Pasaran hartanah dijangka kekal lembap pada 2017 dibelenggu isu-isu seperti ketidakmampuan, penolakan permohonan pinjaman yang tinggi serta isu-isu makro-ekonomi seperti peningkatan kos sara hidup dan pertumbuhan pendapatan yang kecil.
Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor, berkata trend yang mencabar dari tahun lepas, yang menyaksikan penurunan ketara dalam penawaran hartanah, dijangka berterusan sekurang-kurangnya pada separuh pertama tahun depan.
"Kami tidak melihat sebarang peningkatan sekurang-kurangnya sehingga separuh pertama 2017," katanya pada Forum Prospek PropertyGuru 2017 di sini pada Khamis.
Beliau berkata pasaran hartanah yang lemah menyaksikan jumlah penawaran hartanah turun sebanyak 30 peratus pada suku ketiga tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Fateh Iskandar berkata jualan juga susut dengan ketara kepada kira-kira 30 peratus daripada penawaran pada separuh pertama tahun ini daripada 52 peratus pada tempoh yang sama tahun lepas.
Pengurus portal hartanah dalam talian PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandes, berkata dengan siapnya banyak projek-projek baru tahun depan, pasaran hartanah dijangka kekal mendatar dan turun sedikit tahun depan.
Beliau berkata kesukaran mendapatkan pinjaman juga satu lagi halangan dalam pemilikan hartanah seperti yang dilihat dalam penurunan kelulusan pinjaman kepada 42 peratus tahun ini daripada lebih 50 peratus pada tahun lepas.
Bagaimanapun, beliau berkata, ini akan memberi laluan kepada pertumbuhan dalam pasaran sewa yang merupakan satu alternatif kepada mereka yang tidak mampu membeli rumah.
"Pasaran sewa dijangka kekal kukuh, dipacu oleh peningkatan golongan muda, pembeli pertama yang menangguhkan keputusan pembelian rumah mereka, yang akan melihat pasaran sewa di samping terus menyimpan untuk rumah masa depan mereka, " katanya.
Sementara itu, Fateh Iskandar menggesa kerajaan agar membuka skim pinjaman penuh (PR1MA) bagi rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia, yang diumumkan dalam Bajet 2017, kepada pemaju swasta yang membina rumah mampu milik berharga RM300,000 dan ke bawah.
Beliau berkata pemaju swasta boleh melengkapkan usaha Perbadanan PR1MA Malaysia, badan yang menyelia pembangunan PR1MA, di kawasan yang agensi itu tidak menjalankan projek.
"Anggota Rehda adalah dari Perlis hingga ke Sabah. Kami boleh membantu membina rumah-rumah PR1MA di kawasan di mana Perbadanan PR1MA Malaysia tidak dapat melaksanakannya," katanya.
Forum sehari itu dianjurkan oleh PropertyGuru, membincangkan trend pasaran hartanah tahun ini dan ramalan untuk tahun depan dan juga perkembangan terkini serta cabaran masa depan. -- Bernama
Bernama
Thu Dec 01 2016

Pemaju swasta boleh melengkapkan usaha Perbadanan PR1MA Malaysia, badan yang menyelia pembangunan PR1MA, di kawasan yang agensi itu tidak menjalankan projek. - Gambar hiasan

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.

Pasaran hartanah dijangka kekal lembap pada 2017
Trend yang mencabar dari tahun lepas, yang menyaksikan penurunan ketara dalam penawaran hartanah, dijangka berterusan sekurang-kurangnya pada separuh pertama tahun depan.