Penutupan operasi kilang pengeluaran televisyen Samsung Electronics Display (M) Sdn Bhd (SDMA) di Seremban, Negeri Sembilan adalah berdasarkan persekitaran perniagaan yang mencabar dan keadaan pasaran yang tidak stabil.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Azman Mahmud berkata, langkah ini susulan pelaksanaan pelan strategik Samsung untuk menambah baik keseluruhan kecekapan perniagaan dalam operasi entiti Samsung di Malaysia.
"Adalah malang bahawa kilang pengeluaran televisyen Samsung Electronics di Seremban terpaksa menghentikan operasinya. Walau bagaimanapun, kita menyedari bahawa ia adalah keputusan yang dibuat selepas pertimbangan yang teliti.
"Kami memahami bahawa penutupan adalah disebabkan oleh persekitaran yang mencabar dan penyusunan semula operasinya di Malaysia. Namun, kami gembira bahawa Samsung komited untuk menyediakan program sokongan yang adil dan sesuai untuk pekerja yang terjejas," kata Azman dalam satu kenyataan.
Meskipun dengan penutupan ini, MIDA yakin Samsung akan terus menjadikan Malaysia sebagai pusat penting dalam pasaran ASEAN melalui entiti lain seperti Samsung Electronics Malaysia Sdn. Bhd. (SEMA), Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd. (SME) dan Samsung SDI Energy Sdn. Bhd. (SDIE).
SEMA adalah satu-satunya kilang Samsung yang menghasilkan ketuhar gelombang mikro di dunia manakala SDIE menghasilkan satu pertiga daripada pengeluaran sel bateri global Samsung.
Satu lagi entiti, Samsung Engineering (Malaysia) Sdn. Bhd. banyak terlibat dengan beberapa projek hidrokarbon dan perindustrian di Malaysia.
Sebagai sebuah kumpulan di Malaysia, Samsung melaporkan akan mengekalkan lebih daripada 5,000 tenaga kerja di negara ini.
Syarikat itu juga komited dalam menyediakan program sokongan yang adil dan munasabah bagi pekerja yang terjejas.
Tambahnya, pekerja-pekerja yang berpotensi akan diserap ke entiti Samsung lain di Malaysia.
"Keutamaan kami berikutan pengumuman yang dibuat Samsung adalah untuk memastikan gangguan minimum kepada pekerja yang terjejas. Kami juga akan bekerjasama dengan Samsung untuk memastikan peralihan ini berjalan dengan lancar.
"MIDA masih terbuka dan komited untuk menyokong dan memudahkan sebarang potensi pelaburan oleh Samsung di Malaysia pada masa depan," kata Azman.
Samsung pada Sabtu mengumumkan akan menamatkan operasi SDMA di Seremban, Negeri Sembilan, pada April.
Kesemua 475 warga Malaysia dan 145 pekerja asing yang bekerja di kilang itu akan menerima pakej pampasan yang adil dan berpatutan.
Samsung berkata ia akan menyediakan khidmat kaunseling kerjaya dan latihan vokasional kepada pekerja yang terlibat.
Menurut MIDA, Malaysia pada tahun lepas menarik 521 projek pembuatan tambahan untuk sembilan bulan pertama. Negeri Sembilan sahaja menarik 29 projek baru.
Projek perkilangan baru yang diluluskan ini akan mewujudkan peluang pekerjaan untuk 1,930 penduduk tempatan dalam industri berkenaan di negeri itu.
Tambanya, industri elektrik dan elektronik (E&E) terus menjadi pemacu utama ekonomi Malaysia dengan sumbangan yang besar kepada pengeluaran pembuatan, pekerjaan, pelaburan dan eksport negara.
Malik Ridhwan
Mon Feb 29 2016

Penutupan ini susulan pelaksanaan pelan strategik Samsung untuk menambah baik keseluruhan kecekapan perniagaan dalam operasi entitinya di Malaysia. - Gambar Reuters

Sokongan masyarakat sivil terhadap Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024
MMM diharap akan terus memelihara dan meningkatkan keyakinan terhadap media serta mengukuhkan ekosistem maklumat dan kebebasan bersuara.

