Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke China baru-baru ini merupakan antara yang paling produktif dan penting, dengan pemeteraian sembilan perjanjian perniagaan antara syarikat-syarikat Malaysia dan China, bernilai RM31.3 bilion, dalam pelbagai bidang termasuk pembinaan, pertanian, infrastruktur serta operasi lapangan terbang dan pelabuhan.
Sejajar dengan kehadiran ekonomi China yang menjadi semakin ketara di rantau ini dan di peringkat global, Malaysia meraih faedah daripada hubungan dua hala yang kukuh dengan China, yang disifatkan Presiden Xi Jinping berada pada tahap "terbaik".
Xi memuji Malaysia di atas sokongan terhadap inisiatif ''Satu Jajaran, Satu Laluan'' dan menyatakan sokongan beliau kepada mana-mana syarikat China yang berhasrat melabur di Malaysia selagi memenuhi kriteria yang diperlukan.
Memandangkan Malaysia berhasrat menjadi negara maju, sokongan daripada kuasa ekonomi dunia akan menjadi perangsang utama kepada pembangunan ekonomi sebagaimana yang dilihat dalam pelbagai negara maju sebelum ini seperti Korea Selatan dan Singapura yang turut bergantung kepada pemindahan teknologi dan modal dari negara-negara maju lain.
Sementara itu, Najib, yang mengadakan lawatan kerja selama lima hari di China, bermula Jumaat lepas, turut berbincang dengan Wanda Group mengenai kemungkinan konglomerat multinasional China itu mengambil alih sebagai pemaju induk projek mega, Bandar Malaysia.
Pencapaian penting juga disaksikan bagi Zon Perdagangan Bebas Digital setelah Malaysia dan syarikat e-dagang China, Alibaba Group, dijangka memulakan operasi pada Oktober, dengan memanfaatkan platform e-dagang iCloud Alibaba.
Walaupun China terus menjadi sumber pelaburan dan perdagangan utama Malaysia, terdapat juga rasa tidak puas hati sesetengah pihak terhadap kebergantungan negara kepada China tetapi sesetengah pakar ekonomi berpendapat sebaliknya.
Pakar ekonomi Affin Hwang Investment Bank Bhd Izzuddin Yussof berkata peningkatan hubungan antara Malaysia dan China lebih kepada alasan strategik berbanding semata-mata mengenai China.
"Mengenai projek-projek infrastruktur, kerajaan mempunyai keutamaan terhadap China disebabkan kos pembiayaan yang ditawarkan lebih rendah," katanya kepada Bernama.
Tambahan pula, syarikat-syarikat China mempunyai keupayaan melaksanakan projek-projek ini dan menjadi pakej menarik bagi kerajaan Malaysia meneruskannya.
Ketua Ekonomi ASEAN RHB Research Institute, Peck Boon Soon berkata China merupakan satu lagi pelabur langsung asing yang dapat membantu Malaysia mengembangkan ekonominya biarpun pelaburannya semakin ketara sejak tahun-tahun kebelakangan ini.
"Sehingga hari ini, Malaysia masih menerima sejumlah besar pelaburan langsung asing dari Amerika Syarikat, Eropah, Jepun dan Singapura tetapi China menjadi semakin penting pada tahun-tahun kebelakangan ini disebabkan dasarnya yang menggalakkan pelaburan di luar negara," katanya.
Peck berkata pelaburan langsung asing China di Malaysia meningkat daripada hanya RM25 juta pada 2011 kepada RM975 juta pada 2014 dan melonjak kepada RM3.8 bilion tahun lepas.
"Meskipun kenaikan ketara, RM3.8 bilion itu kurang 10 peratus daripada pelaburan langsung asing bersih di negara," katanya dan menambah yang bahagian tersebut akan lebih besar jika pelaburan Hong Kong dianggap sebagai sebahagian daripada China.
Sebagai sebahagian daripada lawatannya, Najib menghadiri forum Jalur dan Laluan yang membincangkan wawasan strategik jangka panjang China melibatkan pembiayaan skala besar China dan pembiayaan multilateral pembangunan infrastruktur di banyak negara membangun, di rantau Asia dan juga Afrika, Timur Tengah dan Eropah Timur.
Forum itu dihadiri 28 pemimpin dunia, antaranya Presiden Rusia Vladimir Putin, Perdana Menteri Italia Paolo Gentiloni, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Indonesia Joko Widodo.
Najib turut menyaksikan pemeteraian tiga memorandum persefahaman melibatkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, sebelum forum tersebut.
Mengulas mengenai inisiatif berkenaan, kedua-dua pakar ekonomi itu bersetuju bahawa pengaruh pengembangan ekonomi China bukan hanya terhad kepada Malaysia tetapi di rantau ini secara keseluruhan.
Peck berkata ekonomi China berkembang menjadi ekonomi kedua terbesar di dunia, agak normal bagi sebuah ekonomi bersaiz China mempunyai pengaruh terhadap ekonomi lain di rantau ini disebabkan oleh peningkatan hubungan perdagangan dan pelaburan.
Beliau berkata ini akan membolehkan negara-negara di rantau ini mempelbagaikan pelaburan dan perdagangan mereka.
"Pada pandangan saya, inisiatif Satu Jajaran, Satu Laluan akan tentunya meningkatkan hubungan kerja yang baik antara China dengan negara-negara yang terlibat dalam jajaran dan laluan berkenaan," katanya.
Bagi Izzuddin pula, pengaruh ekonomi China berkemungkinan menjadi semakin besar dan memberi manfaat kepada ekonomi serantau daripada peluang dan aktiviti perdagangan yang bertambah.
"Aktiviti intra perdagangan di rantau ini berkemungkinan meningkat dan pada masa yang sama, kita akan menjadi lebih saling bergantung sebagaimana Kesatuan Eropah - walaupun ia akan kekal sebagai aktiviti pelaburan dan perdagangan," katanya.
Perdagangan dua hala antara China dan ASEAN, berkembang dari US$9 bilion pada 1991 kepada US$346 bilion pada 2015, dan inisiatif ''Satu Jajaran & Satu Laluan'''' itu menjadi keutamaan geopolitik utama negara-negara ASEAN.
- BERNAMA
Bernama
Mon May 15 2017

