Keuntungan Selepas Cukai (PAT) Kumpulan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) merekodkan peningkatan 22 peratus kepada RM55.3 bilion bagi tahun kewangan 2018 berbanding RM45.5 bilion pada tahun sebelumnya.
Ia dipacu purata harga minyak yang lebih tinggi selain pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.
Pendapatan Kumpulan juga meningkat 12 peratus kepada RM251 bilion berbanding RM223.6 bilion bagi tahun kewangan sama.
Sementara itu bagi prestasi suku ke empat 2018, Petronas merekodkan PAT sejumlah RM14.3 bilion, penurunan 21 peratus berbanding RM18.2 bilion pada suku sama tahun sebelumnya.
Pendapatan bagi suku itu bagaimanapun meningkat 13 peratus kepada RM69.9 bilion berbanding RM61.8 bilion.
“Petronas merekodkan prestasi kewangan kukuh pada 2018 disokong usaha kami meningkatkan kecekapan operasi dan komersial kami,” menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin dalam satu sidang media, di sini hari ini.
Pada 2018, Petronas melabur 46.8 bilion perbelanjaan modal merangkumi 54 peratus peringkat domestik dan 46 peratus peringkat antarabangsa.
“Bagi 2019, kami jangka akan melabur modal lebih tinggi dari RM50 bilion. Jika sebelum ini modal banyak dilabur untuk Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), kini ia akan dilaburkan untuk peluang baharu terutama pada bahagian huluan,” katanya.
“Secara tradisi kami membelanjakan 70 peratus modal untuk pasaran domestik, namun susulan sumber minyak dan gas yang semakin berkurangan, kami perlu melabur di luar Malaysia.
“Namun jika dilihat secara keseluruhan dan jangka panjang, kami melabur secara signifikan di peringkat domestik,” tambah Wan Zulkiflee.
Sementara itu Wan Zulkiflee menjangkakan industri minyak dan gas akan terus berdepan persekitaran mencabar susulan ketidaktentuan pasaran dan risiko geopolitik.
“Kami menetapkan segala perancangan kumpulan adalah berdasarkan penanda aras harga minyak AS$66 setong,” tambah Wan Zulkiflee.
Najib Aroff
Fri Mar 08 2019
Wan Zulkiflee menjangkan industri minyak dan gas akan terus berdepan persekitaran mencabar susulan ketidaktentuan pasaran dan risiko geopolitik. - Foto Bernama
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit merosot untuk dibuka rendah pada Rabu berikutan harga minyak mentah Brent ditutup rendah.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada sesi dagangan awal pagi ini
Pada jam 9.07 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.84 mata kepada 1,587.36 daripada 1,582.52 ketika ditutup para urus niaga minggu sebelumnya.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS menjelang pengumuman Indeks Harga Pengguna
Pada 9 pagi, unit tempatan itu susut 10 mata asas kepada 4.1320/1360 berbanding dolar AS daripada 4.1310/1350 ketika mengakhiri urus niaga petang Isnin.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini
Urus niaga ringgit agak rendah berbanding dolar AS ketika dibuka pada pagi Isnin kerana kekurangan permintaan untuk unit tempatan.
Bursa Malaysia dibuka rendah awal pagi ini, sentimen berhati-hati
Peserta pasaran mungkin mengurangkan aktiviti urus niaga masing-masing sebelum cuti hujung minggu yang panjang bermula.
Ringgit dibuka tinggi, kukuh 90 mata asas berbanding dolar AS
Unit tempatan meningkat 90 mata asas kepada 4.0590/0650 berbanding dolar AS daripada 4.0680/0730 ketika ditutup pada Jumaat petang.
Bursa Malaysia bermula minggu ini dengan sentimen positif
Bursa Malaysia memulakan minggu ini dengan sentimen positif seiring dengan prestasi di Wall Street yang ditutup tinggi pada Jumaat minggu lepas ditengah-tengah pemulihan harga minyak mentah.
Minyak mentah Brent dijangka meningkat kepada AS$68 setong akhir 2020
Harga minyak mentah penanda aras global, Brent dijangka naik kepada AS$68 setong menjelang akhir 2020 berbanding AS$64 setong pada Rabu.
Harga minyak mentah melonjak
Harga minyak mentah melonjak ke paras lima bulan tertinggi pada dagangan selasa dipacu data ekonomi China yang kukuh sekaligus member bayangan permintaan mungkin meningkat.
Petronas rekod pendapatan RM251 bilion
Keuntungan Selepas cukai (PAT) Kumpulan Petronas merekodkan peningkatan 22 peratus kepada RM55.3 bilion bagi tahun kewangan 2018.