Tun Mahathir dan Jokowi bertemu di Solo, bincang hal Malaysia-Indonesia
Dr Mahathir dilaporkan berkata pertemuan beliau dengan Jokowi menyentuh mengenai pembangunan kedua-dua negara.
Agenda AWANI: Usaha damai di selatan Thailand
Bagaimana komitmen Malaysia selaku pengerusi #ASEAN25 untuk mengutamakan usaha mencapai kedamaian di wilayah selatan Thailand? Diskusi 9 malam

Terdapat 14 luka tikaman pada mayat wanita disyaki dibunuh - Polis
Polis menerima laporan lengkap keputusan hasil bedah siasat itu oleh pakar perubatan forensik Hospital Melaka yang dijalankan pada Isnin lepas.

Kadar zakat fitrah di Kelantan ditetapkan RM8 tahun ini
Individu boleh membuat bayaran RM14 atau RM21 berdasarkan keselesaan mengikut harga beras yang dimakan.

Bom Perang Dunia Kedua ditemukan di Kinarut
Bom berkenaan ditemukan oleh pekerja yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan pada pukul 1.30 tengah hari.
Pemukiman Menteri Ekonomi gulung hari pertama
Luqman Hariz membawakan perkembangan semasa mesyuarat pertama pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN dari Desaru, Johor.
UMNO setengah calon miliki ciri 'wali' - Ahmad Zahid
UMNO akan mengetengahkan calon yang memiliki kriteria dan ciri 'WALI' yang boleh menang, diterima dan disenangi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
ASEAN 25: Pemukiman ADMM tumpu kerjasama pertahanan serantau
Mesyuarat Pemukiman Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) 2025 di Pulau Pinang berlangsung hari ini dengan tumpuan diberikan terhadap kerjasama pertahanan serantau.
Wujud kes hospital swasta caj tinggi pesakit guna GLC - GLC
Kementerian Kewangan mengesahkan, terdapat kes tertentu menunjukkan kos rawatan lebih tinggi dikenakan ke atas pesakit yang menggunakan surat jaminan (GL), berbanding pesakit membayar dahulu dan membuat tuntutan kemudian (pay-and-claim).

N.Sembilan terus jadi pilihan pelabur, rekod pelaburan RM3.0 bilion pada suku kedua 2024
Beliau berkata pada suku kedua 2024 Malaysia Investment Development Authority (MIDA) melaporkan Negeri Sembilan merekodkan pelaburan berjumlah RM3.0 bilion.

Komitmen MIDA kepada pelabur - Landskap pelaburan lebih kukuh, bersepadu
MIDA sedang membina ekosistem di mana pelaburan berimpak tinggi dan sedia untuk masa depan dapat berkembang maju.

MIDA, DRB-HICOM dan Geely majukan Lembah Teknologi Tinggi Automotif di Perak
MIDA bekerjasama dengan DRB-HICOM Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd bagi memajukan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim, Perak.

MIDA kenal pasti 12 syarikat Mesir berminat teroka pelaburan di Malaysia
Syarikat itu berminat meneroka pelaburan dalam sektor farmaseutikal, peranti perubatan, aeroangkasa dan petrokimia.

MITI, MIDA proaktif laksana reformasi polisi tarik pelaburan - PM Anwar
Kerajaan menerusi MITI dan MIDA akan terus proaktif dalam memperkenalkan reformasi polisi bagi meningkatkan keyakinan pelabur.

NCER catat pelaburan RM31.4 bilion di Pulau Pinang pada 1H2024
Pencapaian memberangsangkan ini mencerminkan keyakinan kukuh pelabur terhadap potensi jangka panjang Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), khususnya Pulau Pinang.

MITI kekalkan unjuran pertumbuhan pelaburan pada 5.0 peratus tahun ini - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengekalkan unjuran pertumbuhan pelaburan sebanyak 5.0 peratus pada tahun ini walaupun dalam persekitaran pemulihan ekonomi domestik.

Kerajaan Selangor-Perkeso kerjasama jaga kebajikan bekas pekerja Goodyear - Amirudin
Kerajaan Selangor bekerjasama dengan Perkeso bagi memastikan kebajikan bekas pekerja kilang pengeluar tayar global Goodyear terjamin susulan penutupan operasi syarikat itu di Shah Alam.

5G: Kerjasama MCMC-MIDA bakal manfaat sektor vertikal, PKS tempatan
MOU itu akan menggerakkan program serta inisiatif dengan memanfaatkan rangkaian 5G dalam sektor vertikal serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

DIO lulus pelaburan digital RM162 bilion sehingga Mac 2024 - MIDA
Pejabat Pelaburan Digital (DIO) meluluskan pelaburan digital bernilai RM161.97 bilion dari tempoh penubuhannya pada 2021 hingga Mac 2024.