Kajian Khazanah Research Institute (KRI) mendedahkan harga rumah di Malaysia yang terlalu tinggi menyebabkan sehingga ia tidak mampu dimiliki rakyat.
Ia dikira berdasarkan median harga rumah pada 4.4 kali berbanding median pendapatan tahunan isi rumah tahunan, lebih tinggi berbanding median antarabangsa bagi rumah mampu milik pada tiga kali pendapatan isi rumah tahunan.
Pengarah Urusannya Datuk Charon Mokhzani berkata polisi perumahan yang tertumpu kepada aspek permintaan perlu diubah kepada menyelesaikan aspek bekalan yang tidak efisyen.
Ia kerana, katanya, bekalan di pasaran adalah tidak anjal dan harga tidak mencerminkan permintaan.
"Perubahan perlu dilakukan dalam sistem bekalan perumahan supaya kita boleh bina rumah yang mampu milik. Dengan menurunkan harga perumahan tidak semestinya menerusi pemberian subsidi kepada pemaju, atau membolehkan mereka meminjam pinjaman perumahan besar atau tempoh bayaran balik lebih panjang. Sebaliknya langkah yang perlu diambil dengan menurunkan harga rumah itu," katanya selepas pembentangan laporan tersebut di sini, hari ini.
Charon berkata, kajian memberi tumpuan kepada kawasan bandar yang lazimnya mempunyai populasi besar dan kemampuan pemilikan yang rendah.
Berdasarkan laporan itu, pemilikan perumahan di Kuala Lumpur berada pada 53.5 peratus berdasarkan banci populasi dan perumahan 2010.
Ia menjadi sangat kritikal jika dibandingkan dengan pertumbuhan populasi Kuala Lumpur sebanyak dua peratus setahun.
"Kita perlu mengubah cara pembinaan perumahan. Ia perubahan besar berbanding cara yang dilakukan kini. Kami rasa ia boleh dilakukan," katanya
"Kita lihat di Filipina contohnya, mereka berjaya membawa harga turun kerana mereka membina rumah dengan cepat (pasang siap). Salah satu syarikat di Filipina boleh membina rumah dalam 14 hari, menakjubkan.
"Jika boleh bina rumah secepat itu dan harga murah, harga keseluruhan akan turun dalam jangka panjang dan bekalan yang lebih responsif," tambahnya.
Menurut Kajian KRI bertajuk 'Mewujudkan perumahan mampu milik' antara negeri yang mempunyai perumahan mampu milik adalah Melaka dengan median tiga kali berbanding pendapatan isi rumah tahunan.
Sementara itu di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang ia dicatatkan pada median 5.4 dan 5.2 berbanding pendapatan tahunan isi rumah sekaligus menjadikan ia kawasan perumahan sangat tidak mampu dimiliki.
Laporan tersebut membentangkan tiga cadangan kepada kerajaan untuk dipertimbang antaranya mewujudkan tempoh kawalan moratorium selama lima tahun bagi perumahan sedia ada bagi membolehkan bekalan baru masuk tanpa melibatkan lonjakan harga melampau.
Selain itu ia mencadangkan pembentukan sistem pemerolehan perumahan bagi menyatukan pihak terlibat dalam rantaian pembinaan untuk membentuk rangka kerja perumahan yang diselaras.
BACA: Datuk Bandar iltizam sediakan 50,000 rumah mampu milik di KL
Najib Aroff
Mon Aug 24 2015

CHARON: Kajian memberi tumpuan kepada kawasan bandar yang lazimnya mempunyai populasi besar dan kemampuan pemilikan yang rendah.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Khazanah Nasional turut terima kesan akibat pengukuhan dolar AS berbanding ringgit
Prestasi pelaburan pengurus dana kekayaan kerajaan itu cenderung kepada kesan penilaian di seluruh dunia dan bagaimana impak kekuatan dolar AS kepada mata wang di seluruh dunia.

MIDF, Al Rajhi dapat kelulusan BNM bincang penggabungan
BNM tiada bantahan bagi MIDF dan pemegang saham tunggalnya, PNB, memulakan rundingan dengan Al Rajhi Banking Investment Corporation, Kerajaan Arab Saudi berhubung penggabungan itu.

Pendapatan purata isi rumah Malaysia bertambahbaik pada 2014 - Kajian KRI
Pendapatan median dan purata isi rumah di Malaysia bertambah baik dari tempoh 2012 hingga 2014 dengan pertambahan purata RM1,141.

Cadangan insentif bagi teknologi baru, harga rumah turun
Kerajaan digesa memberi insentif kepada pemaju hartanah untuk membawa masuk teknologi terkini pembinaan rumah untuk mengurangkan kos dan harga rumah.

Perumahan Malaysia sangat tidak mampu milik
Kajian Khazanah Research Institute (KRI) mendedahkan harga rumah di Malaysia yang terlalu tinggi menyebabkan sehingga ia tidak mampu dimiliki rakyat.