Datuk Seri Najib Razak menyaksikan majlis pertukaran dokumen perjanjian persefahaman antara syarikat China dan syarikat Malaysia bagi fasa kedua projek ECRL dan saluran paip gas dan minyak, pada satu majlis di Beijing, 13 Mei, 2017. --fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia
Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.

Trump kembali ke White House, Asia saksikan peralihan kepimpinan utama dalam 2024
Tahun 2024 menyaksikan peralihan kepimpinan besar di seluruh dunia, termasuk kepulangan bersejarah Donald Trump ke White House.

Pembangunan rangkaian rel kereta api Malaysia-China diharap dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat - Loke
Kementerian Pengangkutan berharap perancangan pembangunan rangkaian rel kereta api yang menghubungkan Malaysia dan China dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat, kata menterinya, Anthony Loke.

Taylor’s University terus cemerlang, lonjak lima anak tangga QS Asia University Rankings 2025
Taylors University melonjak lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.

Muhammad Azeem mahu jadi Raja Pecut Asia 2025
Katanya, beliau kini dalam fasa transisi perubahan corak latihan di bawah kendalian Ken Harden yang dijangka beri kesan positif terhadap prestasinya.

Sumbangan Tunku Abdul Rahman di peringkat ASEAN, antarabangsa amat besar - Arkib
Generasi sekarang mungkin sekadar mengingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sebagai pejuang kemerdekaan dan pembentukan negara, dan seterusnya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Pasaran saham Asia menjunam akibat kebimbangan kemelesetan di Amerika Syarikat
Pasaran saham utama di Asia mengalami kejatuhan besar pada Isnin akibat kebimbangan bahawa Amerika Syarikat mungkin menuju kemelesetan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global
Lima indikator negatif tersebut termasuk faktor geopolitik (79 peratus), paras hutang (68 peratus) dan polarisasi sosial (65 peratus).

Qatar tawar insentif lebih RM11 bilion untuk pelabur luar sertai agenda transformasi digitalnya
Qatar tawar QR9 bilion (lebih RM11 bilion) untuk pelabur sertai agendanya membuat transformasi digital, termasuk AI dan bahasa Arab.