tarik pelaburan ke LTAM - Loke
Kementerian Pengangkutan menyokong sebarang usaha dilakukan kerajaan negeri Melaka untuk menarik pelaburan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam.
![LTAM tawar laluan ke Pulau Pinang menerusi penerbangan Batik Air Jun ini LTAM tawar laluan ke Pulau Pinang menerusi penerbangan Batik Air Jun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653657294_ExcoPelanconganWar.jpg)
LTAM tawar laluan ke Pulau Pinang menerusi penerbangan Batik Air Jun ini
Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam di sini dijangka beroperasi semula selewat-lewatnya Jun ini, menawarkan penerbangan Melaka-Pulau Pinang-Melaka oleh syarikat penerbangan Ba
![Melaka mahu buka semula laluan penerbangan domestik, antarabangsa di LTAM Melaka mahu buka semula laluan penerbangan domestik, antarabangsa di LTAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/71479659414_XpressAir.jpg)
Melaka mahu buka semula laluan penerbangan domestik, antarabangsa di LTAM
Kerajaan negeri mahu membuka semula beberapa laluan penerbangan domestik dan antarabangsa bagi merancakkan sektor pelancongan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) pada tahun depan.
![Melaka terima penerbangan terus dari Haikou, China tahun depan Melaka terima penerbangan terus dari Haikou, China tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/41471353339_lapanganterbangant.jpg)
Melaka terima penerbangan terus dari Haikou, China tahun depan
Melaka bakal menerima penerbangan terus secara carter dari bandar Haikou di wilayah Hainan, China ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka.