Syarikat perkhidmatan dan penerokaan minyak berpangkalan di Arab Saudi, PetroSaudi International (PSI) hari ini menolak kritikan dalam talian yang tidak tepat mengenai syarikat pembangunan strategik Malaysia yang pernah menjalin usaha sama dengannya, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
"Sebarang kenyataan mengenai salah laku dalam dakwaan dalam talian mengenai perkongsian adalah palsu semata-mata. Semua modal yang dilaburkan oleh 1MDB telah dikembalikan - dengan keuntungan," kata seorang jurucakap PetroSaudi yang tidak dinamakan telah dipetik sebagai berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Malah, katanya, usaha sama itu, yang berakhir pada 2012, mendapat manfaat bersama bagi Malaysia dan PetroSaudi, dan maklumat berhubung usaha sama itu boleh didapati secara umum di dalam akaun 1MDB yang diaudit di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
"Serangan tidak adil atau palsu mengenai pelabur dan rakan kongsi dari Malaysia hanya untuk merosakkan negara," kata kenyataan itu.
Ia berkata PetroSaudi komited untuk menyampaikan projek yang berjaya dalam sektor petroleum di peringkat global, bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi ke tahap standard antarabangsa tadbir urus korporat dan usaha yang wajar.
"Kami tidak akan terhalang dengan cerita-cerita yang tidak tepat atau berniat jahat yang disebar dalam talian.
"Beberapa laporan ini dilihat berdasarkan petikan berpilih dan dokumen serta emel dalaman syarikat yang diputarbelitkan, salinan asalnya yang kami percaya telah didapati secara tidak sah dan dalam beberapa kes telah diubah.
"Kami kini mempertimbang dari segi undang-undang," katanya.
PSI, syarikat perkhidmatan dan penerokaan minyak global yang beroperasi di Latin Amerika, Asia dan Afrika, beribu pejabat di Al-Khobar, Arab Saudi dengan pejabat-pejabat di London, Geneva, Houston, Jakarta, Carupano dan Caracas.
Bernama
Fri Mar 13 2015
PetroSaudi International menolak kritikan dalam talian yang tidak tepat mengenai syarikat 1MDB yang pernah menjalinkan usahasama dengannya.
Ringgit susut selepas Trump umum tarif baharu kepada Mexico, Kanada
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS hari ini selepas presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bercadang mengenakan tarif baharu ke atas import dari Mexico dan Kanada.
Pelajar tahfiz ditemukan lemas di tali air di Bachok
Muhammad Syamil Saniran, 14, ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira tiga meter.
AWANI 7:45 [26/11/2024] – Risiko banjir besar hujung tahun | Ramai tak bayar bil elektrik | Bunuh, simpan mayat ibu | Tak cukup syarat nikah
- Luruan monsun hingga hujung bulan, hujan sangat lebat, angin kencang, kaut bergelora
- Tunggakan bil elektrik seluruh negara cecah RM1 bilion, lebih 600,00 akaun dipotong
- Pastor didakwa bunuhm simpan mayat ibu dalam peti sejuk sejak tiga tahun lalu
- Perkahwinan bintang sensasi Indonesia, Rizky-Mahalini tidak sah
- Tunggakan bil elektrik seluruh negara cecah RM1 bilion, lebih 600,00 akaun dipotong
- Pastor didakwa bunuhm simpan mayat ibu dalam peti sejuk sejak tiga tahun lalu
- Perkahwinan bintang sensasi Indonesia, Rizky-Mahalini tidak sah
APM Kelantan tangkap ular sawa batik seberat 50 kg
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menangkap seekor ular sawa batik seberat 50 kilogram di Kampung Baru Star, di sini semalam.
AWANI Ringkas: PAGS | Pemilikan Rumah | Pelaburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Selangor dinamik | Cita sempurna Malaysia MADANI
Apakah fokus dan strategi Kerajaan Negeri Selangor dalam mengurus dan meneruskan pembangunan memacu agenda ekonomi negeri serta meningkat kesejahteraan rakyat? Ikuti temubual mengenai Belanjawan Negeri Selangor 2025 bersama Datuk Seri Amirudun Shari, Menteri Besar Selangor dalam Agenda AWANI 9.00 malam ini.
#AWANIRingkas 26 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 November 2024
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 November 2024.
Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar - Muhammad Shafee
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa, ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar dan dilindungi oleh junta tentera negara itu.
Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.
Kes Najib saman Tommy tangguh lagi, hakim kedua tarik diri
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Faizah Jamaludin menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap Tan Sri Tommy Thomas.
Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Dis untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana 1MDB.
Irwan Serigar dibenar masukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB
Irwan Serigar berjaya dalam rayuannya untuk memasukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman US$6.59 bilion yang difailkan terhadap beliau oleh 1MDB.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 November 2024.
Jho Low dan rakan guna AS$13 juta wang 1MDB untuk berjudi selama dua hari - Saksi
Penyiasat penipuan kewangan yang berpangkalan di United Kingdom, Richard Templeman mendedahkan nama dua individu.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.